“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Friday, December 28, 2012

Allah + teman

Beginilah aku dengan kekuranganku
Aku cuba cari pengunci untuk menutupinya

Beginilah aku dengan tidak adanya yang
istimewa pada diri
aku cuba untuk mencari satu kelebihan
agar aku mampu membuat istimewa
di mata orang lain

Beginilah aku sebenarnya
hanya Dia yang tau bahawa
aku tak punya apa
yang akan hilang di kemudian hari 

Aku tak pernah ingin berlalu
tidak mahu merasa kesendirian, keseorangan
hanya inginkan seorang teman

Di antara hembusan nafas aku
Hanya Allah lah yang sentiasa ada,
senantiasa selalu untuk aku


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, December 27, 2012

Bengang + Down

Aku rasa stress.

Homesick + bengang dengan orang + tak leh nak fokus study
Rasa macam diri ni lemah sangat, otak serabut
Kalau ada masalah, susah nak belajar
Rasa macam dada, sesak dan sempit

alternatif yang aku amik:

col my sayang,

" bebanyakkan bersabar.. umi tau,anak umi ni kuat... jangan kite ikut ape yang orang nak.. orang nak tengok kite menangis, takkan kite nak menangis.. kite senyum je.. kite terima, jangan pernah mengeluh.. setiap ape yang berlaku ade sebab dan hikmahnya.. redha ape yang orang buat terhadap kite.. kalau kite ikut, kite plak yang dianggap lemah.. banyakkan berdoa,dan ingat Dia selalu.. lagi satu,ingat tuhan tak suka tengok kite lemah "

betul cakap umi..

Bila muhasabah balik....

"Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan"
(Surah Al-Fatihah 1:5)

" Dan Tuhan kamu berfirman : berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa kamu"
(Surah Al-Mu'min 40:60)


Allah Maha Mendengar. Kalau ada masalah, tak perlu sebenarnya untuk aku rasa stress. Kerana Allah sentiasa ada untuk kita setiap masa.

Sepatutnya cuma perlu mengadu kepada Allah dan mohon kekuatan. Doa itu kan senjata mukmin.

Jadi, kalau korang yang baca blog ni rasa "down" , ada banyak masalah sampai rasa tak ada semangat, ingat dua ayat Quran kat atas ni ye? :-)

p/s : When you feel like there is no way out, let God in.Let Allah be in your heart. Then you'll find the way.

time kasih sebab bace =)

Tuesday, December 25, 2012

Study vs final

klik tuk cerahkan mata 

kena BELAJAR ni

memang laa korang. tiap kali masuk sem berangan nak belajar sungguh2. tengok? dah study week pun tak start belajar lagi. hesy.

senario tiap-tiap sem memang macam nih, kan.

kepada sesiapa yang memang bertan-tan lagi nak kena study (no offense pada orang yang memang nama tan), sebelum masuk study week baik korang buat macam nih..


study week planning, my baby!

aku tiap-tiap sem buat cmni (terserlah keskema-an kau weh.)

okay, sebelum apa-apa aku mengaku dulu, memang tak akan ikut planning ni. tapi tak apa. planning ni, bak kata nama dia, plan aje. kalau dapat ikut, alhamdulillah. kalau lebih tidur je, boleh blah.

tapi tujuan utama aku buat study plan ialah supaya diri sedar yang tak banyak lagi pun masa yang tinggal sebelum exam. keyword dekat situ : SEDAR. sebab kalau cakap hak eleh, seminggu lagi, berzaman lagi kot beb, banyak masa lagi tu..

haa laa. tak tolak time makan mandi bukak internet tiap-tiap hari tidur malam tidur petang tidur tengahari bangun lambat lagi.

kalau korang tulis atas kertas, baru korang nampak, ciput je lagi masa. lagi-lagi bila kau cram planning kau atas kertas kecik macam aku buat. lagi lahhh terasa macam esok nak exam.

kesimpulannya : buat laa planning. bukan nak bagi korang stress. bukan nak suruh ikut 100 percent. cuma bagi diri sedar yang banyak lagi nak kena cover dalam masa yang pendek. kalau tak, kau relax je memanjang.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, December 24, 2012

Ujian

Inilah ujian hidup  Setiap apa yang berlaku ade hikmahnya


redha setiap kali menerima musibah, supaya satu masa kita diberi kemanisan dalam kepahitan. InsyaAllah =)

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, December 22, 2012

Kertas usang

kadang kala
aku hanya perlukan serangkap lagu
agar aku dapat menyenangkan 
sekeping hati penuh 
kecelaruan perasaan

kadang kala
aku hanya perlukan sebuah ruangan
agar aku bisa melakarkan 
setiap watak gembira
dalam kehidupan

kadang kala juga
aku hanya perlukan sekeping kertas usang
yang sememangnya tak bererti untuk kalian
tapi hanya kertas itu yang mampu
buat aku tenang
tidak lemah

hanya kertas itu mampu 
menampung segala isi hati
memahami setiap kata yang aku tulis
diatasnya samada 
tersurat mahupun tersirat

sekeping kertas yang sanggup 
menjadi basah
setelah kutitiskan banyak
air mata diatasnya tanpa rela

sekeping kertas usang
yang selalu mengerti aku

ea aku
si budak kecik

noktah .


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, December 21, 2012

Aku Ok

Bila bersendirian 
diri meronta-ronta
otak plak akan berfikir
kenapa dan mengapa 
sering terucap
mulut akan menyebut
namun hati mengawal

Jangan begitu
usah sedemikian
mohon kekuatan
pinta kebangkitan

Sang angin meniup 
dengan kesayuan
sang matahari menjelma 
penuh keheningan

Aku ok

usah dipertikaikan

berhenti disini .


the end

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

satu jawapan

Kalau pun matahari itu sudah timbul dari barat,
sedikit pun masih aku tak berganjak,
atas perjanjian yang dibuat .

Kalau pun bumi ini sedang merekah tunggu kehancuran,
masih aku pegang kata aku pada kau.
dan kalau ceritanya kisah aku buat kau berkecil hati,
sungguh aku tak kan menulis lagi.

Aku cuma akan bina kombinasi kata,
tentang hati gadis penuh kesilapan,
tentang hati gadis yang menginjak dewasa.

Sebab aku,
mahu kau terus jadi kawan,
tak kan kembali jadi lawan.
dan untuk malu mengaku kau kawan,
maaf, tak kan pernah terjadi.

Cuma masalahnya,
kisah kita terlalu banyak kebetulan.
macam mana aku perlu jalani semua ini?
kalau dah namanya manusia biasa,
asalnya anak cucu Adam,
kita semua tak kan pernah lali dari khilaf.

Sudahlah, jangan ambil pusing.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, December 13, 2012

travelog

aku mahu jadi seperti mereka-mereka
yang melancong sini dan sana,
begitu dan begini,
tanpa gusar tentang wang
tentang masa,tentang semua

dan mereka simpan kenangan mereka
dalam sekeping kertas yang namanya foto,
dan dalam sebuah buku yang mereka namakan
'travelog rabak,'
cubalah cari.

aku mahu. aku mahu. aku mahu.

kerana asalnya aku ini, budak suka seni.





myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, December 06, 2012

Bengkok ingin lurus

Duhai Adam,

Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok.

Kenapa?

Kerana

Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,

Supaya aku menjadi penutup kelebihanmu,

Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.

Dan,

Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.

Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..

Wahai Adam, mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.

Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu

Kata Cinta :

"Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan"



myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, December 02, 2012

Roda kehidupan

Roda roda kehidupan
senangtiasa berputar 
seiring dengan pengertian waktu
mengukir perjalanan

Ceritanya melalui 
bait bait kehidupan
di mana setiap detik setiap minit
seseorang itu pasti akan berubah

Kadang kadang merasakan
diri ini tidak sempurna,
kadang kadang merasakan,
akan bosan kehidupan itu sendiri
sehingga sempat pula terfikir
untuk menjadi orang lain

Terlalu banyak alasan hidup 
yang sering kali sulit untuk di mengerti
semuanya penuh dengan
tanda tanya dan persoalan

Sehingga menyebabkan hidup 
di dalam satu misteri
aku tidak pernah tahu 
akan ape itu kehidupan
sehinggakan tuhan menunjukkan jalan.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, November 29, 2012

yeah,aku menang!

terdiam aku lihat kau begitu.
pekat sungguh makian kau beri.
melekat tersusuk.
terdiam.
menanglah kau, myy.

aku menang.
menang dalam kebenaran,
tak pernah main tipu,
macam kau dulu.
tak mahu aku ingat,
soalan-soalan bodoh seperti itu.
kau itu sama saja macam sampah
tak punya harga,
rimas aku dibuatnya.
busuk baunya.

berubah saja!
jangan kau ego.
nanti makan diri,
baru kau tau untung rugi.
kalau kau cari aku,
sentiasa saja aku ada untuk kamu.

ah, bodoh lagi aku.
masih saja terus diperguna-guna.
tak apa, Tuhan tahu siapa ikhlas,
terus saja jadi boneka,
terus saja.teruskan.
yang penting saja kau iklas.

bicara tentang siapa aku ini?

tentang kau?

tentang mereka?

dia?

tidak. ini tentang aku.

si gadis kaca mata merah.

the end.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, November 19, 2012

Mungkin sekejap

Mata dan hati sentiasa ingin berjumpa dengan pemilik tulang rusuknya. itu memang sudah lumrah, fitrah. macam juga kau bukan? dan kau yang hujung sana tu pernah rasa jatuh cinta? pernah rasa ingin disayangi?atau mungkin walau sedikit, kau pernah rasa sukakan seseorang dan sangat ingin kenal dengan dia?

tak pernah? kau mungkin dari golongan manusia yang sangat suci hatinya.dan dapat halang hati dari rasa mencintai. kalau kau tanya aku, jawapan aku,"yup,aku pernah rasa sedemikian."

Dan mungkin ada antara semua ni betul-betul jumpa pasangan masing-masing berbual mesra, berkasih-sayang, bermanja, dan buat apa saja semua sama-sama.dan kau dan si dia macam sudah kenal hati budi masing-masing. kau hampir tahu apa yang dia rasa pada waktu-waktu tertentu, dan mungkin dia juga begitu. kau dan dia terus sama jalinkan hubungan dalam tempoh masa yang lama, mungkin setahun, dua tahun atau bertahun-tahun yang kau mampu jalani. tapi kau perlu tahu "langit tu memang tak kan selalu cerah, tasik pulak tak kan selalu nya bersih" bahkan sungai juga kadang-kadang mampu terhenti, tersejat dan kering. dan aku belum pernah lihat bunga-bunga yang mekar tu masih kekal mekarnya selepas bertahun-tahun. kau dapat tangkap metafora aku?

Kalau lah ada antara kalian yang bersama hingga ke akhir hayat, tahniah aku ucapkan. tapi mungkin ada yang tidak mampu sampai ke tahap tu, sedangkan perancangan kau, dia, mereka sengat hebat. tapi kau jangan lupa, perancangan Allah yang terbaik. kau mungkin sayangkan dia, kau mungkin bersama dengan dia bertahun, dan mungkin sudah ditakdirkan jatuh cinta, tapi ingat kawan, kau belum ditentukan akan melayari bahtera rumah tangga dengan dia.

Dan mungkin juga aku dengan dia turut sama lemas, turut sama jatuh, turut sama rebah, dalam usaha kami untuk mencapai sesuatu yang setaraf dengan "kau dan aku till jannah," :') mungkin aku dan dia tak mampu, atau mungkin kami memang diberi masa untuk kenal hati budi masing-masing dan tapi tidak ditakdirkan bersama. kita tak tahu. kita tak pernah tahu. sedang tiada siapa tahu, dia jodoh aku, atau dia jodoh dia. kau faham, kawan?jodoh itu rahsia, rezeki itu rahsia. tapi dalam rahsia itu perlua ada usaha dan aku, dan aku, dan aku, dan aku akan usaha untuk dia. macam mana pula dengan kau?

Mungkin kau dan aku bukan selamanya. mungkin kau dan aku hanya sementara. mungkin kau dan aku tidak ditakdirkan bersama, dan kita jatuh tersungkur di tengah jalan.menangisi kematian satu perhubungan.

atau,

Mungkin kau dan aku akan bersama, mungkin kau dan aku telah dijodohkan, mungkin kau dan aku akan ketawa menangis berdua, dan kau aku akan membina generasi bersama. mungkin. siapa tahu.dengan usaha kita bersama.. bukan begitu?

dan kau serta dia? macam mana?

Lelaki perlukan wanita, tanpa wanita lelaki lemah. sama seperti permainan catur. permaisuri melindungi raja.

mati disini,jangan diseru dan dibangkitkan lagi. end.

termenung tanpa berfikir

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, November 03, 2012

Mungkin itu cara kau

Sudahlah. Biarkan saja. Dia. Dengan kata-kata liarnya.

Sudahlah. Biarkan saja. Dia. Mengegar dunia.

Sudahlah. Biarkan saja. Dia. Mencanangkan kebodohan sendiri.

Sudah. Aku kata, biarkan. Kita duduk diam. dan perhati. Bila saja dia melangkau sempadan ketatasusilaan, kita tegur, kita sergah, pasti saja dia lemah.

Ah, kau.

Masih saja dengan kata-kata manis,

Janji-janji palsu,

Propaganda-propaganda liar,

Masih saja kau tak henti-henti,

Mencari idea,

Melakar skrip-skrip sampahan,

untuk dilakonkan oleh sang boneka-boneka

kartun,

untuk dipentaskan oleh watak-watak

jalanan,

Kau ciptakan juga,

drama-drama kebodohan,

mencetus rasa kepalsuan.

lihat sajalah,

kau tak kan kemana,

kalau kau tak benar.

kami di sini, masih melakukan habit lama. menjadi sang pemerhati manusia. aku perhati, aku kaji dan aku simpulkan. buka perlahan-lahan ya atau memang jelas mahu jadi satu gumpalan?

aku juga, sudah lelah menumpang di tanah sendiri, sudah lelah menjadi bahan gurauan manusia lain generasi muda tak bodoh, tak juga lemah, jangan kau salah tafsiran.

biar aku khabarkan satu cerita. bukan dongengan. tapi kebenaran. kau tahu? di setiap pelusuk muka bumi ini, ada satu tempat, yang tidak pernah berkurang penduduknya, tapi semakin bertambah. kau tahu. ya, seperti itulah. kuburan. aku juga akan ke sana. kau akan ke sana. ringkas sahaja ya. kita semua akan ke sana.

masih lagi kau mahu olok-olok? kau ingat ini apa? angan-angan?impian?atau keinginan? kenapa terlalu rumit untuk membuat penjelasan? ah, hebat lakonan tambah dengan senyuman kau.. ayoooiiii kami semua tertipu dengan senyuman manis itu.. senyuman manis kau itu jauh dari keperibadian kau.. semua jadi kosong.

ah,sudahlah,biarkan saja, kita duduk saja, perhatikan bumi ini mati mati mati mati. selamat melayu kau sang melayu. kita jumpa di akhirat ya?



p/s: senyuman manis kau itu penipuan semata-mata.. duhai teman,mohon kau kuat

tamat tamat tamat  senyap senyap senyap!!!!!

myy amieyra

time kasih sebab bace  =)

Sunday, October 28, 2012

hey,aku peminat kamu


dulu dalam diam aku suka kamu
first class,mata terpandang kamu
apa yang menarik tentang kamu dulu?
ade something buat aku terus perhati kamu
perhati,perhati n terus perhati 
hari ke hari

aku lihat kamu segak seperti semalam,
dan juga seperti kemarin,
dan juga seperti kemarin kemarinnya,
dan kemarin kemarin kemarinnya,
pokoknya, kamu segak saban masa,
buat aku berbunga-bunga.

dan aku sama seperti selalu,
jalani rutin harian punya aku,
perhatikan kamu,

apa warna baju kamu hari ini?
baju kemeja berpetak or tshirt?
setia melihat kamu... 

tindak laku kamu hari ini?
datang lewat ke awal ke kelas?
biasa kamu datang lewat
nak terus jadi perhatian ek?

aku suka perhati kamu,
paling suke,senyuman kamu
lesung pipit dipipi buat 
senyuman kamu lagi comel...

sekarang dah tak boleh perhati kamu lagi
aku akan doakan kamu
kebahagiaan kamu
kesejahteraan kamu
and berharap dapat jadi pemerhati kamu
untuk selamanya

semoga satu masa nanti,
akan ada hari untuk kita rai sama-sama,
hari khas untuk kau dan aku,


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, October 21, 2012

Who i am?

Dunia aku
tidak seindah permaisuri raja
mahupun puteri raja
tidak juga gah dan berada
aku tak punya pari-pari
yang setia tunaikan segalanya
mimpi-mimpi indah
aku cuma gadis biasa
yang bahagia dengan semua yang aku punya

Aku tak gentar pada rasa kecewa
kerna dalam novel kehidupan aku
aku telah jatuh berjuta kali
bangun berjuta kali
dan aku punya berjuta parut
yang aku sembunyikan
dari balik secebis senyuman..

Sungguh,

Aku bersyukur dengan rasa
rasa kecewa yang telah aku telan
kerana itu menjadi kan diri aku
siapa aku pada hari ini.
dan membunuh kejahilan aku pada hari semalam

Kalau aku biar rasa
kecewa memonopoli
jadi mamanda menteri..


agak-agak
di bawah batu mana aku bermastautin sekarang?

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, October 20, 2012

Bulan bintang

Aku rangkaikan kata, membentuk satu puisi, supaya nanti kau kau kau kau dan dia baca, biar dihayati dan rungkaikan sendiri.

Bila nanti kau pandang bulan

Dan nampak dia tersenyum indah,

Bila nanti kau pandang bulan,

Dan nampak bintang berkenyit di sebelah,

Bila nanti kau pandang bulan,

Dan nampak matahari ketawa megah

Di belakang,

Pejamkan mata mu,

Pejamkan mata,

Pejamkan,

Dan kau bayangkan diri kau bulan,

Yang cantik dengan keindahan,

Yang ditemani mesranya bintang,

Dan setianya matahari.

Itu lah kau yang sebenar.

Cantik bagai bulan,

Bahagia punya teman,

Riang ditemani pangeran;

Lihat,

Senyum kau indah,

Aku suka lihat. aku jujur.

Kita sahabat bukan? sahabat jauh. sahabat dalam Islam. kalaulah aku punya keberanian seperti merlin, pasti sahaja akan aku tegur diri kau dan aku kutip bintang jatuh supaya mampu beri cahaya pada persahabatan yang tertunda.

Tapi aku pengecut seperti nobita, tapi nobita juga punya rasa persahabatan yang tinggi. tegurlah aku.tegur aku. tegur aku. aku nantikan ia. dan kita jadikan ia rahsia. aku mohon. lupakan segala.kita saudara se-Islam, kami saudara, aku kau dia mereka semuanya saudara.. saudara selamanya.

Mungkin,

Saudara sampai syurga.


myy amieyra

Time kasih sebab bace =)

Biar ia hilang

Masih lagi terasa kerdil melihat kau begitu bahagia tersenyum indah tanpa dicemari virus-virus dendam lama.

Kalau bisa aku jeritkan rasa hati, pasti jatuh segala makhluk Allah bernama gunung. kalau bisa aku coretkan rasa jiwa, pasti habis segala dakwat, kalau lah bisa aku lontarkan senyuman, pasti koyak kulit pipi, terlihat si daging merah, tertampak tulang putih. Ya Allah, aku bahagia dengan rasa kau beri.

Aku bukan manusia yang begitu tegar dalam meniti hari. bukan juga manusia yang tenang dalam berdepan masalah. terkadang aku rasa malu dengan diri, rasa jijik dengan hati, rasa kotor dengan jiwa. kalau kau tanya kenapa, pasti aku hanya kaku diam, sedangkan aku sendiri juga tertanya-tanya kenapa aku rasa kekotoran begitu banyak terpalit pada badan.

Dan aku mula melihat pantulan diri di cermin, aku lihat menggunakan kanta terbesar hati, aku lihat guna segala kekuatan yang ada, dan aku lihat, aku nampak, kehidupan aku diselubungi satu rasa, satu rasa, hanya satu rasa pemusnah hidup. rasa cemburu yang mengilhamkan dendam melahirkan seksa yang membunuh segala bunga persahabatan. dan aku mati.

Ego. itu aku. bodoh nya aku, aku masih lagi tertanya, kenapa terlalu banyak manusia melontarkan rasa benci pada aku. terlalu ego, terlalu sombong untuk duduk diam sejenak dan berfikir kenapa aku dibenci. dan aku pulak memang begitu jahil, turut sama membaling segala kata nista, segala rasa kelabu, segala bau busuk pada sang pembenci aku. satu kata, satu bahasa, satu makna, cuma satu. bodoh.

Sampai satu ketika, bila aku jatuh dalam gaung, dalam gaung, dalam gaung yang penuh hitam, penuh jalaran api berkepala banyak yang begitu asyik mencapai setiap sudut hati aku untuk dihanguskan, langsung aku tak punya siapa. air mata? sudah kering dijilat api. pilihan aku cuma dua. sakit dan menang, atau sakit dan mati. apa pilihan kau? kalau kau, apa pilihan kau? apa? masih kau mahu duduk terperuk menunggu mati? gadis matang tak menangis, tapi dia akan bangun dan menghulurkan pedang emasnya, untuk melawan segala apa yang datang.

Aku pilih sakit dan menang. aku pilih kesakitan dalam hati, aku biarkan jalaran api itu membakar hati, membakar ulat-ulat kejijikan yang lama bermastautin di hati, supaya nanti bila aku mampu keluar dari gaung hitam yang busuk itu, aku bisa jadi gadis yang punya matlamat, punya kekuatan hati yang tidak lagi dihuni segala kejijikan hasad.

Aku buang segala permusuhan lama, aku lontarkan segala rasa dendam, aku bunuh rasa cemburu dan aku origamikan rasa baru supaya dapat aku jalani hidup dengan tenang.

Aku pinta pada Allah, supaya rasa dendam ini hilang, dan Allah beri aku kesakitan yang teramat, Allah berikan aku peluang kedua, dan DIA pandu aku ke taman bunga,melalui hutan yang penuh cabaran.

Ini aku yang baru, bagai rama-rama yang keluar dari kepompong, bagai ular yang bersalin kulit, dan aku pasti, aku yakin dan pasti,kau juga begitu.

InsyaAllah.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, October 18, 2012

untuk kamu


Entry ini buat awak yang saya sayang,

Walau sesibuk mana pun, setiap hari saya akan berusaha curi masa untuk BERTANYAKAN KHABAR awak. jika tidak dapat bertemu sekalipun saya akan menghubungi awak. pertanyaan wajib yang sering terluah, sihat ke hari ni? dah makan lum? apa aktiviti hari ini? rasanya itu rutin seharian saya dengan awak, istilah tiada masa tak pernah wujud dalam perhubungan kita kan.

Saya cuba MEMAHAMI masalah awak samada besar atau pun kecil. selagi terdaya saya akan beri kata-kata perangsang dan semangat buat awak, sentiasa bersama dan menjadi PENDENGAR YANG BAIK di saat awak betul-betul memerlukan seseorang untuk mendengar segala keluhan, rintihan mahupun kesedihan. awak, awak jangan risau awak ada saya. saya sentiasa ada untuk awak. Ingatlah, hati kita akan bersatu dan segala keperitan yang ditanggung akan ditempuhi bersama. InsyaAllah.

Perkara yang paling saya tak suka MEMBANDINGKAN DIRI awak dengan orang lain. samalah halnya dengan saya, mana mungkin saya suka diperbandingkan dengan gadis-gadis lain, setiap manusia ada kekurangan dan keistimewaan tersendiri. lelaki bukanlah sempurna 100% jadi saya tak perlulah mengharap semua yang hebat dari seorang insan, mereka normal dan mempunyai kelebihan dan kelemahan. saya menerima diri awak seadanya, seikhlas hati saya. Tidak mengharapkan sesuatu diluar kemampuan apatah lagi ingin mengubah awak mengikut citarasa yang saya nak. bagi saya, awak dah cukup sempurna.

Saya bukan seorang yang PEMAKSA. tak perlulah saya mengongkong diri awak hinggakan awak merasa saya ni menyusahkan hidup awak. lagipun, awak perlukan masa untuk bersama teman-teman dan biarlah awak buat aktiviti yang awak suka. saya akan bersikap lebih bertolak ansur dalam sesetengah perkara dan yang paling penting saya takkan lakukan perkara yang awak tak suka lebih-lebih lagi yang boleh menyakitkan hati awak. itu janji saya.

Malam ini saya renungi kembali erti diri awak dalam hidup saya
Bukan untuk meragui keikhlasan hati awak
Apa yang telah awak berikan pada saya tiada ternilai

Mengenali awak adalah hal terindah dalam hidup saya.

awak terima kasih ye.

Awak, awak ingat tak satu hari, awak suruh saya dengar lagu ''ku ingin kamu''?  masa tu saya ade kelas. habis kelas je, terus saya dengar lagu ni. awak, saya menangis. menangis kerana terharu. tersentuh hati saya saat tu.

Awak, saya tahu. saya bukan lah seorang perempuan yang sempurna. saya punya banyak kelemahan dan saya juga ade kekurangan. saya tak kisah siapa awak. tapi yang penting pada saya, awak dapat terima saya apa adanya. awak dapat terima setiap kekurangan dan kelemahan pada diri saya ni. awak dapat bimbing saya. tu yang penting. yang lain saya tak kisah. rupa pangkat dan kedudukan tu hanya sementara. saya cuma ingin awak sempurnakan hidup saya. itu sahaja. andai jodoh tu ada antara kita. InsyaAllah. kita akan disatukan juga satu hari nanti. saya akan setia menanti.

Sekarang awak dah jauh dari saya, dah tak boleh nak kacau awak. awak tau, saya terlalu rindu untuk kacau awak, ingat dulu awak selalu kena cubit n tarik telinga kan. lagi satu, saya suke maen dengan rambut awak. bila saya buat camtu, awak terus berpaling ke arah saya, saya senyum, awak pun turut senyum. manis sangat senyuman awak masa tu. awak tau kenapa saya buat cam 2? sebab saya nak awak sentiasa ingat saat bersama saya.

Awak ingat lagi masa kita keluar bersama? pernah sekali saya merajuk dengan awak. awak tak pedulikan saya pun. tapi saya tak kisah sebab saya tahu saya yang salah. awak selalu cakap saya ni manja n suka merajuk. saya akui. itu sume sikap saya. awak tak suka kan? maaf. saat tu, awak banyak bersabar dengan sikap saya yang keanak-anakan. mesti awak kecewa dengan saya kan. saya mintak maaf.

14/5/2012, 12:31 saya mesej awak.

Saya tanya awak, kenapa tak datang kelas? awak cakap awak tak sihat. ok, saya terima. saya suruh awak makan ubat. lepas pada tu, awak terus terang. mesej tu buat saya sedih. saya menangis. saya tak nak kehilangan awak. semua orang dah tau, dan saya orang last awak bagitau. kenapa saya jadi orang last? saya sedih sangat. sedih sebab awak sorokkan sesuatu dari saya. saya ingatkan saya tempat pertama untuk awak kongsi suka dan duka. saya menangis dalam kelas tu jugak awak. saya betul-betul tak boleh tahan sebak n sedih masa tu. kak syah, terima ksih sebab pinjamkan bahu untuk myy, peluk n tenangkan myy masa tu.

Lepas kelas, awak col saya.

Awak tenangkan saya. awak cakap,

''jangan macam ni. hubungan kita tetap sama. kita hanya terpisah jarak je. jangan pikir bukan-bukan k. lau memang jodoh kita, sejauh mana pn kite berada, kita tetap akan bersama, tapi kalau bukan jodoh kita, walaupun duk dekat, akan terpisah juga" 

Sampai sekarang saya tetap pegang kata-kata tu. baru saya sedar, awak serba salah nak bagitau saya sebab awak taknak saya sedih. sebab tu jugak awak tak nak jumpa saya buat kali terakhir, awak tak sanggup saya tengok saya menangis. betul tak?

Tapi awak tetap buat saya sedih.

Awak, mulai sekarang
saya dah tak leh tengok awak depan mata saya lagi.
perhatikan awak, tengok senyuman awak, makan bersama.
banyak kenangan bersama awak kat sini.

Saya terlalu rindu saat tu.
kalau saya boleh putarkan masa
saya nak nikmati detik bersama awak.
sekejap pun jadi la.

Detik yang sungguh bermakna dalam hidup saya.


*Saya bukanlah penyair yang dapat membaitkan kata-kata nan indah, saya hanya insan biasa yang ingin berirama melalui kenangan buat awak yang terpenting dalam hidup saya.

saya ade soalan untuk awak,

Farhan bin zainudin, boleh awak lengkapkan kekurangan saya?

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, October 15, 2012

separuh sempurna

Aku masih lagi tegar berdiri. menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang tak punya apa, kosong sekosong-kosongnya, cuma sedang gigih mengejar menggapai mencapai segala apa yang mampu. dan aku pasti semua juga begitu.

Aku juga sangat teruja melihat mereka teruja. menjadi pemerhati manusia memang menyeronokkan. aku mampu tersenyum sinis melihat bodohnya perlakuan manusia. canggung seketika bila aku turut melakukan perkara bodoh tersebut. terasa macam aku sendiri turut sama menyiat kulit sendiri,dan turut sama menonjolkan kebodohan diri.

Aku bukan manusia yang jenis asyik mengecam kebodohan perilaku manusia. manusia itu memang diciptakan dengan ketidaksempurnaan. kalaulah manusia itu penuh sempurna perlu apa ilmu di dunia, perlu apa Allah letakkan manusia di muka bumi? perlu apa manusia belajar?

Memerhatikan manusia yang asyik melakonkan watak mereka, aku turut bangga dengan mereka yang begitu tegar menghulurkan salam persahabatan. mereka yang begitu lembut dalam memaafkan. mereka yang begitu pemurah dalam belajar. mereka yang begitu ceria bersama. yang begitu ikhlas menjalankan tanggungjawab. mereka yang sentiasa cuba ketepikan permusuhan. yang kuat membantu. mereka yang cuba melawan amarah dan yang terlalu suci dalam membenci.

dan buat aku rasa kerdil,rasa malu dengan kecacatan sendiri.

terima kasih kawan baru.

dan terkadang aku rasa hipokrit itu perlu. supaya kita dapat belajar. mana yang indah dan mana yang bohong.

dan origamikannya untuk dijadikan perisai besi. pendinding diri.

memang di bumi sentiasa terukir kekurangan dan separa-kesempurnaan.

habis berhenti.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, October 11, 2012

Semut pemerhati setia

Hujan...hujan yang jatuh buat ramai orang rasa tenang. aku rasa benda yang sama. lega kan? macam jalan-jalan kat tepi pantai sambil main pasir.tersepak batu keras. okey. sakit.hari ni rutin yang sama.lihat segerombolan manusia berinteraksi, lihat segerombolan manusia bersenda gurau, lihat segerombolan manusia berhibernasi, lihat segerombolan manusia memakan daging saudara sendiri. lihat, lihat dan aku terus melihat macam pakai binocular terus straight ke setiap manusia di sekeliling aku.aku cuma mampu tertawa sendiri bila melihat manusia bertindak langsung tidak seiring dengan kemajuan semasa...

Aku tak perlu mengata, aku juga tak perlu membisingkan diri sendiri, mencicit macam anak burung yang excited untuk belajar terbang.. tapi satu peringatan, jangan tanya kenapa manusia benci manusia, jangan tanya kenapa kucing bergaduh sesama mereka, jangan tanya kenapa haruan makan anak, jangan tanya, jangan pernah tanya, jangan kau jadi terlalu bodoh untuk bertanya,dan jangan juga kau jadi terlalu hampeh untuk segalanya. kau cuma diam.kau cuma muhasabah diri. kau lihat apa pada kau. sampai orang kata tentang kau. kalau kau tak tahu. kau diam.kau diam.kau diam. diam diam diam dan terus diam.sampai kau diterangkan tentang perkara itu, dan kau mula faham, barulah kau dibenarkan bercakap, dan kau tak kelihatan stupid. kau faham.kau fahan atau tak?

Dan kau jangan jadi macam ayam yang konon fikir mereka pandai terbang dan cuba mengepak sambil menguak bersedia untuk terbang mengekori burung-burung di langit tapi akhirnya jatuh, jatuh tersembam.dan malu dengan semut yang hanya menjadi pemerhati,malu dengan semut yang memang sedang bekerjasama sesama mereka untuk berjaya,dengan senyap, dengan teratur, dengan prihatin.dan menang.berhenti belagak tahu semua dan akhirnya malu.tapi biar kita diam,biar aku diam, biar mereka diam, biar engkau diam, dan kita sama berjaya.itu hidup.aku kata pada kau.

Juga, berhenti tanya sama manusia,"kenapa kau benci aku,kenapa kau makan daging aku," Tapi duduk diam,tanya pada kau,"kenapa aku dibenci."bila angin lalu dan memberi kau ilham,bila kau mula sedar apa masalah mereka,dan apa masalah kau,kau akan diam.dan segalanya mula bergerak seiring dengan perubahan kejayaan.itu dia resmi pokok yang teguh,tak kan mampu ditebang walau beribu tahun di muka bumi.mereka kuat.begitu juga kau kawan.dan bila mereka bercerita tentang kau,mereka concern kawan.


time kasih sebab bace =)

Friday, October 05, 2012

kaca dan cahaya

aku dalam kegelapan
aku dalam kesedihan
tanpa kerlipan lampu
yang memberi nur
tanpa serpihan kaca
tiada yang dapat silaukan mata

tiada apa yang mampu
menjadi penunjuk untuk aku
mencari cahaya bagi 
merentasi sempadan perasaan

aku cemburu???serius ea...aku jeles
aku jeles dengan duhai sahabat yang terlalu 
nyenyak dibuai mimi
mimpi yang indah
sehingga kadang kala
menjadi seribu satu makna
yang tidak terungkap dengan kata-kata

aku perlukan cahaya
untuk aku sampai kesana
menjadi heretan jalanan
aku perlukan kaca
untuk silaukan mata mereka
yang terlalu pedih dikala
kealpaan diri

tiada cahaya,tidak mengapa
tiada kaca,tidak mengapa
mohon ade kombinasi warna
aku mahu melakar keinginan diri
aku mahu meluahkan dengan
contengan pastel
jadi lukisan bererti
mahu dihiasi kamar lena
beradu dengan kesedihan
bangkit dalam keceriaan
mohon hati jadi tenang...

kau boleh jadi cahaya ?
kau boleh jadi kaca ?
boleh jadi pastel untuk aku ?


p/s: berlainan warna,berlainan makna

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, October 04, 2012

Orang kecil

Hari ini ku lihat awan biru
dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya 
kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya 
orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku 
dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya 
kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, 
komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana


p/s : orang kecik punya harapan yang besar

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

tetaplah dengan ku

Mungkin pada aku,
kau seperti pena yang setia digenggaman
saat aku ingin mencoretkan rasa hati setiap hari.

Mungkin juga kau seperti selimut
yang setia menyelimuti diri ketika sejuk
yang mencengkam ulu hati dan nyamuk gatal
yang sentiasa menodai kulit mulusku.

Mungkin juga kau diibarat seperti talipon genggam
yang sentiasa ditangan walau dimana sahaja hatta
di masa lelapku jua..

Pernah ada yang bersedih
kerna tidak punya sahabat.

kau bertuah punya teman
untuk bergurau senda, berkongsi suka duka,
bercerita sinetron cinta di layar peti kaca
serta tempat untuk mendakap erat mesra.

Aku rasa kau perlu seseorang yang akan setia
meminjamkan bahunya di kala kau menangis
dan seseorang yang usap lembut bahu
demi untuk menenangkankau.
Adakah dia sahabat yang kau cari?
Aku bertanya dengan nada paling halus dan lembut,
adakah dia sahabat yang kau
cari bagi temani hari-hari indah kau?

Mungkin dia yang kau cari sebagai sahabat.
Mungkin dia yang ditakdirkan untuk menjadi teman.
Tuhan telah tentukan satu takdir
dimana kau akan temui dia
yang baik satu hari nanti, janji kau sabar.
Itu paling penting SABAR.

Aku akui aku seorang yang ceria dan nampak seperti seorang manusia yang tidak punya masalah tetapi aku manusia paling susah dapat sahabat. Sahabat yang tidak melihat dari kegembiraan sahaja tetapi berpaling meninggalkan kita dikala duka. Ramai yang ingin menjadi sahabat tetapi adakah kita dapat selongkar hati mereka untuk melihat sejauh mana keikhlasan mereka? Kalaulah aku dikurnia kuasa luarbiasa dapat baca isi hati, akulah manusia paling beruntung di dunia. Kalaulahkan.

alangkah manisnya jika dia yang kucup hangat pipi ketika duka mendatangkan, rangkul erat bahu yang lemah dihimpit dugaan, serta jari halus yang usap tangis setiap masa. Aku mohon teman itu yang aku dapat. Sahabat yang bergelak tawa saat berita gembira di sampaikan dan bukannya seorang yang tersenyum dengki di dalam hati.

dora, kau sihat hari ini?
dora, adakah aku yang kau cari di kala hari - hari bahagia mu?
Akukah yang kau singkir di kala kau temui kawan baru?

Lucu bila lebih banyak soalan daripada jawapan. Senangnya mengolah soalan daripada mencari jawapannya. Mungkin aku boleh guna fungsi salin dan tampal jawapan dari insan terdahulu. Lebih senang dari mencari jawapan sendiri tetapi kesannya pada kau, lu pikirlah sendiri.

shalizanis mariyanti dora,
aku mohon,
tetaplah denganku
tahan aku daripada jatuh,
genggam erat jemari aku,

pimpin aku, pandu aku, temani aku,
supaya aku bisa sampai ke hujung dunia.

jangan biar jambatan itu runtuh,
tolong, jangan biar aku jatuh.

teruslah teguh di sisi aku,
jangan kau goyah,
nanti aku yang lemah.
moga ada senyum pada bibir itu, moga ada tenang pada hati runsing itu, moga kau temui jua teman yang setia satu hari nanti.


p/s : nak jadi paracetamol leh ubati kamu saat kau deman. seperti ketika ini.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

melangkah lagi

Pagi ini, kau awali harimu
Dengan kesedihan yang begitu dalam
Biar ku usap air matamu
Ku kan ada di sini, selalu bersamamu

Angkatlah wajahmu, tebarkan senyummu

Melangkah lagi, jangan berhenti
Kau kan mengerti
Makna terbaik dari semua yang telah terjadi

Teruslah melangkah, jangan menyerah

Dan biarlah semua yang tlah berlalu
Jangan kau sesali, sambutlah hari baru
Tegakkan wajahmu, tumbuhkan asamu

Melangkah lagi, jangan berhenti
Kau kan mengerti
Makna terbaik dari semua yang telah terjadi

Teruslah melangkah, jangan menyerah

Melangkah lagi, jangan berhenti
Kau kan mengerti
Makna terbaik dari semua yang telah terjadi

Teruslah melangkah, jangan menyerah


senyuman mengurangkan kesedihan dari dalam

p/s : terus,terus and terus melangkah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Boneka

seperti boneka yang digerakkan.
seperti hamba yang diperlekehkan.
tidak dipedulikan rasa hatinya.
dan terus saja dia diperkotak-katikkan.

sangat betul, bumi itu sfera,
hidup umpama roda.
singa yang lama sudah jadi kucing yang manja.
diam bila disergah sang harimau betina, sang naga buas,

biar diri diperguna, biar diri diraba seksa.
hilang sudah sang pepatung lama.
langsung juga tak mampu rasa benci,
tapi jangan kau main api,
taring kucing juga boleh bawa mati.

kau rasa, ini tentang siapa?
mahu teka?

seperti karya kreatif,
akan lebih indah andai dicoret dengan keceriaan warna...

p/s : gembira dengan kegembiraan,sedih dengan kesedihan 

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, October 02, 2012

Persetankan dalih

terkadang, bila aku lihat wanita yang sempurna auratnya,
yang melindungi wajah cantiknya di sebalik sehelai purdah,
aku kepingin sekali untuk jadi seperti dia.

sayang, iman aku tidak seteguh besi paling hebat,
tidak juga sekeras kerikil,
kerana aku akui, masih aku hanyut dalam nafsu dunia,
ah, alasan, *kalau kau betul mahu, persetankan sejuta dalih. bukan?

biar nur itu aku terima secara berfasa,
supaya mampu aku abadikan selamanya dalam jiwa.
dan semoga tidak aku campakkan segala kebenaran,
untuk kejar kembali kejahilan masa silam.

amin.


p/s: coming soon. insyaAllah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, October 01, 2012

Mahu jadi anak kecil

Aku mahu jadi anak kecil
yang punya cita-cita besar
yang punya hati yang tegar
andai jatuh dan menangis
mampu untuk bangun kembali

Aku mahu jadi anak kecil
hanya perlu bermain
hanya perlu mengetahui
andai terluka
mampu untuk melupakan isi hati

aku penat
penat dengan masalah dunia.
bila aku senyum tak bermakna aku gembira
bila aku diam tak beerti aku kalah
cuma aku penat
serius aku penat.


p/s: mahu pinjam bahu mu melepaskan rahasia hati ini

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

soalan dari aku

aku bersendiri
bermonolog keseorangan.

kalau hari ini aku mati,
siapa yang akan tangisi?

atau kuburan yang aku huni,
hanya akan gelap dan sepi?

p/s : muhasabah dari dalam hati

myy amieyra

time kash sebab bace =(

Sunday, September 30, 2012

stop judge,mohon....

Lumrah manusia. bila melihat terus saja menilai. bila ada salah terus saja kau hukum. aku tak mengata. jauh sekali berniat mencemuh. aku cuma sekadar bicara tentang aku kau dia mereka lakukan.

Bila saja kau lihat gadis seksi, kau kecam dia murahan. bila mana kau lihat kasanova, kau label dia hidung belang. bila mana kau nampak keduanya, kau kata dia bakal ahli neraka. aku tak rasa ini dongengan. tak perlu dinafikan.

Dan yang paling ketara, bila saja kau lihat dia tidak bertudung, kau kecam tanpa henti. kau kata bukan calon isteri, kau kata hanya layak buat geli-geli, kau kata tak layak untuk diri. sungguh, aku ketawa melihat kejahilan kau.

Cuba kau diam sejenak. dan kau fikir dua tiga saat. fikir sepantas kilat. ajaibnya bumi tercipta, ramainya penduduk dunia, besarnya cakerawala, tingginya langit tujuh petala. atas ciptaan siapa? kau pun tahu, dan bila DIA katakan jadi, maka terjadilah segala apa yang DIA mahukan.

Dan begitulah peredaran masa. mampu ubah segala. mungkin saja pada hari ini dia berpakaian seksi, mana kau tahu satu hari nanti dia lah yang paling menjaga diri?

Mungkin saja kau lihat hari ini dialah kasanova perosak hati, mana kau tahu satu hari nanti dia lah pencinta yang Esa paling sejati?

Mungkin saja kau lihat dia menguraikan rambut, mana kau tahu satu hari nanti dia yang paling istiqamah dalam ibadat.

Jangan kau kecam mereka semua. jangan kau hukum mereka. kerna biar kau tahu satu perkara,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."

( Riwayat al-Tirmizi )


Dan cuba kau fikir, sebelum kau hukum orang lain.

Takut nanti kau salah tafsiran.

Biar aku ulang, kalau Allah kata jadi, maka terjadilah segala. kau pun tahu kan? kun, fayakun.


Berhenti judge orang ya?

p/s: kalau dh terberak kt tepi jalan,xde sape yang nak mengaku.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 28, 2012

Duhai bunga manis

kelip-kelip api,
temanilah indah gelap malam,
wahai sang hati,
tinggi sungguh melonjak kegembiraan,
terbang lah terbang si rama-rama,
mencari indah sang bunga.

aku sang rerama indah.
kau sahabatku si bunga manis.
katakan saja katakan jiwa,
kau gembira tak terkata,
ucapkan saja ucapkan lidah,
rasa syukur ke tuhan yang esa,
Alhamdulillah.

kalau kau gembira di sana,
aku tika ini sedang tertawa,
kalau kau tersenyum di sana,
air mata aku bergenang sebak gembira,
kalau kau kata lupakan segala,
telah aku lupakan semua,
kalau kata mulakan persahabatan baru,
pasti saja aku turutkan.

kau tahu? persahabatan kita indah. persahabatan kita menggegar revolusi dunia. persahabatan kita romantis. kalah sang kekanda dan adinda. tertawalah dengan kata ini. kalau kau tanya aku kenapa, jawapan aku mudah. mana mungkin seteru jedi sekutu? mana mungkin ? aku bangga dengan kau. bangga. bangga. kerana telah kau runtuhkan tembok antara kita, dan kau hulurkan tangan kau, supaya dapat aku sambut. ah, bisa saja aku rasa dakapan kau.

kau tahu? persahabatan yang terjalin dari onak duri yang tajam melukakan itu, nikmatnya sangat indah tak mampu kau bayangkan. ini pengalaman pertama aku, untuk kau?

gadis cantik seperti kau dan aku, memang layak rasa bahagia. memang manis tersenyum bersama, memang padan jadi sahabat.

usah hirau segala cakap orang, usah pedulikan senjata manusia yang sememangnya tajam. kuatkan duhai hati, kosongkan fikiran kau dengan segala negatif perasaan, kembalikan dengan keceriaan dan senyuman mu yang menawan.

semoga saja persahabatan baru ini didoakan para malaikat, diraikan penduduk langit, diredhai Allah Taala. kalau kau tanya aku kenapa? sebab kita berdua mampu menggegarkan benteng nafsu hasad yang terlalu lama membelenggu kehidupan.

oh, iya. kita ikut cara kau. warnakan persahabatan kita dengan warna warna ceria. lupakan rasa hina atas kejahilan kita dahulu. hindarkan rasa hitam atas kain suci itu. dan boleh aku lakarkan dengan banyak warna pink? aku suka pink. ^^


mohon maaf tercuri pic kau.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, September 23, 2012

tak mahu

aku antara manusia
paling penakut sekali,
ku ulang 'paling'.
aku cuma iyakan segala
macam yang mereka pinta,
walaupun hati aku gila kata
"tak mahu lah!"
tapi aku masih diam 
membisu sejuta bahasa
langsung tak mampu aku betah.
bilah-bilah tatabahasa dan
kata sinis yang 
pernah aku lontarkan dulu

entah mana hilang terbang
mungkin dibawa angin
mungkin dimakan anai-anai
mugkin hanya aku yang memahami
kan aku kata, aku penakut

dan cerita ini tentang aku,
malam ini kisahnya mengenai aku,
cuma aku. bukan yang lain.
kalau kau terasa, bagus.
aku suka sebab situasi kita sama.
dan kau mudah faham
cerita seksanya aku saat ini

cukup sekali hati tak mahu lagi
hati sakit jiwa meronta
bervariasi perasaan
lahir diri serba kekurangan
kurang kepercayaan
hilang pedoman

mohon jangan lagi...

p/s: nk jadi seperti dulu 'superwomen tuk kau'

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, September 22, 2012

mimpi dan impian

mimpi bukan cuma khayalan
kerana mimpi mampu jadi realiti
mimpi itu cabaran
yang mahu kau genggam
dan aku,
tidak bodoh untuk biarkan
mimpi aku dirobek oleh mereka

belum cukup bodoh
sebab kalau bukan kerana mimpi
aku tidak berada di tahap ini.

persepsi mereka mengatakan
mimpi itu
hanya dongengan khayalan,

dungu,
mimpi itu tunjang kejayaan.

dan maaf
pastel warna aku
cuma milik aku
kau tak kan mampu sentuh.
dan kau tak kan pernah bisa
rosakkan lukisan mimpi
punya aku.

ini namanya segalaksi impian
kau tak kan faham kerana
mata kau ditutup segala realiti duniawi.

mimpi aku tak kan mati
dan tak kan pernah terhenti.
walau kau caci maki
atau kau lempar tahi.
kerana aku,
sang pemimpi tegar.
sungguh.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 21, 2012

cakap

bila orang kata aku salah,
aku cuma diam tak beri balas
bila baiknya aku disalah tafsir
aku cuma diam tak mahu fikir..

tidak pernah terlintas dalam minda
perubahan pada aku
yang hanya sebesar zarah ini
membuatkan aku lebih
lebih baik dari yang lainnya...

kali ini,

dalam bahagian mana aku salah? 
cakap...

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

kesilapan percaturan

mungkin cuma aku yang sedang terleka
dalam memerhati peredaran dunia
sampai aku jatuh di sana
dalam untaian kata yang tidak semegah
dalam barisan bicara yang tidak juga mewah

bicara aku
tidak pernah menggambarkan kematangan
tapi fikiran aku
melepasi sempadan kedewasaan,
namun perwatakan aku
masih saja keanak-anakkan..

memang bodoh bila bijak memerhati
memang bodoh bila bijak menilai
tapi tak mampu bertindak.
mungkinkah aku silap dalam percaturan ini?

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, September 20, 2012

sememangnye itu aku

gadis hingusan yang sedang
belajar tentang kehidupan.
ciptakan mimpi dari sisa-sisa kekecewaan.
tangiskan segalanya dalam sunyi malam,
dan tersenyum saja bila siang bertandang.

itu, aku.

aku ciptakan kisah dongeng.
bukan sekadar angan-angan mat jenin
kerana sedang aku berusaha
berusaha untuk jadikan ini realiti dunia.
dan sedang juga aku berdoa
ia mampu jadi realiti syurga.

aku gadis biasa
tak punya kuasa
tak punya tongkat sakti,
yang mampu realisasikan mimpi indah
hanya dengan sekali hayunan.
aku, wujudkan realiti melalui mimpi,
dengan rasa percaya, pada aku,
pada mereka, dan pada DIA.

itu cara aku, mahu cuba?


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Lampau

Hari ini fikiranku tidak semena-mena
menyelak kembali helaian kisah lepas.
cuma ambil masa kurang satu per empat waktu.
untuk menggamit kenangan lampau.
cuma ambil masa hanya sekali kelipan mata
untuk kembalikan imbasan masa lalu.

huh, alangkah jahilnya aku waktu dulu.
keanak-anakan tidak bertempat.
merentan bila diagah.
menyalak bila dikerah.
punya otak tak punya akal.
bijak menongkah langit.
jatuh tersembam tak nampak bumi.

maaf. atas segala macam jenis dosa yang telah aku lahirkan.
maaf. atas segala nista yang aku lemparkan.
maaf. atas segala macam cerita sialan yang aku jajakan, kisahkan.
maaf. maaf. cuma maaf.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, September 19, 2012

surat cinta untuk kau

nah, surat cinta untuk kau.

surat cinta istimewa, dari aku untuk kau,
dari sahabat untuk sahabat.
dari aku yang gila-gila,
dan untuk kau yang aku sayang.

surat cinta istimewa memang jarang-jarang datang. aku pernah kata, kita akan berdepan dengan kekangan. sampai akan kurang masa, kan? tapi, ini surat cinta ringkas saja.

aku rasa aku punya kurang 24 jam dalam sehari untuk buat segala benda, tapi aku masih punya masa 24jam untuk ingat kau dalam minda.

selamat jalani kehidupan dengan bahagia.
 
akhir2 surat cinta.

so, semoga sentiasa bahagia, dan semoga dapat jumpa.kot. ==

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, September 18, 2012

Merenung malam

aku sedang merenung 
merenung malam
yang ketika ini sunyi.
meneliti bintang yang indah
yang tergantung indah bersama awan dan bulan.
bintang yang taat pada Allah, yang tetap setia di langit mengindahkan malam.

bagaimana aku?
aku bukan seorang hamba yang setia seperti bintang.
kadang kala hidupku tersasar jua.
malas menerpa tiap masa.
jika di hitung dosa, mungkin hanya Dia sahaja yang tahu.

iman di dada tak sekuat iman mereka.
apabila di caci, orang itu akan ku marah kembali.

aku di uji hanya dengan cacian.
aku sudah hilang sabar.
aku bukan emo.
tapi aku terlampau obses dengan maruahku.
aku tidak boleh.
maruah aku mesti di pertahankan.

siapa orang itu, aku tak kisah.
aku pasti memperjuangkan hakku.
Tuhanku,
berikanlah jalan yang terbaik untukku lalui.
jauhiku dari perbuatan yang memburukkanku sekali gus agama Allah.

aku tidak mahu.
kerana aku.

seIslam sepertiku di pandang buruk.
bintang indah pasti akan hilang apabila siang menerpa. 

dan aku.

kan pergi jua apabila saatnya tiba..
aku terus merenung malam..
yang ketika ini masih sunyi...

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 14, 2012

Sucikan hati

Aku buat baik dengan orang, tapi orang itu mungkin tidak buat baik pada aku.
Aku tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong aku. 

tapi aku yakin, satu hari dan satu masa nanti, 
Dia akan hantar orang lain yang aku sendiri tidak sangka yang akan berbuat baik dan tolong aku...
Itu aku yakin.

Ingin bersihkan hati.
Ingin sucikan segalanya
sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan.
Jangan lawan fikiran negatif, penuhkanlah minda dengan aspek positif  (kegembiraan, keseronokan, kebahagian)

Luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat.

Semakin banyak aku lawan, semakin banyaklah yang akan aku dapat.

Sesakit apa yang aku rasakan dalam hidupku, setiap kejahatan oleh manusia padaku bukan menjadi alasan bagiku untuk membalasnya, hadapilah dengan sabar.


Jangan biarkan ia melemahkan imanku..

Kerana Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya seperti aku.

p/s : mohon cakap depan-depan, tak baek cakap belakang k.

myy amieyra

Time kasih sebab bace =)