“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Thursday, December 26, 2013

Mental Block

Semasa ingin menulis entry

Tiada apa yang lebih menggusarkan, melainkan satu.
Mental Block.

Kadang2,
idea memang ada, penuh dalam kepala.

Tapi bila kita mahu menulisnya
tidak menjadi. Serba tak kena.

Baru taip satu perkataan, 'backspace' segera ditekan.
dapat satu baris ayat, terus blur, ditenung laptop lama-lama.

Selepas tu
memang terus tak jadi apa.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, December 18, 2013

Dia, Rasulullah

Di benci, dia senyum.
Di caci, dia senyum.
Di hina, dia senyum.
Di maki, dia senyum.
Di ugut bunuh juga, dakwahnya tak mati.

Rasulullah.

Tapi aku?
melenting mengamuk.
menangis.

SubhanaAllah sungguh mulia hati Rasulullah. 

Muhasabah diri.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, December 06, 2013

Sabar


"dan Allah bersama orang-orang sabar."  [2:249]

myy.amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, November 04, 2013

Sakit

Hati ini Terlalu sakit.

Tapi aku masih lagi mampu

Mengukir senyuman dibibir. 

Ape yang aku lalui 

Takde sorang tahu. 

Kecuali Yang Maha Esa.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, October 19, 2013

Rasa

Aku lakar
Garisan senyuman 
Hadapan 
Kau 
Dia 
Mereka 

Tapi hatiku 
Penuh usang 
Dengan kekecewaan 

Takpe 
Aku pembohong 
Pembohong kedukaan

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, September 30, 2013

Aku semalam

Kadang rasa tak mampu bertahan. 

Langkah makin perlahan. 

Air mata tak tertahan-tahan. 

Mengalir laju tanpa kehendak tuan.

noktah. 


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, September 25, 2013

Ego

memang susah, manusia ego sifatnya
sungguh aku tak suka sifat ini
dan aku mohon jauhi aku dari manusia sedemikian rupa
aku tetap berdoa semampu dan sedaya aku

ada yang fikir, aku cakap sama dengan cermin
kita sama je sebenarnya
tapi sekurang kurangnya aku sedar mana salahku
mungkin kamu juga begitu
tapi aku tekad
semua dah tak dapat diundurkan lagi

sekali diludah dimuntah dimarah dan dibenci
peluang kedua tak kan hadir
aku betul betul maksudkan itu
tiada satu pun permainan yang tidak ada pemenangnya

hidup dan matiku bukan aku atau kamu yang tentukan
aku mahu apa yang aku mahu
dan aku tetap pegang apa yang aku cakap
biarlah segalanya nampak kurang adil

jujur aku luahkan
aku senyap bukan bermakna tiada perasaan timbul
ada, memang ada tapi biarlah ia terbuku dihati
kerana aku mudah melupakan namun kesan masih lagi berparut
tak mengapa aku senang begini
aku terima aku pasrah
aku berserah tanda aku redha

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 13, 2013

Satu kesilapan

Aku ada melakukan beberapa kesilapan dalam hayat kehidupan.
Ada ketika, aku berharap masa boleh diputarkan.
Supaya aku boleh memperbetulkan keadaan.

Realitinya, harapan tinggal harapan.
Dalam filem, ia boleh jadi kenyataan.

Tapi, disini, didunia ini, masa terus berjalan.
Masa akan terus kedepan.
Sedikit pun ia tak heran.

Akhirnya, aku tahu, yang dah berlaku telah pun berlaku.
Ia telah berlalu.
Aku kena terus melangkah, walaupun apa yang berada didepan, aku tak tahu.

"A person who never made a mistake never tried anything new" - Albert Einstein

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, September 11, 2013

Nota untuk diri

Banyakkan memberi.
Jangan pentingkan diri.

Senyum dan berlalu pergi

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, August 30, 2013

Bersuara tanpa suara

kau kena faham.
kau mesti kena faham.
ada sesetengah orang yang bersuara melalui senyapnya.
iaitu tanpa mengeluarkan suara. aneh bukan?

kalau kau menanyakan sesuatu,
dan tiada butir jawapan dari mulutnya ketika itu,
kemungkinan paling besar, dia sedang fikir, 
memikirkan cara yang terbaik untuk memberitahu mu.
dan mungkin juga kau tidak berhak untuk tahu.

bila kau minta kepastian, dia mungkin diam dan terus diam.
ibarat mulut penuh dengan berlian,
ada kemungkinan, jawapan 'tidak'-lah sebagai balasan.
sebagai manusia, jawapan seperti itu selalunya mengecewakan.
jadi, untuk selamatkan keadaan, berdiam adalah pilihan.

dalam sesetengah situasi, kena faham-faham sendiri.
kurangkan bertanya, banyakkan baca body languange-nya

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, August 20, 2013

yang pertama, atau kedua?

Dalam bumi yang berbentuk sfera,
Ada dua kategori manusia,
Tanpa mengira adat, budaya mahupun agama.

Yang pertama, golongan yang baik hati elok personalitinya,
Akalnya terdidik sempurna,
Penuh berhemah, auranya cukup terkesan dihati.

Yang kedua, golongan busuk dan iri hati,
Menurut nafsu dan penuh hasad dengki,
Sehingga sekali pandang, sudah terasa tempiasnya disisi.

Sekadar mengambil peluang dan ruang,
Mengingatkan diri sendiri dan teman,
Jangan sibuk mencanang baik buruk orang,
Diri sendiri penuh 'berlubang-lubang',

Berusahalah jadi golongan pertama,
walau hakikatnya, tersangkut di golongan kedua.

Usah gusar jika setiap usaha tiada hasilnya,

Setiap niat yang mulia Allah sentiasa ada bersama.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, August 15, 2013

Salah faham

orang depan, tepi, belakang, kiri dan kanan melihat.
apa yang mereka nampak bukan seperti yang sebenarnya
macam macam orang boleh cakap.
macam macam orang boleh fikir
jika itu baik, aku ea kan saja
jika itu buruk, harus aku ea kan jua.
pelik bukan?

aku tak fikir patut dijelaskan
tak perlu dan tak akan.
tapi kalau dibiarkan
mungkin ada yang tersalah anggap
kepala sakit fikirkan itu dan ini
tapi aku diamkan saja. itu aku terima

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, July 25, 2013

Pembancuh ubat

Andai satu hari aku jadi pembancuh ubat,
aku akan pastikan setiap ubat yang aku hasilkan pelbagai perisa. ikut selera mereka.

Jangan tanya kenapa.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Ucap selamat

aku dah terlepas.

terlepas ucap selamat.

terlalu lalai diri ini

maaf. mengeluh.

kau tengok nun jauh di atas sana
bermacam-macam warna pelangi
begitu indah, bukan?

ade tujuh warna.
kau cuma pilih satu
cukup sudah ukirkan sebuah kehidupan

jangan pilih warna yang gelap
itu kesedihan
mohon pilih yang terang
moga boleh menceriakan hidupmu. 

itu doa aku untuk kau.

Selamat hari lahir, moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. insyaAllah.

#Maaf baru dapat publish entry ni.  sebab ...
 

  
myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, July 18, 2013

Kalau aku ini robot

Kalau aku ini sebuah robot, aku hendak menjadi sebuah robot vacum. 
Mampu menyedut habuk-habuk sambil kemas-kemas rumah sambil tuan dia duk relax dan relax .

Opss, aku nak jadi TUAN kepada robot itu sebenarnya.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, July 10, 2013

Jujur untuk kali ini. Serius.

Susah nak puaskan hati semua orang
Tak mampu untuk kita jaga hati semua orang

Siapa kita nak pasti kan semua orang suka kita
siapa kita nak cakap orang salah atau pun tak

Apa yang aku buat sekarang, sudah cukup buat aku tersenyum walaupun pahit.

Itulah keputusan sampai bila bila. aku dah nekad. tiada perkataan untuk patah balik lagi. aku jujur. maafkan aku kerna aku jujur. aku berkata benar untuk segalanya supaya adil bagi semua. susah nak jaga hati dan perasaan orang.

Ada yang cakap aku bodoh sebab terlalu menjaga hati dan perasaan orang sedangkan apa yang aku rasa berkali-kali teruk dan sakit. aku tak kata aku baik. aku tak kata aku betul tapi hakikatnya aku tak mampu nak tahan semuanya.

Namun, biar apa pun yang melanda, aku masih lagi mampu tersenyum dan gembira. mungkin kebahagiaan bukan milikku buat masa sekarang. aku tak kesah asalkan aku tak sakiti hati orang lain. aku lepaskan mana yang patut aku lepaskan.

Aku bahagia begini.
Aku suka begini.

Segalanya mampu buat aku tersenyum. biarlah yang lanjutnya ternoktah disini. aku berhenti untuk segalanya. kerna hanya ini daya yang ku mampu. aku terima.

pergilah. tapi maafkan aku kerna aku harus jujur untuk semua ni. sehingga disini.

p/s: jadi macam aqil zafran, bile bagi susu, terus senyum.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, July 03, 2013

seandainya marah..

Rasanya aku sudah belajar sesuatu malam ni.

Sekiranya marah, tertekan mahupun stress, aku tidak perlu berkata-kata atau meluahkan apa yang digeramkan, kepada orang lain.

Takut boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak enak, terbuka aib atau rahsia orang mahupun mendatangkan fitnah. 

Apa yang lepas, rasanya tidak mungkin diulang balik. Kemungkinan juga, hubungan tidak lagi sebaik dahulu.

Maafkan aku. Maafkan aku!

Seandainya aku marah, tertekan mahupun stress, aku patut tulis dalam kertas sahaja. Mahupun tidur.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, July 01, 2013

Kelakar

Kelakar rasanya bila asyik membandingkan diri dengan kehidupan orang lain. 

Bila aku bandingkan diri aku dengan melupakan segala nikmat yang Tuhan beri, emosi dan ego terus jatuh menjunam. 

Seperti aku yang paling malang.

Oh tidak.

Aku cuma jadi malang bila aku terlupa yang Tuhan ada dekat dengan kita.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, June 20, 2013

Sem 4 : Last paper


Ya Allah, 
Kau permudahkanlah segala urusanku dan urusan umat Islam yang lain. 
Ringankanlah bebanan yang ada, teguhkanlah diri ini untuk terus berusaha. 
Permudahkanlah jua jalanku untuk mencapai apa yang aku kehendaki. 
Sesungguhnya kepada Engkau, tempat aku menyatakan hasrat hati. 
Aminn. 

myy amieyra

time kasih sebab bace =)


Wednesday, June 19, 2013

Tuhanku

Ya Allah,
Aku takut andai engkau tinggalkan aku bersendirian. Seperti aku sudah hilang segala-galanya.

Aku mengharapkan engkau menemaniku setiap saat. Jangan lah kau memberikan ku sesuatu nikmat, sehingga aku lalai akan nikmat itu. Dan jangan pula kau memberikan hadiah ujian kepada ku, saat aku tidak mampu menanggungnya seorang diri. 

Bersamalah aku Ya Allah saat aku lelah, Aku lemah dalam mencari kekuatan di dalam perjalanan hidup seorang diri ini. Sesungguhnya aku kini sendiri. Sendiri Ya Allah.

amin

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, June 18, 2013

Takut

Diorang dah ade ikatan

tapi,

masih lagi bersoal ribuan soalan, bukan tidak percaya tapi hanya mencari kepastian

buat pasangannye berbara. api makin marak.

aku jadi takut. aku tak nak hadapi itu.

aku suka senyuman. mahu kekalkan keindahan

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, June 17, 2013

Raksasa

aku terjaga dari tidur bertukar menjadi raksasa.
raksasa yang kelaparan.
mana utraman?
datang lah kemari dengan tangan penuh dengan makanan.
aku lapa.
perlukan makanan.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, June 15, 2013

Sebahagian

Sebahagian orang berubah kerana terpaksa.

Sebahagian lagi berubah setelah dibayar mahal dengan kesedihan. 

Sebahagian lagi pula berubah setelah penuh penyesalan dan airmata. 

Maka orang-orang yang beruntung adalah orang yang berubah dari pengalaman orang lain. 

Dari bacaan, nasihat, mengamati.

Namun yang sangat pasti , berubah itu perit.

p/s: comel tengok gadis berjubah dan berpurdah. mahu begitu. doakan

myy amieyra

Time kasih sebab bace =)

Monday, June 10, 2013

Style Mr Abah


            Itu memang style die. Dengan style itu lah, aku membesar. Teringat die, air mata mengalir. Bukan sedih malah gembira. Gembira dengan perubahan hidup yang sedikit matang. Dari kecik, rotan itu kawan. Tersalah sikit, dirotan. Tersilap sikit dirotan. Tapi kini aku rindu rotan itu. Namun, aku bangga ada die. Memang aku tak rapat dengan die. Sejak dua menjak ni, kami makin rapat. Rapat seperti sedang bercinta. itulah cinta seorang abah.

            Dia memang garang. Sekali die keluarkan suara, aku tergamam. Tapi apa yang diperkatakan itu benar belaka. Mana tidaknya dia lebih banyak makan garam. semakin hari, semakin rindu. bila dekat tidak bersuara. Pagi tadi call die. Sekejap  je dapat bersembang. 5minit sudah memadai. itu memang style dia. Bila lama aku tak hubungi dia. dia akan melenting. ade saja yang tak kena. itu memang style die.

            Dari kecik, rapat dengan umi. segala masalah umi yang tahu dahulu. bukan niat nak membelakangi abah, cuma aku takut. abah garang. mungkin hidup aku tak sama dengan korang. jeles mugkin. bila tengok anak dan abah masing-masing berpelukan. saat tu, perasaan iri hati dah terbit. Aku mahu seperti mereka. Tapi bila?

            Bila dah makin dewasa, diri harus berpisah dengan keluarga. Untuk menjadi pengalaman dan berdikari mungkin. Bagitau hasrat sebenar pada abah. Abah senyap. tak ade sebarang jawapan. dapat ke tak? itu style abah, senyap maknanye setuju.

              Teringat dulu saat untuk berpisah, semua berpelukan. tapi tidak dengan abah. dalam hati, teringin sangat nak peluk dia. aku tenung air muka abah. ade secebis kesedihan disitu. Aku tahu dia tak sanggup dan tak mahu biarkan anak gadis nya berjauhan. namun, dia tetap akui anak ini harus jalani hidup dan lihat kehidupan disana. bukan untuk melepaskan tanggungjawab tapi untuk kesenangan di kemudian hari.

              Alhamdulilah sekarang dah berubah. setiap ape yang berlaku pasti ade hikmah disebaliknya. aku akui itu betul. Keinginan dah menjadi kenyataa. Sekarang tidak seperti dulu. Semakin bahagia. dan Insyallah akan tetap bahagia.

Aku bukan anak derhaka. Mohon jangan salah faham.

Selamat hari jadi abah. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. sayang abah.

aku berdoa, agar aku mampu menjadi anak solehah yang boleh bawa abah ke jannah =) Amin

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, June 07, 2013

Prasangka itu perasaan?

Kalau ingin berprasangka, mulakan dengan berprasangka baik.

jika belum mempunyai ilmu, hanya prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Kalau hanya mampu merangkak, maka merangkaklah kepada si Dia

Jikalau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka persembahkanlah doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan,
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya akan tetap menerima mata wang palsumu.

Mungkin sekarang masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Wahai pengembara!

Biarpun telah seratus kali akan ingkar janji

marilah datang, dan datanglah lagi!

Kerana Tuhan telah berfirman:

“Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepada-Ku, karena Aku-lah jalan itu.”


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, May 16, 2013

Kita sama je.

Setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan!

Maha AgungNya Allah SWT, menciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi, menampung yang kurang dan menongkat yang pincang. 

Ada orang yang pandai berkarya Ada yang power berkata-kata

Ada yang macam atlas thaqafahnya

Ada yang tough muscle macam Hulk fizikalnya 

Tapi.. 

Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang terhasil?
Kalau semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita sakit mendengar debat di setiap penjuru yang ada.

Kalau semua orang macam atlas thiqahnya, apa perlunya perpustakaan? Peluang untuk meraih pahala dengan menyebarkan ilmu pun menghilang lantaran semua orang semakin pandai..

Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang mula tunjuk belang ..

Tidak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan itu DIA yang berikan.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, May 08, 2013

Kasih ke syurga

Erti kehidupan baru ku rasai disini. Hidup tidak mudah untuk dilalui. Dulu mungkin aku tidak mengerti apa itu kehidupan sebenar tetapi apabila dewasa, diri ini semakin mengerti tentang hidup.

Langkah perjalanan hidup ini terlalu perit untuk dihadapi. baru aku rasa apa itu pengorbanan. Baru aku mengerti apa itu kasih sayang dan baru aku sedar apa erti sebuah kejayaan.

Kini,

Aku mengimbas kembali zaman aku di alam persekolahan. Aku teringat akan semua leteran umi yang tak pernah jemu memberi nasihat agar aku sentiasa berusaha dalam kehidupan ini. Nasihat abah yang selalu bermain di fikiran setiap masa apabila kini aku jauh meninggalkan mereka demi mencapai satu kejayaan. Insyaallah.. Kerana leteran itu dan kerana nasihat itulah membawa aku kesini. Tanpa mereka disisi. Tipu kalau kata aku tak sedih, aku tak rindu. 

Dulu mungkin aku tidak mengendahkan apa yang dikatakan mereka tetapi apabila aku berada jauh dari mereka baru aku rasai kebenaran kata-kata mereka. 

Dulu juga mungkin aku tidak mengerti penat lelah ayah mencari rezeki demi memastikan diriku hidup selesa dan tidak sekali terabai. Aku tahu, disebalik senyuman dan ketawa mereka tersimpan satu rasa yang tak mungkin dapat aku tafsirkan.

Di sebalik wajah itu meletak sebuah harapan yang tinggi. Mengharap aku berjaya bukan untuk kesenangan mereka di hari tua tapi harapan itu adalah buat diri ku sendiri. Mereka inginkan aku hidup bahagia dan senang di masa hadapan.


ya Allah, terima kasih kerana menganugerahkan akan diriku seorang abah dan umi yang sangat sabar melayan kerenahku. yang sangat mencintai aku. yang sangat mengasihaniku. ampunkan dosa-dosa mereka.

Amin.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, May 02, 2013

mohon jangan putus asa dengan aku

Aku adalah perempuan yang dalam hatinya, mahu berubah menjadi lebih baik. Tapi aku masih statik, macam biasa. Terkadang membuak- buak mencari pahala, tapi lebih banyak buat bodoh sahaja bila dosa bertimbun- timbun.

Tak hairanlah aku begini. Kerana ada suatu frasa yang mengatakan,

"Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah orang yang paling bersedia sebenarnya". 

Ada saja orang yang mengajak aku ke dalam golongan di mana aku insyaAllah, akan ingat siapa pencipta aku.

Pergi majlis ilmu, pergi itu pergi ini. Dan ada saja alasan aku, bermacam- macam.


Aku cuma pinta, jangan putus asa akan aku. Tolong. Aku ingin sekali cuma roh aku masih tak mampu kuasai fizikal ni. Dan aku masih mengungkapkan banyak alasan.

myy.amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, April 29, 2013

muhasabah cinta ya ilahi

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


myy amieyra 

time kasih sebab bace =)

Friday, April 26, 2013

Rintihan hati

Adakalanya terasa mahu dilontarkan sahaja,
Segala yang terbuku dijiwa,
Segala perkara yang menyesakkan di dada.

Tapi,
mungkinkah akan difahami atau dimengerti maksudnya?

Mungkin ada ketika,
Lebih baik sepi tanpa suara,
Berbicara dalam sunyi dengan-Nya,
Merintih dengan jiwa seorang hamba.


myy. amieyra 

time kasih sebab bace =)

Wednesday, April 24, 2013

Bercakap itu rumit

Aku ada satu masalah yang susah hendak diselesaikan sejak dulu lagi. Iaitu berkomunikasi dengan orang.

Tak kisah la part yang aku pendiam atau introvert sebab kadang- kadang aku lebih suka macam tu.

Perkara yang difikirkan lebih banyak daripada yang terluah.
Aku bukan seseorang yang jenis "I speak my mind".

Cuma, aku tak berani nak tegur.

Masalahnya, 
bila kau nampak perempuan ni baju tak cukup lengan, seluar tak cukup panjang dan ada pula tudung di kepala, kau cuma pandang pelik dekat dia.

Ataupun,
bila kau rasa kawan kau tak pergi sembahyang jumaat dan kau tak tegur, 

"Eh dah habis sembahyang Jumaat ke?" padahal jam baru 1 lebih petang. Okay, maknanya tu soalan menyindir lah.

Dan yang paling berat, kat laman maya atau bermesej, senang je tangan tulis salam atau insyaAllah. 

Tapi bila bercakap in person, mulut aku agak payah nak sebutkan dua itu.

Balik- balik, kalau berjanji atau buat plan, cakap "Okay. Okay" 

Kan dah baca dalam al-Quran tu, yang kita perlu sebut insyaAllah. Rasanya tafsir tu dalam bahasa Melayu lagi. Takkan dah lupa kot peringatan Allah tu.

Oklah, perbaikilah diri awak tu. Diri sendiri yang sangat kecewa dengan diri sendiri. Sobs.


myy.amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, April 18, 2013

Biarkan ia

Aku sedih, sakit dan jiwaku serabut. 

Mungkin aku 
tak perlu terlalu memikirkan 
pada sesuatu isu 
dan tuliskan kesimpulan yang bukan-bukan. 

Yelah, kita kan bukan boleh baca hati orang. 

Tak pasal- pasal nanti timbul rasa benci. 

Nanti Tuhan marah.

Tak apalah, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita kan :')


myy.amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, April 16, 2013

Hina atau penghinaan

rasa hina bila kau dihempaplenyek
oleh mereka yang gilakan dunia,
rasa hina bila kau diludahmaki
oleh mereka yang gilakan harta,
rasa hina bila kau dicacikeji
oleh mereka yang cuma pandai berkata.

hina.
sangat hina.
habis hina.

tak apa, biarkan.
biarkan kau dihempaplenyek, diludahmaki dan dicacikeji
oleh mereka mereka yang rakus.
dan kau tetaplah menjadi kau.
jangan goyah, jangan berubah, tetaplah teguh.


p/s: biarkan mereka dengan cara mereka. usah amik pusing.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, April 13, 2013

Cuba, mungkin hanya sekali

cuba buka mata,
jadi gagah untuk sepertiga masa,

lawan semua raksasa,
dan bila dah berjaya

kau kembali jadi biasa semula

jangan hanya kerana gagah
menang dan terus kau megah
nanti kau yang lelah.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, April 01, 2013

"aku nak jadi seperti dia"

phase paling aku tak suka "aku mahu jadi macam dia."

kalau kau mahu jadi macam dia, siapa yang mahu jadi seperti kau? mana identiti kau? hilang dalam balik bayangan dia. maaf, kalau mahu jadi macam dia, orang tak kenal kau, orang kenal klon dia. identiti kau, mati.

cuba tukar ayat, biar dia jadi role model untuk aku, supaya nanti aku mampu jadi aku yang lebih dari dia. mahu cuba?

ini cuma cakap-cakap kosong, aku tak punya kelebihan apa-apa, dan aku juga masih sedang merangkak dalam dunia yang semua orang sudah asyik pakai barang turbo. aku? tinggal belakang jauh ke belakang, tapi, istimewanya aku, aku jujur andai dibandingkan dengan orang yang pakai turbo itu semua.


nanti, bila kau sudah faham satu perkara,
matahari itu kuat pada dasarnya,
kuat pada cahayanya,
tidak dia minta bantuan yang lain,
tidak dia cuba jadi yang lain,
lalu dengan cara itu lah dia jadi raja,
bagi cahaya untuk semesta.

kau ada?

dan bulan yang mahu jadi matahari,
hanya muncul pada malam hari,
yang hanya terang bila mana matahari
murah hati bagi cahaya.

kasihan.
popular pada malam.sahaja.

kau mahu begitu?

maaf. itu bukan cara aku.

myy.amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, March 31, 2013

Istighfar dalam istighfar

Rabiatul Adawiyah pernah berkata,

"Istighfar kita perlu kepada istighfar lagi seandainya istighfar kita hanya dengan lidah sahaja, tidak disertai dengan hati."

Istighfar ni suatu doa. Doa mohon ampun. Simple pun doa juga.


"Sesungguhnya doa yang paling utama adalah doa yang keluar dari hati yang bersungguh-sungguh dan tekun. Itulah doa yang didengar dan diterima, walaupun doanya sedikit." (HR Al-Hakim)

"Tidaklah menetapi dosa orang yang beristighfar" (HR Abu Daud & Tirmidhi)

Maknanya, walaupun sebut "Astaghfirullahaladzim" je pun, hati pun kena seiring dengan lafaz di bibir. Bukannya bibir melafaz, hati tak ingin. Hati menidakkan.

Istighfar bunyinya satu. Tapi sebenarnya dua :)
Satu di bibir. Satu lagi di hati. Orait?

faham duhai teman?

Good.

myy amieyra.

time kasih sebab bace =)

Wednesday, March 20, 2013

Kalian tidak tahu


Memang senyum selalu menghias wajahku
Memang tawa selalu menghias bibirku
Tapi pernahkah kalian tahu
Bahwa sebenarnya hatiku tersangat sedih?

Betapa kalian tidak tahu
Kalau dalam senyum itu
terlukis puing-puing kesedihan?

Dan kalian tak mengerti,
kalau hatiku bergelimang dalam rahsia.

Jangan kalian cuba menanyakan tentang itu,

aku sengaja menyembunyikan semuanya

Karena aku tak ingin kalian berkecipung dalam kesedihan.

Aku tak ingin kalian turut berduka
Aku tak ingin kalian mengetahui siapa aku

sebenarnya Itulah sebabnya,

Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum
Walau segalanya tersembunyi, tersepit dalam tangis yang pilu.


aku terlalu perlukan ini. serius.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

adaMu


Dialah penguat kita.
Dialah pendengar terbaik kita.
Dia Maha Tahu
susahkah kita, resahkah kita.
Dia yang menenangkan kita
yang memenangkan kita

ya Qawiy
ya Sami'
ya Fattah
ya 'Alim
ya Allah


iftah qulubuna futuhal 'arifin.

"....sesungguhnya Rabbmu amat cepat seksanya, dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (7:167).

Allah acapkali mengiringkan targhiib (dorongan, harapan) setelah tarhiib (ancaman), agar jiwa manusia tetap berada di antara harapan (kepada rahmatNya) dan kecemasan (jika tidak dirahmatiNya). ayat-ayat cinta Dia. =)


ni untuk semua.
moga saya menulis keranaNya.
moga kalian membaca keranaNya.
moga kita berukhwah kerana cinta Dia 

myy amieyra. 

time kasih sebab bace =)

Friday, March 15, 2013

Senyum sahaja.

Biarkan saja kalau hati tiba-tiba tidak senang dengan orang lain

kerana.

Bila kita rasa orang itu sombong, mungkin kita pernah sombong dengan orang lain

Bila kita rasa dia sakitkan hati kita tanpa sebab, mungkin kita juga pernah buat begitu kepada orang lain

Bila kita rasa orang itu kerek, mungkin kita juga kerek dengan orang lain

Bila kita menyampah dengan dia, ramai lagi yang menyampah dengan kita.

Biarkan sahaja kalau ada orang lain yang berbuat begini kepada kita. Jangan biarkan krisis melanda lama- lama dalam diri. Sebab rasa tidak senang, meluat, benci kepada orang lain tu tak ke mana.Oh ya, kalau boleh, jangan luahkan kepada orang lain juga kerana kita berisiko tinggi dalam menghasut atau menyebar virus negatif kepada orang ramai!

Yang penting, buat tak layan sahaja dan buat bodoh. Berikan sahaja kebaikan (atau senyuman sekurang- kurangnya) buat mereka.

InsyaAllah, kebaikan akan datang bertubi- tubi kepada kita.


senyum sikit budak kecik!

tamat.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, March 13, 2013

Semuanya akan OK!

Aku inginkan belajar daripada setiap orang yang hadir dalam hidup aku.

Setiap orang itu, insyaAllah akan memberi kesan dalam kehidupan kita walaupun sedikit. Makin lama, aku makin belajar banyak tentang karenah manusia. 

Tak cantik pun karenah tu tapi ia membuatkan aku lebih faham yang manusia itu begitu kompleksnya. Sama kompleks macam diri aku sendiri. 

Banyak lagi yang perlu dipelajari daripada orang lain supaya aku tak hanyut dengan sifat 'kecintaan pada diri sendiri'.

Macam dia, walaupun aku still keliru dengan kecelaruan perasaan, dia masih setia disisi dengan seribu harapan.

Sekarang aku kena belajar tidur awal. Katanya, tak elok tidor lewat. tapi malam ni aku tertewas. mata masih lagi segar. Tapi tetap kena paksa.

sebelum tu bace doa dulu =)


p/s: awak, saya paksa diri saya tido ni sebab awak tau

ok tamat disini.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sindrom Writer's Block?

Ada dalam satu masa, kau suka dengan perasaan kau.

Masa itu, idea seakan membuak- buak dalam fikiran, hati kau. Tiba- tiba bila kau tertarik dengan keyboard, semua itu tak berdaya untuk ditulis. Semua lesu. Seakan- akan idea itu tersekat.

Tulis. Padam. Tulis. Padam. Dan padam.

Dan bagaimana dengan idea yang dah tercurah- curah tapi tak tertulis itu?

Biar kita sendiri saja yang rasa. Kerana mahalnya rasa itu, tak semua mampu merasainya. Jadi, biarlah kita saja yang merasainya.


ok,done.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, March 12, 2013

Senggugut

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa Yang Menyebabkan Senggugut?

Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun.

Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya :

Dismenorea Primer

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.

Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :


Ketidakseimbangan bahan kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.

Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh.

Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder

Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.


Dismenorea sekunder disebabkan oleh :

Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
Jangkitan
Radang rongga pelvis
Endometriosis
Penyakit usus seperti apendisitis
Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami senggugut yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka haid. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa Ada Yang Mengalami Senggugut dan Ada Yang Tidak?

Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami senggugut.


Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan seterusnya mengakibatkan senggugut.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan senggugut. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sekiranya anda mengalami senggugut sejak pertama kali haid, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan :

Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Muntah atau mual/loya
Sakit kaki dan bahagian belakang badan
Pergerakan usus yang tidak sekata
Pitam


Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang dirasai kerana senggugut boleh membantu anda memahami apa penyebabnya. Anda akan mengetahui yang kamu mengalami dismenorea primer apabila :

Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu haid atau 6 hingga 12 bulan selepas itu
Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan haid
Dua hari pertama haid adalah paling sakit
Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan haid
Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan haid dan berpanjangan selama 3 hari, dan anda juga menyedari ada beberapa benjolan dalam abdomen, muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda juga harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Bolehkah Senggugut Dicegah?

Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :

1) Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli

2) Kurangkan garam

3) Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid

4) Ambil vitamin tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.


5) Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut

6) Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea

7) Berhenti merokok

8) Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi. Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.


Ada orang menyatakan haid awal pada usia seperti 11 tahun atau 12 tahun menandakan bahawa seseorang itu adalah subur dan sihat. Oh tidak, haid awal akan menyebabkan menapause yang awal dan juga akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung. So, perlulah kahwin cepat2 ya.

ok abis disini

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, March 09, 2013

Angan-angan itu impian

Impian itu Angan-angan kah?

Apa impian kita masa kecil, sesudah bersekolah dan sesudah mengenal serba sedikit erti hidup? Impian korang still sama ke? yang pasti, tidak pada aku. Impian senangtiasa berubah. Sama dengan perubahan diri aku sekarang. Dulu lain, sekarang lain. Sudah berubah watak, bukan? Tapi, hakikatnye impian boleh berubah-rubah. Klimaksnya adalah apabila kita sudah kenal erti jatuh bangun, suka duka kehidupan. Tidak semua impian dapat digapai. Tidak semua angan-angan dapat jadi kenyataan. Ramai orang cakap, setiap kejayaan bermula dengan angan-angan. Tapi tanpa usaha, apa erti sesebuah impian? Dan apabila kita jatuh dalam berusaha, sekuat manakah kita untuk bangun semula? 

Masih kuatkah kita untuk menggapai impian? 


Sometimes, kita lelah dengan hidup. Kedengarannya negative dan sebenarnya orang yang bersyukur tidak patut berasa lelah. Tapi, ia hakikat. Allah kurniakan kita dengan pelbagai perasaan, termasuk kecewa. Tapi janganlah kecewa itu terlalu menguasai diri. Jangan pula kecewa itu memakan diri semula. Kekadang, kita lelah dengan hidup.
Adakah kita sudah cukup bersedia untuk mati?

Hidup ini umpama sebuah graf. Tiada siapa mahu graf hidupnya menurun dan terus menurun. Semua orang nak naek dan terus naek sebelum mengekalkan garisan graf kehidupan di level atau tahap yang tinggi saat tua nanti. Semua orang mahu berjaya, tiada siapa mahu gagal. Bezanya, susah dan senang kita tidak sama.

Bila jatuh, bangun semula. Bila rancangan tidak menjadi, rancang semula. Bila sesebuah impian musnah, create impian yang baru. Hidup ini tiada hentinya dengan pancaroba. Cabaran, dugaan, rintangan itu bende normal. Sesudah berjaya nanti pun, masih ada likunya. Apa lagi saat kita baru pandai pasang angan-angan. Teruskan berjalan, walau seperit mana duri yang kau pijak.

ok stop disini.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, March 06, 2013

Post tak de tajuk

Pedih kan rasanya bila diri dikecewakan, terutamanya oleh orang yang kita sayang. Dah berjanji, last-last jadi lain.


Bayangkan berapa kali kita kecewakan Tuhan kita hanya untuk menggembirakan diri kita sendiri. Azan Subuh berkumandang, tarik selimut, sambung tidur. Allah SWT suruh tutup aurat, kita biarkan juga sebab nak dapat pujian dari orang lain.

Walau berapa kali pun dan betapa besar pun manusia mengecewakan Penciptanya, Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya memohon keampunan tak kira betapa banyaknya dosa, walaupun dosa setinggi gunung, asalkan hambaNya tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun, nescaya Allah SWT isikan taubat hambaNya dengan keampunan. Allah SWT Maha Penyanyang Maha Pengasih.

So, pedih kan perasaan dikecewakan. Janganlah mengecewakan Allah SWT yang tidak pernah berhenti menganugerahkan kita nikmat dan rezeki dalam kehidupan. Sentiasalah ingat Allah SWT dengan berzikir dan selawat ke atas Rasulullah. Insya Allah hati kita tenang dan dipermudahkan jalan.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, March 05, 2013

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

#Diistikharah cinta

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, February 27, 2013

Luka

Tidak pernahkah engkau rasa
Disirami luka yang sentiasa bersama
Mungkin engkau akan mengerti
Sekiranya engkau di sini berdiri di sini

Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?

Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?

Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja

Walaupun ku berdiam
Menahan sebak di dada yang tidak terkira
Teruskan terus lagi
Aku yakin karma pasti akan menemani

Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?

Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?

Walau batin meronta
Tersiksa sakit jiwa
Mendengar fitnah dusta

Tidakkah engkau sedar
Jika kau yang dihina
Rasa sakitnya luka

Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, January 12, 2013

Kenapa Tidak Kita?

Benarlah apa yang tertulis di dalam surah ali-imran.
Apabila kita menjumpai jalanNya dan istiqamah,
Ujian demi ujian akan hadir.

Apabila kita berpegang pada tali Allah swt,
kita akan tetap mengingati Dia 
dan tidak gentar dengan permainan syaitan 
serta sentiasa ingat siapa diri kita. 

Terimalah sesuatu yang bukan kamu punya 
kerana itu akan
menambahkan keyakinan kepada Allah swt 
apabila hati redha dan berserah

Usrah sebelum ni di salah sebuah masjid, 

"kalau Rasulullah saw pernah menerima lebih dahsyat ujian, kenapa kita tidak?? Kenapa kita sentiasa memandang dan risaukan apa pandangan orang pada diri kita. rasulullah menerima ujian yang berat dalam penyebaran agama Allah. dicaci, dihina. Adakah rasulullah membalasnya. sabar paling penting. Ingat Allah tak akan uji hambanya yang tak mampu menghadapinya. Semua telah tertulis"


p/s: nak contohi kesabaran Rasulullah

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, January 09, 2013

Biar dia tahu, aku xkisah

Biar dia salah sangka
Biar dia salah anggap
Biar dia salah menduga
Biar dia tahu yang buruk
Sebelum mengharap yang baik-baik.

Kalau dia ikhlas,
Dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
Dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan,
Bila dia tidak boleh menerima kelemahan?
Biar dia tahu aku tak pandai itu, aku tak pandai ini.

Biar dia tahu,
Aku mungkin tak dapat memenuhi
Expectation dia yang tinggi melangit itu.

Biar dia tahu,
Aku pernah punya masa lalu,
Namun aku masih punya masa hadapan.

Biar dia tahu,
Biar dia buat keputusan
Supaya dia tidak rasa tertipu,
Supaya dia tidak menyesal kelak.

So, aku tak kisah,

Aku lebih prefered dilihat sebagai diri aku yang tak sempurna
Biarlah mereka tahu aku tidak tahu itu, tidak tahu ini 
dari mereka melihat kesempurnaan aku yang konon maha baik. 
"I'm glad to be me even it's hard to be me"

ok abis disini .


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, January 07, 2013

Itu Syaitan

Secara jujur aku sedang marah sekarang. n tahap kemarahan aku diperingkat yang paling tinggi. Dan aku perlu dan wajib kawal sikap syaitan ni..

So, ape yang aku buat? cume ingat ini.

bila kita sedang marah, hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah coz pada hakikatnya perasaan marah yang membuak-buak adalah daripada dorongan syaitan.

Nabi bersabda yang bermaksud: 

Apabila salah seorang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).

Berusahalah untuk diam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah. (Riwayat Ahmad).

Kalau ngah marah dalam keadaan berdiri maka duduk, bila duduk tapi still ade marah maka berbaring. Itu ditegaskan Nabi, 

Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany). 

Bila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tapi masih tidak mampu mengawal amarah tu, usaha yang terakhir adalah dengan cara berwuduk atau mandi.


Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

 “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila seorang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah. (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf).

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, January 01, 2013

Penghulu entry 2013

tahun 2012 dah melangkah pergi. yang mendatang tahun 2013. semua orang sibuk buat azam tahun baru.

azam tahun baru?

wajib ke kena buat azam tahun baru. rasanya aku tak pernah merangka-rangka mahu buat azam.

arghh, tak kesah lah. janji tahun 2012 penuh dengan memori indah dan pahit. yang manis sering diingati tapi yang pahit jarang-jarang untuk diingati. kadangkala berlegar kembali dalam otak fikiran tentang perkara yang sudah.

mahu putar kembali ke tahun-tahun lepas, memang mustahil. mahu patah balik ke zaman muda remaja, memang tak masuk akal. apa yang berlaku pada tahun-tahun lepas biarkan. buang yang pahit, ambil yang manis. perkara yang pahit jangan dibiarkan menyesakkan dada. biarkan ia berlalu bagaikan angin yang lalu menyapa lembut.

kalau azam tahun lepas tak tertunai, carry forward kepada tahun ini!

yang penting bila masuk tahun baru, umur aku pun makin meningkat. serasa diri sudah makin tua.

tapi yang pasti, aku nak jadi anak yang baik untuk umi dan abah. sentiasa dengar kata diorang n tak nak degil-degil lagi.

aku nak ubah perangai. sume cakap aku ni manja, dia pn sama. so aku nak ubah sikit perangai aku ni. tapi aku xnak jadi orang lain.. aku nk jadi diri aku sendiri. xkisah la apa orang cakap pun. yang pasti aku sendiri tahu apa yang aku nak dalam hidup ni.

nak jadi insan yang paling sempurna di mata semua orang. walaupun aku tau aku bukanlah terlalu sempurna. untuk jadi insan yang disenangi semua orang. bia kita tak cantik rupa tapi perangai kita cantik. insya allah aku akan cuba ke arah itu. so lepas nie dak tak leh mengumpat mengata mengeji marah-marah, merajuk tak tentu pasal.

nak solat pada waktunye. xnak lewat-lewatkan. lepas azan, terus solat. insya Allah. disiplin itu penting kan kalau nak berjaya..

arap segala yang aku impikan ni tercapai. Amin..


myy.amieyra

time kasih sebab bace =)