“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Saturday, January 11, 2014

Nafikan semua itu

Aku tahu aku bukan sesiapa pun 
dalam kalangan kamu semua. itu aku nafikan.
Tidak pernah terdetik 
untuk menjadi sebahagian dari kalian. Itu jauh sekali.

Aku tak inginkan semua itu, 
Cuma aku pinta agar tidak dijadikan seperti tisu. 
Bila nak cari, lepas tu dibuang ke tong sampah. 
Pedih bukan? Memang. Amat sedih. Mohon dijauhkan. 

Aku terasa bagai ingin cepat habiskan semua ini 
agar selesa dengan yang asal. 
Namun, bila aku fikirkan balik, 
semua ni tak salah. 

Mungkin aku ada yang khilaf. Aku hanya manusia biasa.
  
Aku cuba terfikir sejenak. 
Kenapa kalian semua  seolah buat benda depan mata 
nampak macam tidak wujud? nampak macam tidak ada perasaan? 
Musykil seketika disitu. Terdiam dan tergamam.

Tapi tidak menagapa aku diamkan. 
Aku biarkan semua itu 
kerna aku tahu mungkin itu kebetulan sahaja. 
Aku noktahkan semua itu disini.

Bila aku luah, aku tenang. Biarpun tiada yang faham, 
itu sudah cukup buat aku mengerti kenapa

Kembali ukir senyuman.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, January 10, 2014

Redha

Setiap penulisan,
ada jalan ceritanya sendiri,
ada makna,
jika dinilai dari kaca mata hati dan rasa

Mungkin,
Ada jiwa yang bakal terasa

Moga jiwa yang “terasa” itu,
terasa dalam keadaan baik hatinya.
Mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya,
Tujuannya cuma satu,

"Redha"

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, January 08, 2014

Tidak pasti

Aku sendiri tidak pasti, aku tergolong dalam golongan yang macam mana.
berfikiran positif atau tidak.

Cuma yang aku tahu,
setiap hari aku belajar untuk berfikir dan bertindak, setiap detik itu juga, aku cuba perbaiki.

Jujur, bukan mudah sebenarnya

Realitinya, disekeliling aku, lebih ramai temui arah negatif sedangkan mereka sendiri akui akan keburukan memilih cara itu.

Hidup dimuka bumi ini berlandaskan sebab serta akibat.

Lagi banyak buat kebaikan, lagi banyak ganjaran yang dapat.
Lagi banyak huru hara, makin sukar untuk fahami erti ketenangan.

Nak jadi baik memang susah. Andai tidak mampu untuk memberi kesenangan pada orang lain, jangan pula kita menambah kesusahannya.


myy amieyra

time lasih sebab bace =)

Monday, January 06, 2014

Peristiwa lama

Satu keputusan telah dibuat. 

Tekad. Tak akan pandang arah bertentangan lagi.

Tidak perlu persoalkan peristiwa buruk yang telah pun berlaku.

Fokus yang di depan mata agar peristiwa lama tidak berulang lagi

Sangat sakit. Pedih. Perit. 

Cukup hanya sekali. Tak mampu hadapi kali  kedua.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Hidup yang simple

Hidup sebenarnya simple sahaja.

Bila penat, pergilah berehat.
Tak tahu, tanya pada yang berilmu.
Lapar, jamu perut dengan makanan.
Dahaga, mohon teguk minuman.
Tak puas hati, berbincang cari penyelesaian.

Realitinya.

Dah tahu penat, pergi post 'penat' kat laman sosial,
Pastu meroyan lelama disana, bertambah penat la gamaknya.

Sungguhlah tak mengerti kenapa perlu merumitkan diri.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, January 04, 2014

Berehat

Ada sebab kenapa diciptakan malam.
Malam untuk berehat, untuk hilangkan kecelaruan dunia.
Cukup untuk tubuh badan kita untuk recharge balik.

Bila belajar, bekerja, ada masa perlu bercuti, berehat.
Sebab kita bukan robot 24 jam tak henti beroperasi.

Menulis pun macam tu juga.
Ambil tempoh untuk 'rehat'.
untuk buat penilaian balik terhadap apa yang ditulis.

Kadang, bila aku buat benda sama setiap hari setiap ketika,
aku tak sedar aku tengah kumpul noda dan dosa.

Aku rasa yang aku buat betul belaka. 
Bila berehat sejenak, dan tengok semula.
Oh tidak. Aku dah banyak lari dari tujuan asalnya.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)