“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Sunday, September 30, 2012

stop judge,mohon....

Lumrah manusia. bila melihat terus saja menilai. bila ada salah terus saja kau hukum. aku tak mengata. jauh sekali berniat mencemuh. aku cuma sekadar bicara tentang aku kau dia mereka lakukan.

Bila saja kau lihat gadis seksi, kau kecam dia murahan. bila mana kau lihat kasanova, kau label dia hidung belang. bila mana kau nampak keduanya, kau kata dia bakal ahli neraka. aku tak rasa ini dongengan. tak perlu dinafikan.

Dan yang paling ketara, bila saja kau lihat dia tidak bertudung, kau kecam tanpa henti. kau kata bukan calon isteri, kau kata hanya layak buat geli-geli, kau kata tak layak untuk diri. sungguh, aku ketawa melihat kejahilan kau.

Cuba kau diam sejenak. dan kau fikir dua tiga saat. fikir sepantas kilat. ajaibnya bumi tercipta, ramainya penduduk dunia, besarnya cakerawala, tingginya langit tujuh petala. atas ciptaan siapa? kau pun tahu, dan bila DIA katakan jadi, maka terjadilah segala apa yang DIA mahukan.

Dan begitulah peredaran masa. mampu ubah segala. mungkin saja pada hari ini dia berpakaian seksi, mana kau tahu satu hari nanti dia lah yang paling menjaga diri?

Mungkin saja kau lihat hari ini dialah kasanova perosak hati, mana kau tahu satu hari nanti dia lah pencinta yang Esa paling sejati?

Mungkin saja kau lihat dia menguraikan rambut, mana kau tahu satu hari nanti dia yang paling istiqamah dalam ibadat.

Jangan kau kecam mereka semua. jangan kau hukum mereka. kerna biar kau tahu satu perkara,

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."

( Riwayat al-Tirmizi )


Dan cuba kau fikir, sebelum kau hukum orang lain.

Takut nanti kau salah tafsiran.

Biar aku ulang, kalau Allah kata jadi, maka terjadilah segala. kau pun tahu kan? kun, fayakun.


Berhenti judge orang ya?

p/s: kalau dh terberak kt tepi jalan,xde sape yang nak mengaku.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 28, 2012

Duhai bunga manis

kelip-kelip api,
temanilah indah gelap malam,
wahai sang hati,
tinggi sungguh melonjak kegembiraan,
terbang lah terbang si rama-rama,
mencari indah sang bunga.

aku sang rerama indah.
kau sahabatku si bunga manis.
katakan saja katakan jiwa,
kau gembira tak terkata,
ucapkan saja ucapkan lidah,
rasa syukur ke tuhan yang esa,
Alhamdulillah.

kalau kau gembira di sana,
aku tika ini sedang tertawa,
kalau kau tersenyum di sana,
air mata aku bergenang sebak gembira,
kalau kau kata lupakan segala,
telah aku lupakan semua,
kalau kata mulakan persahabatan baru,
pasti saja aku turutkan.

kau tahu? persahabatan kita indah. persahabatan kita menggegar revolusi dunia. persahabatan kita romantis. kalah sang kekanda dan adinda. tertawalah dengan kata ini. kalau kau tanya aku kenapa, jawapan aku mudah. mana mungkin seteru jedi sekutu? mana mungkin ? aku bangga dengan kau. bangga. bangga. kerana telah kau runtuhkan tembok antara kita, dan kau hulurkan tangan kau, supaya dapat aku sambut. ah, bisa saja aku rasa dakapan kau.

kau tahu? persahabatan yang terjalin dari onak duri yang tajam melukakan itu, nikmatnya sangat indah tak mampu kau bayangkan. ini pengalaman pertama aku, untuk kau?

gadis cantik seperti kau dan aku, memang layak rasa bahagia. memang manis tersenyum bersama, memang padan jadi sahabat.

usah hirau segala cakap orang, usah pedulikan senjata manusia yang sememangnya tajam. kuatkan duhai hati, kosongkan fikiran kau dengan segala negatif perasaan, kembalikan dengan keceriaan dan senyuman mu yang menawan.

semoga saja persahabatan baru ini didoakan para malaikat, diraikan penduduk langit, diredhai Allah Taala. kalau kau tanya aku kenapa? sebab kita berdua mampu menggegarkan benteng nafsu hasad yang terlalu lama membelenggu kehidupan.

oh, iya. kita ikut cara kau. warnakan persahabatan kita dengan warna warna ceria. lupakan rasa hina atas kejahilan kita dahulu. hindarkan rasa hitam atas kain suci itu. dan boleh aku lakarkan dengan banyak warna pink? aku suka pink. ^^


mohon maaf tercuri pic kau.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, September 23, 2012

tak mahu

aku antara manusia
paling penakut sekali,
ku ulang 'paling'.
aku cuma iyakan segala
macam yang mereka pinta,
walaupun hati aku gila kata
"tak mahu lah!"
tapi aku masih diam 
membisu sejuta bahasa
langsung tak mampu aku betah.
bilah-bilah tatabahasa dan
kata sinis yang 
pernah aku lontarkan dulu

entah mana hilang terbang
mungkin dibawa angin
mungkin dimakan anai-anai
mugkin hanya aku yang memahami
kan aku kata, aku penakut

dan cerita ini tentang aku,
malam ini kisahnya mengenai aku,
cuma aku. bukan yang lain.
kalau kau terasa, bagus.
aku suka sebab situasi kita sama.
dan kau mudah faham
cerita seksanya aku saat ini

cukup sekali hati tak mahu lagi
hati sakit jiwa meronta
bervariasi perasaan
lahir diri serba kekurangan
kurang kepercayaan
hilang pedoman

mohon jangan lagi...

p/s: nk jadi seperti dulu 'superwomen tuk kau'

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, September 22, 2012

mimpi dan impian

mimpi bukan cuma khayalan
kerana mimpi mampu jadi realiti
mimpi itu cabaran
yang mahu kau genggam
dan aku,
tidak bodoh untuk biarkan
mimpi aku dirobek oleh mereka

belum cukup bodoh
sebab kalau bukan kerana mimpi
aku tidak berada di tahap ini.

persepsi mereka mengatakan
mimpi itu
hanya dongengan khayalan,

dungu,
mimpi itu tunjang kejayaan.

dan maaf
pastel warna aku
cuma milik aku
kau tak kan mampu sentuh.
dan kau tak kan pernah bisa
rosakkan lukisan mimpi
punya aku.

ini namanya segalaksi impian
kau tak kan faham kerana
mata kau ditutup segala realiti duniawi.

mimpi aku tak kan mati
dan tak kan pernah terhenti.
walau kau caci maki
atau kau lempar tahi.
kerana aku,
sang pemimpi tegar.
sungguh.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 21, 2012

cakap

bila orang kata aku salah,
aku cuma diam tak beri balas
bila baiknya aku disalah tafsir
aku cuma diam tak mahu fikir..

tidak pernah terlintas dalam minda
perubahan pada aku
yang hanya sebesar zarah ini
membuatkan aku lebih
lebih baik dari yang lainnya...

kali ini,

dalam bahagian mana aku salah? 
cakap...

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

kesilapan percaturan

mungkin cuma aku yang sedang terleka
dalam memerhati peredaran dunia
sampai aku jatuh di sana
dalam untaian kata yang tidak semegah
dalam barisan bicara yang tidak juga mewah

bicara aku
tidak pernah menggambarkan kematangan
tapi fikiran aku
melepasi sempadan kedewasaan,
namun perwatakan aku
masih saja keanak-anakkan..

memang bodoh bila bijak memerhati
memang bodoh bila bijak menilai
tapi tak mampu bertindak.
mungkinkah aku silap dalam percaturan ini?

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, September 20, 2012

sememangnye itu aku

gadis hingusan yang sedang
belajar tentang kehidupan.
ciptakan mimpi dari sisa-sisa kekecewaan.
tangiskan segalanya dalam sunyi malam,
dan tersenyum saja bila siang bertandang.

itu, aku.

aku ciptakan kisah dongeng.
bukan sekadar angan-angan mat jenin
kerana sedang aku berusaha
berusaha untuk jadikan ini realiti dunia.
dan sedang juga aku berdoa
ia mampu jadi realiti syurga.

aku gadis biasa
tak punya kuasa
tak punya tongkat sakti,
yang mampu realisasikan mimpi indah
hanya dengan sekali hayunan.
aku, wujudkan realiti melalui mimpi,
dengan rasa percaya, pada aku,
pada mereka, dan pada DIA.

itu cara aku, mahu cuba?


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Lampau

Hari ini fikiranku tidak semena-mena
menyelak kembali helaian kisah lepas.
cuma ambil masa kurang satu per empat waktu.
untuk menggamit kenangan lampau.
cuma ambil masa hanya sekali kelipan mata
untuk kembalikan imbasan masa lalu.

huh, alangkah jahilnya aku waktu dulu.
keanak-anakan tidak bertempat.
merentan bila diagah.
menyalak bila dikerah.
punya otak tak punya akal.
bijak menongkah langit.
jatuh tersembam tak nampak bumi.

maaf. atas segala macam jenis dosa yang telah aku lahirkan.
maaf. atas segala nista yang aku lemparkan.
maaf. atas segala macam cerita sialan yang aku jajakan, kisahkan.
maaf. maaf. cuma maaf.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, September 19, 2012

surat cinta untuk kau

nah, surat cinta untuk kau.

surat cinta istimewa, dari aku untuk kau,
dari sahabat untuk sahabat.
dari aku yang gila-gila,
dan untuk kau yang aku sayang.

surat cinta istimewa memang jarang-jarang datang. aku pernah kata, kita akan berdepan dengan kekangan. sampai akan kurang masa, kan? tapi, ini surat cinta ringkas saja.

aku rasa aku punya kurang 24 jam dalam sehari untuk buat segala benda, tapi aku masih punya masa 24jam untuk ingat kau dalam minda.

selamat jalani kehidupan dengan bahagia.
 
akhir2 surat cinta.

so, semoga sentiasa bahagia, dan semoga dapat jumpa.kot. ==

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, September 18, 2012

Merenung malam

aku sedang merenung 
merenung malam
yang ketika ini sunyi.
meneliti bintang yang indah
yang tergantung indah bersama awan dan bulan.
bintang yang taat pada Allah, yang tetap setia di langit mengindahkan malam.

bagaimana aku?
aku bukan seorang hamba yang setia seperti bintang.
kadang kala hidupku tersasar jua.
malas menerpa tiap masa.
jika di hitung dosa, mungkin hanya Dia sahaja yang tahu.

iman di dada tak sekuat iman mereka.
apabila di caci, orang itu akan ku marah kembali.

aku di uji hanya dengan cacian.
aku sudah hilang sabar.
aku bukan emo.
tapi aku terlampau obses dengan maruahku.
aku tidak boleh.
maruah aku mesti di pertahankan.

siapa orang itu, aku tak kisah.
aku pasti memperjuangkan hakku.
Tuhanku,
berikanlah jalan yang terbaik untukku lalui.
jauhiku dari perbuatan yang memburukkanku sekali gus agama Allah.

aku tidak mahu.
kerana aku.

seIslam sepertiku di pandang buruk.
bintang indah pasti akan hilang apabila siang menerpa. 

dan aku.

kan pergi jua apabila saatnya tiba..
aku terus merenung malam..
yang ketika ini masih sunyi...

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, September 14, 2012

Sucikan hati

Aku buat baik dengan orang, tapi orang itu mungkin tidak buat baik pada aku.
Aku tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong aku. 

tapi aku yakin, satu hari dan satu masa nanti, 
Dia akan hantar orang lain yang aku sendiri tidak sangka yang akan berbuat baik dan tolong aku...
Itu aku yakin.

Ingin bersihkan hati.
Ingin sucikan segalanya
sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan.
Jangan lawan fikiran negatif, penuhkanlah minda dengan aspek positif  (kegembiraan, keseronokan, kebahagian)

Luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat.

Semakin banyak aku lawan, semakin banyaklah yang akan aku dapat.

Sesakit apa yang aku rasakan dalam hidupku, setiap kejahatan oleh manusia padaku bukan menjadi alasan bagiku untuk membalasnya, hadapilah dengan sabar.


Jangan biarkan ia melemahkan imanku..

Kerana Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya seperti aku.

p/s : mohon cakap depan-depan, tak baek cakap belakang k.

myy amieyra

Time kasih sebab bace =)

Tuesday, September 04, 2012

Peringatan


Dalam hidup ni, ada dua jenis manusia. yang baik dan yang jahat. itu saja.yang setan, tapi pura-pura macam malaikat pun banyak. life ni simple je. kalau kau rasa kau dah lama jahat, ubah la jadi baik. slow-slow. yang si baik pulak, bila orang jahat nak berubah, kau jangan la cakap macam-macam. 

Kalau orang yang suke bercerita kononnya dia ni lah yg paling dianiaya. lepas tu siap update status kata semua orang dengki dengan dia. Orang macam ni tak pernah ikhlas bersilaturrahim dengan siapa2 pun.

Depan kita baik, belakang kita mengumpat. Pilih kawan elok-eloklah jangan pilih yang suka bercerita buruk pasai orang lain. Cerita kita pun nanti dia jual sekali bila dia nak raih modal simpati.

Lagi satu, hati-hati dengan orang yang pendiam. kata org, "DIAM-DIAM UBI BERISI" sebab kejahatan susah nak di agak. biar la "LASER" yang penting tak hikpokrit.

Ni  yang jenis berpura-pura plak, walhal dalam hati punya la busuk, cam mana pulak tu. Lagi parah, makan sikit-sikit, aibkan orang sikit-sikit. Orang Malaysia kan baik hati, mesti percaya dengan peminta simpati. Secara tak langsung dia bagi kita persepsi negatif.

Sapa makan cili, dia rasa pedas. Yang penting niat kita baik, tak kisah lah hati orang sebelah sana tu macam mana. InsyaAllah sama-sama kita berubah jadi baik. memang payah nak jadi baik kalau sekerat jalan dugaan pun banyak. nak jadi jahat senang je tapi ingatlah balasan Allah.

p/s : ber'cerita'lah tentang aku hingga kau bosan.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)