“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Monday, August 27, 2012

Dah tak ade


Dia pergi tinggalkan aku buat selamanya. keadaannya tenat dua hari lepas memberi tanda yang ia akan pergi. cuma waktu sahaja yang belum pasti.

Malam tu aku tgk sehat je. tak da plak tanda-tanda yang dia sakit. aku belai cam biasa. then,aku tgk dia tido. lena sangat. penat kot.

Pagi ni, aku tinjau keadaan diorang. still tido tempat yang sama. kenapa mio xbergerak? kenapa makanan tidak terusik walau sedikit. tiada lagi tenaga aku lihat daripadanya. dia bergerak lemah. aku titiskan air ke mulutnya. dia nampak dahaga. aku biarkan dia rehat. aku sapukan air ke badannya bagi sejuk kerana dia sudah tidak berdaya. tanpa tak sedari air mata mengalir kt badannya.

Aku dah perasan yang dia semakin lemah. air yang dititis tidak dihiraukan lagi. aku menjangkakan hari ini adalah penamat hidupnya. tekaan aku tidak meleset. aku lihat nafasnya putus-putus. hanya menunggu masa. akhirnya 9.20 pagi tadi dia pergi dengan aman.

Aku amik keputusan tuk tanam mio. berdekatan gan pokok-pokok bunga.

Selepas aku jaga die, banyak yang berubah. 

Aku teringin sangat nak bela hamster maybe sebab comel. geram tengok. ok, senang cite aku beli sepasang hamster n aku bagi nama die pio n mio. so sekarang, pio untuk jantan dan mio untuk betina.

Sejak de hamster, aku akan terus balik bilik. biasenya aku akan lepak-lepak kat kafe dulu. tapi bila dah de mio pio, aku bertanggungjawab tengok-tengokkan diorang. bertanggungjawab atas keperluan diorang. 

Ramai yang tahu aku bela mio pio ni. so, ramai la yang datang bilik. diorang datang main-main. "comel la awak ni". kiranye tu ayat yang famous la bila diorang datang. tapi ayat yang paling aku ingat ialah

"Myy jaga leklok ye hamster ni. jangan buat main sangat, bahaya gak. diorang leh bg penyakit tau. tapi kalu nak jaga, jaga leklok. pastikan diorang sentiasa bersih. lagi satu, lepas pegang hamster ni, tangan tu jangan lupa basuh tau"

"Myy, comel la anak-anak myy. ni amanah allah tau. myy jaga mio pio baik-baik. jangan lupe bagi makanan, minuman, tempat tinggal bersih kt diorang ye. sekarang myy yang kena pegang amanah ni"

Mislina, myy mntak maaf sangat. mio pio dah tak ade. myy dah jaga sebaik mungkin. myy tak dapat jaga amanah ni.

Masa cuti ari tu, aku amik keputusan tuk bawak mio pio balik kampung. kiteorang balik dengan bas. kekadang aku sendiri pun takut diorang tak selesa dengan keadaan bas tapi aku dah buat persediaan dengan balut sangkar dengan selimut. bila balik kampung, my sis plak teringin nak jaga. so, yang amik alih penjagaan diorang adalah adik aku.

Lepas pada tu, aku dapat satu panggilan.

umi : myy dah dapat cucu. hamster ni dah beranak dah, 6ekor
aku : wah, terujanya nk tengok. tak saba nak balik kampung.

Esok plak, dapat lagi satu panggilan,

umi : anak hamster sume dah tak ada
aku : tak ada? kenape?
umi : anak-anak dia meninggal. pio plak hilang.
aku : -_-

Baru nak gembira terus sedih. aku dapat tau yang sis beli lagi satu hamster jantan dan bg nama yang sama PIO. tapi yang ni garang sangat, susah nak ajak bermain.

Masa balik kelantan, aku sendiri yang handle hamster tu

Sume ok, cume 2 hari lepas je nampak tak sihat.

A : awak, lupe nak cakap, hamster dah meninggal.
B : Dua sekali meninggal?
A : ea, dah meninggal
B : camne leh meninggal?
A : xtau.  rindu la kat dia.
B : nak buat camne dah sampai ajal dia.
A : nak pelihara ikan la plak. ikan emas.
B : suke bela bintang ea.
A : suke.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, August 17, 2012

Hati menangis

banyakkan bersabar
jangan menangis
jangan tunjukkan kita lemah
jangan hiraukan cakap orang
orang tak suke tengok kite bhagia
diorang suke tengok kite jatuh

jatuh tersungkur
jatuh tertonggeng
jatuh gedebak.

see,
itu yang buat diorang tersengih
itu yang buat diorang tersenyum
itu yang buat diorang tergelak
tergelak terbahak-bahak.

tapi bila itu terjadi,
hati siapa yang menangis?
hati siapa yang terguris?
hati siapa yang terluka?

benar
sekeping hati ini.
sekeping hati insan yang terluka.

terluka dek tohmahan
tercalar dek cacian
terhiris dek hinaan.

syabas untuk kamu
tahniah untuk kamu.

p/s : ku balas perbuatanmu dengan kesabaran.. 

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, August 15, 2012

Cantik Tapi Sombong

Sedar tak tentang sesuatu?

Perempuan, ada raut wajahnya sangat cantik bila bertudung.
Adanya juga manis bila tak bertudung.
Tapi hakikat sebenar, perempuan itu berganda manis dan cantik bila bertudung.

Di bazar ramadhan, terserempak dengan seorang gadis yang sangat manis tanpa bertudung. Liuk lentoh yang manja di samping kekasih jelas kelihatan di khayalak ramai. Bila diamati, baru tersedar. Itu kawan lama.

Sudah bertukar wajah, sudah semakin cantik, sudah semakin up to date, dan juga sudah semakin seksi. Skirt atas peha di petang hari. Namun tetap nampak ayu dek bantuan dari kelembutan wajah yang di make up tebal. niat hati mahu menegur, apa kan daya tersekat dek keramaian manusia yang entah datang dari mana.

singgah di gerai air yang penuh gn macam-macam jenis air. dari jauh nmpak die meng'order' air tembikai susu, bila disandar bungkusan itu, tertepis dek anak kecil yang sedang berlari. Lalu tumpah ke atas peha gebu. Tersembur kata-kata kesat juga makian yang hebat. Sangatlah terkejut satu bazar ramdhan. Kerana gadis ayu lagi manis dan seksi ini menyumpah seranah bagai tiada kesudahan.

Muka dah cantik walau seksi. Tapi sayang, budi bahasanya rendah sekali. Pakai seksi kemain di petang hari, bulan puase, itu hak diri sendiri. Tapi budi bahasa tu, kan ke bagus kalau tinggi. Takdelah mak jah,mak timah, kak eton sebelah  geleng kepala tak henti-henti.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, August 08, 2012

Ayah pesan jangan laju


Awak, hari ni besday awak. selamat hari lahir ye. semoga awk tenang disana dan ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Saya akan ingat awak sampai bila-bila.

"Petikan hmetro,14 april 2012"

SEPANG: “Malam semalam (kelmarin) saya pesan kepada Angah supaya bawa motosikal elok-elok, jangan laju. Walau lambat macam mana sekali pun, kena hati-hati tetapi nak buat macam mana, dah jadi,” kata Ramli Abdul Hamid, 44, bapa kepada Mohd Redza, 19, yang maut dalam kemalangan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, motosikal dinaiki remaja terbabit bersama kakaknya Zaidatul Azura, 22, yang dalam perjalanan ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), merempuh sebuah Perodua Alza di persimpangan lampu isyarat dekat Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC). Rempuhan kuat itu mengakibatkan Mohd Redza cedera teruk di kepala, patah tulang pinggang dan tangan kanan. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat manakala kakaknya yang cedera ringan, dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

Pemandu Perodua Alza terbabit, Ketua Pegawai Kewangan SIC, Eddy Rashdan Mohd tidak mengalami kecederaan manakala Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali yang menumpang kereta berkenaan, cedera ringan dan menerima rawatan susulan.


Ramli yang ditemui di tempat kejadian berkata, dia menerima panggilan daripada isteri, Roshita Hashim sambil menangis memberitahu kedua-dua anaknya mengalami kecelakaan di lokasi berkenaan. “Saya terus ke tempat itu dan lihat anak sulung menangis sambil menyebut Angah beberapa kali sebaik saya sampai. Bila saya buka plastik dan tengok wajah Angah, saya dah tak tahu nak cakap apa. Boleh dikatakan setiap hari saya tengok berita kemalangan maut. Tapi bila perkara ini terjadi pada Angah, saya tak tahu macam mana nak gambarkan. Namun, saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Ketua Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.


KENANGAN DENGAN ARWAH

Aku kenal arwah masa aku keje sementara tunggu result. Berbalik pada arwah, arwah ni baek sangat. die keje kat sana gak tapi lain department. aku plak bahagian cashier. tapi bila orang ramai, die akan datang dekat kaunter aku, die akan bantu aku untuk packing barang2. awak,terima kasih. naseb baek awak datang tolong saya. saya penat sangat time tu. awak macam tahu-tahu je yang saya penat.

ingat x masa besday saya? awak ade bagi saya something. awak ingat x?

Time rest sambil makan,

arwah : myy, saya nak bagi something kat awak. tapi tak tahu la awak suke ke x. saya arap awak suke.

myy : awak nak bagi ape?

arwah : tapi bukan kat sini sebab bende tu tak ade kat sini. ade kat moto saya kat sana. (sambil tunjuk ke arah moto) awak tunggu jap ek.

myy : ok.

5minit kemudian,

arwah : awak amik la ni (sambil bagi 1 kotak besar). hapy besday myy, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. senyum selalu tau. saya suke tengok awaak senyum.

myy : ape ni wak?

arwah : bukak la.

myy : (sambil bukak kotak 2) wah comelnye. spongebob. macam mana awak tahu saya suke spongebob ni?tapi kenape spongebob ni xde hidung? kurus lak tu. tapi die ade pipi pau, senyum lebar lagi. comel. time kasih awak.

arwah : awak nak tahu kenape? sebab awak 2 kurus, pipi cam pau, pas2 kurus lak tu. so,sama la dengan spongebob ni. nak tau kenape hidung die xde? sebab, awak punye hidung pun bukannye mancung sangat pun. kiranya sepadan la spongebob ni dengan awak.

myy : awak perli saya ek. taknak kawan dengan awak dah.

arwah : (senyum) awak,awak simpan spongebob ni ye. lagipun awak dah nak stop keje kat sini. kita mungkin takkan jumpa dah. Bila awak rindu saya, awak peluklah spongebob ni. kiranye awak peluk saya la... hahaha

myy : amboi gelak sakan ek. xde maknenye nak peluk awak.


Tima kasih sebab bagi patung ni. suke sangat. masih lagi jadi persoalan, dari mana awak tau yang saya suke spongebob? pepun,time kasih wak.

Semoga awak tenang disana..alfatihah.

amin..

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, August 07, 2012

Mimpi dan kenyataan

Malam kejadian tu, aku xlena tido. mungkin terlalu mikirkan pasal study. Namun dalam tido aku 2, aku terlihat seorang membe hadapi satu kemalangan jalan raya dan aku dapat melihat bayangan jenazah beliau yang telah selamat dikapankan. dalam mimpi tu, aku nampak sume membe-membe menatap wajah arwah buat kali terakhir. bayangkanlah apa perasaan aku masa tu.

"Orang baek, Allah sayang"

Bila terjaga, bantal aku dah basah dengan limpahan air mata. aku tak nak kejadian tu berlaku. aku terus menunaikan solat subuh dan berdoa agar itu hanya mimpi dan tidak membawa sebarang erti. tengahari, aku dan membe (kamilaini, aeasyah dan azuren) turun makan sama-sama.

So masa makan,

myy : aku dapat mimpi buruk la

azuren  : relax la myy. mimpi je kot. 

aeasyah : myy buleh mimpi ape?

kamilaini : cite la. kiteorang nak tahu jugak.

myy  : xpe la. laen kali je,

azuren : cite la myy

myy : aku mimpi aku mimpi membe kite lelaki accident. aku nampak jenazah die. aku takut.

azuren : xde pe la. mainan tido la tu.

myy : insyallah,mudah-mudahan.

Selepas makan ,aku dan membe yang lain kene pergi dekat pusat kokurikulum tuk hantar peralatan sukan yang kiterang pinjam terserempak plak dengan danny, sarah dan anis, diorang ajak aku g kuantan. nak beli barang katanya.

Bandar kuantan jam la plak. kereta punye la banyak. dalam perjalanan ke sana,aku dapat satu panggilan yang mengejutkan.

azuren : myy, aku nak bagitau something ni. kau jangan terkejut. bebanyak bersabar.

myy  : kenapa ni? suspen je suara.

azueren : kau kat mana tu? sapa lagi ada kat sana?

myy  : aku dekat kuantan dengan danny, anis dan sarah. kenapa?

azuren : bob accident. bebanyak bersabar. jom balik ump, kite pergi melawat rumah die kat terengganu. sedekahkan alfatihah untuk arwah.

myy  : ok, aku nak ikut. kan aku dah bagitau kau. aku dah dapat mimpi pasal bende ni. aku dah cakap. kau tak percya. kau cakap, tu mainan tido. tapi tengok la sekarang. membe kite dah tak ada

sarah  : myy, nape ni? bob dah meninggal?

myy  : ye sarah. (menangis sambil peluk sarah)

sarah  : sabar myy.

Aku bagitau pasal mimpi tu pada sarah. sarah cakap, mungkin mimpi tu penunjuk bahawa bob akan tinggalkan kita. aku dipilih oleh allah untuk tau lebih awal. kiranya itu petanda buat arwah.

Kiteorang terus bertolak balik ke ump. azuren cakap, nak bertolak ke terengganu kira-kira pukul 4. mungkin tak kan sempat balik ump pukul4 sebab kuantan masa tu jam teruk. tangan mencari handset. no azuren dicari.

"Walau ape pun yang terjadi, aku nak join jugak ke terengganu. tolong la. aku nak ikut. aku nak tengok arwah. aku teringat kat arwah"

Sampai sana, kiteorang tunggu jenazah sambil rehat-rehat dekat umah mak saudara arwah. pukul2 pagi mungkin, jenazah sampai umah. hati berdebar-debar kencang. membe lain sume duk tanye kenapa aku jadi camtu. tapi aku sendiri pun tak tahu.

Jalan ke hulu-hilir. xselesa dengan rase berdebar-debar tu.

Sampai umah arwah, aku dan membe menatap wajah arwah kali yang terakhir. suasana tu sama sebijik dengan mimpi aku.

Semoga arwah dilindungi rahmat Allah selalu di alam sana..
Semoga arwah ditempatkn dlm golangan org2 yang beriman..
Semoge arwah tenang di sana..
Semoge Allah mengampunkan dosa2 arwah..


Al-fatihah.....


Semalam pun aku dapat mimpi buruk gak..

Pukul 12.24 tengah hari, dapat kol dari die. die cakap die accident.
alhamdulilah, kecederaan yang die dapat tak teruk sangat.

p/s: awak,laen kali hati-hati ye.

myy amieyra

Time kasih sebab bace =)

Saturday, August 04, 2012

you

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

selemah sekurang

engkau inginkan,

seorang perempuan yang cantik,
seorang perempuan yang manja,
seorang perempuan yang solehah,
seorang perempuan yang lemah-lembut,
seorang perempuan yang sopan santun,
seorang perempuan yang bertudung likup,
seorang perempuan yang pandai masak,
seorang perempuan yang selalu merindui mu,
seorang perempuan yang selalu mencintai mu,

perempuan itu bukan aku
bukan aku.
dan semestinya bukan aku...

aku hanya gadis kampung.
kolot orangnya.
tidak pandai bergaya.

namun,

aku bersedia untuk menjadi "perempuan kamu"
perempuan yang sedia untuk dibimbing oleh kamu.

insyaAllah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)