“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Monday, April 28, 2014

Yakin kekuasaanNya

Apa saja yang terjadi pada aku.
Tak kira baik atau buruk.
Nikmat atau ujian.
Setiap satunya ada peringatan dan pelajaran yang nak diberikan Tuhan.

Cuma tinggal hanya aku.
Nak buka mata belajar.
Atau nak dibiar saja. Berlalu pergi
Macam debu yang terbang.
Tak bernilai.

Aku tidak sama dengan kalian. Yang selalu bermimpi indah.
Aku  tidak ada kuasa, mungkin itu semua petunjuk

Dan untuk setiap sesuatu yang aku tak suka.
Yang buat aku kecewa dan hampa.
Yang buat aku luka dan punah jiwa.
Boleh jadi itu semua menjadi pintu yang membawa aku pada sesuatu yang lebih berharga.
Yang lebih membawa bahagia.
Yang lebih memberi makna dalam hidup aku.

Takdir Allah tak pernah salah berkisah.
Allah tidak pernah menjadikan hidup ini penuh dengan kesenangan.
Diselit susah untuk aku terus yakin pada kuasa Tuhan yang aku sembah.
Untuk aku mencari kasih Dia dalam segenap rasa susah dan payah.
Untuk aku merafak syukur pada Dia untuk segala yang mudah dan indah.

Maka, aku hanya perlu terus yakin.
Dia berkuasa mengatur segalanya.
Yang kadang-kadang terlihat mustahil pada akal dangkal manusia.

Ajar aku erti kekuatan duhai sahabat
Tarik bersama ke tempat suci itu
Jangan tinggalkan aku dengan jahilan. 
Yang bakal membawa aku ke tempat paling keji.

Aku perlukan kekuatan
Aku perlukan sokongan.

Perubahan itu indah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, April 15, 2014

Kepenatan dan Ketepuan otak

Jika hati sudah penat dalam menjaga hati semua orang, bermakna hati itu bukan dicipta untuk smua orang. Namun hanya untuk segelintir sahaja. Itu aku nafikan. Serius bukan.

Jika otak penat dalam memikir, merancang, dan megatur, pastikan otak itu habis befikir dahulu diikuti tindakan. Andai dibiarkan semuanya bertandang dalam 1 masa, maka rosaklah ia. mana mungkin otak manusia berdaya. Itu benda mustahil. Takkan tercapai.

Jika badan pula penat, maka ketahuilah dimana kemampuan badan itu. Mana mungkin seorang baby disuruh angkat barang sedangkan sudah tentu baby tu tak akan berjaya. Begitulah perumpamaannya. Perumpamaan yang di buat sendiri ada isinya. Bukan kosong.

Kadang diri terpaksa melakukannya. Andai benar terpaksa, jalan yang paling sesuai  'biar lambat asalkan selamat'. Sebetulnya 'asalkan badanmu tidak penat'.

1 pertanyaaan. Dimana terlebih dahulu datang penat itu? datang dan singgah di otak? di hati? atau di badan? perasaan kesusahan ini singgah di hati dahulu, hati akan selalu berkata 'Ya tuhan, penatnya aku harini'.

Masalah ini akan sampai ke otak dan otak akan cakap. 'Aduhai, macam mana aku nak buat ni? Apa harus aku lakukan? Dimana harus aku mulakan? 

Isyarat dari otak sampai ke badan. Dan si badan akan cuba buat arahan daripada otak. 

Jika otak sudah penat memikir apa arahan yang patut diberikan pada badan, maka badan yang akan penat juga nanti. Hati pun turut sama.

Apa yang aku merepek ni. ni antara penangan PSM.

Penat.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, April 13, 2014

Keaslian sudah pupus

Secara peribadinya, aku rasa tiada apa yang original pun di dunia ini. sume palsu itu satu penyataan dan satu kebenaran. Cuba kita lihat sekeliling, banyak yang sama. tidak sedikit pun berbeza. kenyataan bukan.

Termasuklah entry yang sedang aku taip ini.

Boleh jadi gambar yang aku tangkap sendiri. Menekan butang klik, akhirnya terhasil satu gambar. Ataupun, satu lukisan hasil lakaran satu tangan. Mengerak pena dari satu titik bersambung menjadi satu lukisan. satu gambaran adalah lebih tepat.  Juga, idea atau buah fikiran. terperangkap dalam fikiran dipindahkan menjadi satu nukilan dalam bentuk tulisan penuh dengan makna. cam berfalsafah plak.

Sebab aku merasakan, apa pun yang kita buat, pasti akan ada peratusan kecil dari unsur luar yang mempengaruhi benda yang kita buat atau hasilkan.

Macam entry yang aku taip hari-hari jugak.

Memang aku yang taip, aku juga yang memikirkan susunan ayat disini dan jari menekan keyboard. 

Tapi, kalau tiada apa yang berlaku pada aku sepanjang hari. Tak mungkin entry boleh terhasil dengan sendiri. Betul tak? ok straight to the point.

Ni cerita semalam, kiteorang satu bilik ni main masak-masak. 

'' Cik Myy, tak payah nak berlagak sangat la. bukan susah pon masaknye. Stemboat je kot. tu pon bukan kau yang masak. hasli dan ely. Ely ni bakal jadi bini orang dh. sume bende die tau. aku pun kena belajar dengan dia. Almaklum la, hujung tahun ni nak naik pelamin. Kau ade? Ok, jangan jeles. "

Ely, mohon bagi tunjuk ajar ye.  

#semalampunyecerita

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, April 11, 2014

Degil

Kadang ramai yang memperkatakan pasal kedegilan aku. Mana tidaknya kalau jadi pape tak pernah bagitau. Asyik nak mendiamkan diri dan merahsiakan jer. Sama macam semalam, dada ni sakit sangat, nak bernafas pun tak boleh. opsss. Bukan tak boleh tapi tak selesa nak bernafas. Macam ade something yang tersangkut.

Tapi mende ni perkara biasa. Pernah lah jugak terjadi masa sem lepas. Faktor yang aku boleh kaitkan ialah cara tido atau baring. Macam aku, aku lebih suka buat kerja sambil meniarap. Berjam-jam pun tak kisah. Umi selalu pesan, jangan berbaring macam tu, sebab tak elok. Tapi aku ni degil. Bende yang orang larang, mende tu jugak yang aku buat.

Aku tanya sis, dia memang pakar dalam hal-hal perubahan ni. Dia kasi warning 'JANGAN TIDO MACAM TU LAGI'. Tapi kenapa?? Ini sebabnya : 

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam dan sains. 

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: 

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

So, Bila aku dah tau pasal hukum ni, aku dah perlahan-lahan tukar cara baring. Itu untuk kebaikan aku jugak.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, April 01, 2014

Perancangan Allah

Memang.

Rancangan Allah itu penuh rahsia.
Penuh tanda tanya.

Tapi diakhirnya nanti,
ada jawapan pasti.

dan sungguh,
bukanlah allah yang lewat 
mengabulkan.

tapi hati kitalah yang sabarnya  masih
keanak-anakan.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)