“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Thursday, May 16, 2013

Kita sama je.

Setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan!

Maha AgungNya Allah SWT, menciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi, menampung yang kurang dan menongkat yang pincang. 

Ada orang yang pandai berkarya Ada yang power berkata-kata

Ada yang macam atlas thaqafahnya

Ada yang tough muscle macam Hulk fizikalnya 

Tapi.. 

Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang terhasil?
Kalau semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita sakit mendengar debat di setiap penjuru yang ada.

Kalau semua orang macam atlas thiqahnya, apa perlunya perpustakaan? Peluang untuk meraih pahala dengan menyebarkan ilmu pun menghilang lantaran semua orang semakin pandai..

Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang mula tunjuk belang ..

Tidak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan itu DIA yang berikan.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Wednesday, May 08, 2013

Kasih ke syurga

Erti kehidupan baru ku rasai disini. Hidup tidak mudah untuk dilalui. Dulu mungkin aku tidak mengerti apa itu kehidupan sebenar tetapi apabila dewasa, diri ini semakin mengerti tentang hidup.

Langkah perjalanan hidup ini terlalu perit untuk dihadapi. baru aku rasa apa itu pengorbanan. Baru aku mengerti apa itu kasih sayang dan baru aku sedar apa erti sebuah kejayaan.

Kini,

Aku mengimbas kembali zaman aku di alam persekolahan. Aku teringat akan semua leteran umi yang tak pernah jemu memberi nasihat agar aku sentiasa berusaha dalam kehidupan ini. Nasihat abah yang selalu bermain di fikiran setiap masa apabila kini aku jauh meninggalkan mereka demi mencapai satu kejayaan. Insyaallah.. Kerana leteran itu dan kerana nasihat itulah membawa aku kesini. Tanpa mereka disisi. Tipu kalau kata aku tak sedih, aku tak rindu. 

Dulu mungkin aku tidak mengendahkan apa yang dikatakan mereka tetapi apabila aku berada jauh dari mereka baru aku rasai kebenaran kata-kata mereka. 

Dulu juga mungkin aku tidak mengerti penat lelah ayah mencari rezeki demi memastikan diriku hidup selesa dan tidak sekali terabai. Aku tahu, disebalik senyuman dan ketawa mereka tersimpan satu rasa yang tak mungkin dapat aku tafsirkan.

Di sebalik wajah itu meletak sebuah harapan yang tinggi. Mengharap aku berjaya bukan untuk kesenangan mereka di hari tua tapi harapan itu adalah buat diri ku sendiri. Mereka inginkan aku hidup bahagia dan senang di masa hadapan.


ya Allah, terima kasih kerana menganugerahkan akan diriku seorang abah dan umi yang sangat sabar melayan kerenahku. yang sangat mencintai aku. yang sangat mengasihaniku. ampunkan dosa-dosa mereka.

Amin.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, May 02, 2013

mohon jangan putus asa dengan aku

Aku adalah perempuan yang dalam hatinya, mahu berubah menjadi lebih baik. Tapi aku masih statik, macam biasa. Terkadang membuak- buak mencari pahala, tapi lebih banyak buat bodoh sahaja bila dosa bertimbun- timbun.

Tak hairanlah aku begini. Kerana ada suatu frasa yang mengatakan,

"Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah orang yang paling bersedia sebenarnya". 

Ada saja orang yang mengajak aku ke dalam golongan di mana aku insyaAllah, akan ingat siapa pencipta aku.

Pergi majlis ilmu, pergi itu pergi ini. Dan ada saja alasan aku, bermacam- macam.


Aku cuma pinta, jangan putus asa akan aku. Tolong. Aku ingin sekali cuma roh aku masih tak mampu kuasai fizikal ni. Dan aku masih mengungkapkan banyak alasan.

myy.amieyra

time kasih sebab bace =)