“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Sunday, October 28, 2012

hey,aku peminat kamu


dulu dalam diam aku suka kamu
first class,mata terpandang kamu
apa yang menarik tentang kamu dulu?
ade something buat aku terus perhati kamu
perhati,perhati n terus perhati 
hari ke hari

aku lihat kamu segak seperti semalam,
dan juga seperti kemarin,
dan juga seperti kemarin kemarinnya,
dan kemarin kemarin kemarinnya,
pokoknya, kamu segak saban masa,
buat aku berbunga-bunga.

dan aku sama seperti selalu,
jalani rutin harian punya aku,
perhatikan kamu,

apa warna baju kamu hari ini?
baju kemeja berpetak or tshirt?
setia melihat kamu... 

tindak laku kamu hari ini?
datang lewat ke awal ke kelas?
biasa kamu datang lewat
nak terus jadi perhatian ek?

aku suka perhati kamu,
paling suke,senyuman kamu
lesung pipit dipipi buat 
senyuman kamu lagi comel...

sekarang dah tak boleh perhati kamu lagi
aku akan doakan kamu
kebahagiaan kamu
kesejahteraan kamu
and berharap dapat jadi pemerhati kamu
untuk selamanya

semoga satu masa nanti,
akan ada hari untuk kita rai sama-sama,
hari khas untuk kau dan aku,


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, October 21, 2012

Who i am?

Dunia aku
tidak seindah permaisuri raja
mahupun puteri raja
tidak juga gah dan berada
aku tak punya pari-pari
yang setia tunaikan segalanya
mimpi-mimpi indah
aku cuma gadis biasa
yang bahagia dengan semua yang aku punya

Aku tak gentar pada rasa kecewa
kerna dalam novel kehidupan aku
aku telah jatuh berjuta kali
bangun berjuta kali
dan aku punya berjuta parut
yang aku sembunyikan
dari balik secebis senyuman..

Sungguh,

Aku bersyukur dengan rasa
rasa kecewa yang telah aku telan
kerana itu menjadi kan diri aku
siapa aku pada hari ini.
dan membunuh kejahilan aku pada hari semalam

Kalau aku biar rasa
kecewa memonopoli
jadi mamanda menteri..


agak-agak
di bawah batu mana aku bermastautin sekarang?

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, October 20, 2012

Bulan bintang

Aku rangkaikan kata, membentuk satu puisi, supaya nanti kau kau kau kau dan dia baca, biar dihayati dan rungkaikan sendiri.

Bila nanti kau pandang bulan

Dan nampak dia tersenyum indah,

Bila nanti kau pandang bulan,

Dan nampak bintang berkenyit di sebelah,

Bila nanti kau pandang bulan,

Dan nampak matahari ketawa megah

Di belakang,

Pejamkan mata mu,

Pejamkan mata,

Pejamkan,

Dan kau bayangkan diri kau bulan,

Yang cantik dengan keindahan,

Yang ditemani mesranya bintang,

Dan setianya matahari.

Itu lah kau yang sebenar.

Cantik bagai bulan,

Bahagia punya teman,

Riang ditemani pangeran;

Lihat,

Senyum kau indah,

Aku suka lihat. aku jujur.

Kita sahabat bukan? sahabat jauh. sahabat dalam Islam. kalaulah aku punya keberanian seperti merlin, pasti sahaja akan aku tegur diri kau dan aku kutip bintang jatuh supaya mampu beri cahaya pada persahabatan yang tertunda.

Tapi aku pengecut seperti nobita, tapi nobita juga punya rasa persahabatan yang tinggi. tegurlah aku.tegur aku. tegur aku. aku nantikan ia. dan kita jadikan ia rahsia. aku mohon. lupakan segala.kita saudara se-Islam, kami saudara, aku kau dia mereka semuanya saudara.. saudara selamanya.

Mungkin,

Saudara sampai syurga.


myy amieyra

Time kasih sebab bace =)

Biar ia hilang

Masih lagi terasa kerdil melihat kau begitu bahagia tersenyum indah tanpa dicemari virus-virus dendam lama.

Kalau bisa aku jeritkan rasa hati, pasti jatuh segala makhluk Allah bernama gunung. kalau bisa aku coretkan rasa jiwa, pasti habis segala dakwat, kalau lah bisa aku lontarkan senyuman, pasti koyak kulit pipi, terlihat si daging merah, tertampak tulang putih. Ya Allah, aku bahagia dengan rasa kau beri.

Aku bukan manusia yang begitu tegar dalam meniti hari. bukan juga manusia yang tenang dalam berdepan masalah. terkadang aku rasa malu dengan diri, rasa jijik dengan hati, rasa kotor dengan jiwa. kalau kau tanya kenapa, pasti aku hanya kaku diam, sedangkan aku sendiri juga tertanya-tanya kenapa aku rasa kekotoran begitu banyak terpalit pada badan.

Dan aku mula melihat pantulan diri di cermin, aku lihat menggunakan kanta terbesar hati, aku lihat guna segala kekuatan yang ada, dan aku lihat, aku nampak, kehidupan aku diselubungi satu rasa, satu rasa, hanya satu rasa pemusnah hidup. rasa cemburu yang mengilhamkan dendam melahirkan seksa yang membunuh segala bunga persahabatan. dan aku mati.

Ego. itu aku. bodoh nya aku, aku masih lagi tertanya, kenapa terlalu banyak manusia melontarkan rasa benci pada aku. terlalu ego, terlalu sombong untuk duduk diam sejenak dan berfikir kenapa aku dibenci. dan aku pulak memang begitu jahil, turut sama membaling segala kata nista, segala rasa kelabu, segala bau busuk pada sang pembenci aku. satu kata, satu bahasa, satu makna, cuma satu. bodoh.

Sampai satu ketika, bila aku jatuh dalam gaung, dalam gaung, dalam gaung yang penuh hitam, penuh jalaran api berkepala banyak yang begitu asyik mencapai setiap sudut hati aku untuk dihanguskan, langsung aku tak punya siapa. air mata? sudah kering dijilat api. pilihan aku cuma dua. sakit dan menang, atau sakit dan mati. apa pilihan kau? kalau kau, apa pilihan kau? apa? masih kau mahu duduk terperuk menunggu mati? gadis matang tak menangis, tapi dia akan bangun dan menghulurkan pedang emasnya, untuk melawan segala apa yang datang.

Aku pilih sakit dan menang. aku pilih kesakitan dalam hati, aku biarkan jalaran api itu membakar hati, membakar ulat-ulat kejijikan yang lama bermastautin di hati, supaya nanti bila aku mampu keluar dari gaung hitam yang busuk itu, aku bisa jadi gadis yang punya matlamat, punya kekuatan hati yang tidak lagi dihuni segala kejijikan hasad.

Aku buang segala permusuhan lama, aku lontarkan segala rasa dendam, aku bunuh rasa cemburu dan aku origamikan rasa baru supaya dapat aku jalani hidup dengan tenang.

Aku pinta pada Allah, supaya rasa dendam ini hilang, dan Allah beri aku kesakitan yang teramat, Allah berikan aku peluang kedua, dan DIA pandu aku ke taman bunga,melalui hutan yang penuh cabaran.

Ini aku yang baru, bagai rama-rama yang keluar dari kepompong, bagai ular yang bersalin kulit, dan aku pasti, aku yakin dan pasti,kau juga begitu.

InsyaAllah.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, October 18, 2012

untuk kamu


Entry ini buat awak yang saya sayang,

Walau sesibuk mana pun, setiap hari saya akan berusaha curi masa untuk BERTANYAKAN KHABAR awak. jika tidak dapat bertemu sekalipun saya akan menghubungi awak. pertanyaan wajib yang sering terluah, sihat ke hari ni? dah makan lum? apa aktiviti hari ini? rasanya itu rutin seharian saya dengan awak, istilah tiada masa tak pernah wujud dalam perhubungan kita kan.

Saya cuba MEMAHAMI masalah awak samada besar atau pun kecil. selagi terdaya saya akan beri kata-kata perangsang dan semangat buat awak, sentiasa bersama dan menjadi PENDENGAR YANG BAIK di saat awak betul-betul memerlukan seseorang untuk mendengar segala keluhan, rintihan mahupun kesedihan. awak, awak jangan risau awak ada saya. saya sentiasa ada untuk awak. Ingatlah, hati kita akan bersatu dan segala keperitan yang ditanggung akan ditempuhi bersama. InsyaAllah.

Perkara yang paling saya tak suka MEMBANDINGKAN DIRI awak dengan orang lain. samalah halnya dengan saya, mana mungkin saya suka diperbandingkan dengan gadis-gadis lain, setiap manusia ada kekurangan dan keistimewaan tersendiri. lelaki bukanlah sempurna 100% jadi saya tak perlulah mengharap semua yang hebat dari seorang insan, mereka normal dan mempunyai kelebihan dan kelemahan. saya menerima diri awak seadanya, seikhlas hati saya. Tidak mengharapkan sesuatu diluar kemampuan apatah lagi ingin mengubah awak mengikut citarasa yang saya nak. bagi saya, awak dah cukup sempurna.

Saya bukan seorang yang PEMAKSA. tak perlulah saya mengongkong diri awak hinggakan awak merasa saya ni menyusahkan hidup awak. lagipun, awak perlukan masa untuk bersama teman-teman dan biarlah awak buat aktiviti yang awak suka. saya akan bersikap lebih bertolak ansur dalam sesetengah perkara dan yang paling penting saya takkan lakukan perkara yang awak tak suka lebih-lebih lagi yang boleh menyakitkan hati awak. itu janji saya.

Malam ini saya renungi kembali erti diri awak dalam hidup saya
Bukan untuk meragui keikhlasan hati awak
Apa yang telah awak berikan pada saya tiada ternilai

Mengenali awak adalah hal terindah dalam hidup saya.

awak terima kasih ye.

Awak, awak ingat tak satu hari, awak suruh saya dengar lagu ''ku ingin kamu''?  masa tu saya ade kelas. habis kelas je, terus saya dengar lagu ni. awak, saya menangis. menangis kerana terharu. tersentuh hati saya saat tu.

Awak, saya tahu. saya bukan lah seorang perempuan yang sempurna. saya punya banyak kelemahan dan saya juga ade kekurangan. saya tak kisah siapa awak. tapi yang penting pada saya, awak dapat terima saya apa adanya. awak dapat terima setiap kekurangan dan kelemahan pada diri saya ni. awak dapat bimbing saya. tu yang penting. yang lain saya tak kisah. rupa pangkat dan kedudukan tu hanya sementara. saya cuma ingin awak sempurnakan hidup saya. itu sahaja. andai jodoh tu ada antara kita. InsyaAllah. kita akan disatukan juga satu hari nanti. saya akan setia menanti.

Sekarang awak dah jauh dari saya, dah tak boleh nak kacau awak. awak tau, saya terlalu rindu untuk kacau awak, ingat dulu awak selalu kena cubit n tarik telinga kan. lagi satu, saya suke maen dengan rambut awak. bila saya buat camtu, awak terus berpaling ke arah saya, saya senyum, awak pun turut senyum. manis sangat senyuman awak masa tu. awak tau kenapa saya buat cam 2? sebab saya nak awak sentiasa ingat saat bersama saya.

Awak ingat lagi masa kita keluar bersama? pernah sekali saya merajuk dengan awak. awak tak pedulikan saya pun. tapi saya tak kisah sebab saya tahu saya yang salah. awak selalu cakap saya ni manja n suka merajuk. saya akui. itu sume sikap saya. awak tak suka kan? maaf. saat tu, awak banyak bersabar dengan sikap saya yang keanak-anakan. mesti awak kecewa dengan saya kan. saya mintak maaf.

14/5/2012, 12:31 saya mesej awak.

Saya tanya awak, kenapa tak datang kelas? awak cakap awak tak sihat. ok, saya terima. saya suruh awak makan ubat. lepas pada tu, awak terus terang. mesej tu buat saya sedih. saya menangis. saya tak nak kehilangan awak. semua orang dah tau, dan saya orang last awak bagitau. kenapa saya jadi orang last? saya sedih sangat. sedih sebab awak sorokkan sesuatu dari saya. saya ingatkan saya tempat pertama untuk awak kongsi suka dan duka. saya menangis dalam kelas tu jugak awak. saya betul-betul tak boleh tahan sebak n sedih masa tu. kak syah, terima ksih sebab pinjamkan bahu untuk myy, peluk n tenangkan myy masa tu.

Lepas kelas, awak col saya.

Awak tenangkan saya. awak cakap,

''jangan macam ni. hubungan kita tetap sama. kita hanya terpisah jarak je. jangan pikir bukan-bukan k. lau memang jodoh kita, sejauh mana pn kite berada, kita tetap akan bersama, tapi kalau bukan jodoh kita, walaupun duk dekat, akan terpisah juga" 

Sampai sekarang saya tetap pegang kata-kata tu. baru saya sedar, awak serba salah nak bagitau saya sebab awak taknak saya sedih. sebab tu jugak awak tak nak jumpa saya buat kali terakhir, awak tak sanggup saya tengok saya menangis. betul tak?

Tapi awak tetap buat saya sedih.

Awak, mulai sekarang
saya dah tak leh tengok awak depan mata saya lagi.
perhatikan awak, tengok senyuman awak, makan bersama.
banyak kenangan bersama awak kat sini.

Saya terlalu rindu saat tu.
kalau saya boleh putarkan masa
saya nak nikmati detik bersama awak.
sekejap pun jadi la.

Detik yang sungguh bermakna dalam hidup saya.


*Saya bukanlah penyair yang dapat membaitkan kata-kata nan indah, saya hanya insan biasa yang ingin berirama melalui kenangan buat awak yang terpenting dalam hidup saya.

saya ade soalan untuk awak,

Farhan bin zainudin, boleh awak lengkapkan kekurangan saya?

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, October 15, 2012

separuh sempurna

Aku masih lagi tegar berdiri. menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang tak punya apa, kosong sekosong-kosongnya, cuma sedang gigih mengejar menggapai mencapai segala apa yang mampu. dan aku pasti semua juga begitu.

Aku juga sangat teruja melihat mereka teruja. menjadi pemerhati manusia memang menyeronokkan. aku mampu tersenyum sinis melihat bodohnya perlakuan manusia. canggung seketika bila aku turut melakukan perkara bodoh tersebut. terasa macam aku sendiri turut sama menyiat kulit sendiri,dan turut sama menonjolkan kebodohan diri.

Aku bukan manusia yang jenis asyik mengecam kebodohan perilaku manusia. manusia itu memang diciptakan dengan ketidaksempurnaan. kalaulah manusia itu penuh sempurna perlu apa ilmu di dunia, perlu apa Allah letakkan manusia di muka bumi? perlu apa manusia belajar?

Memerhatikan manusia yang asyik melakonkan watak mereka, aku turut bangga dengan mereka yang begitu tegar menghulurkan salam persahabatan. mereka yang begitu lembut dalam memaafkan. mereka yang begitu pemurah dalam belajar. mereka yang begitu ceria bersama. yang begitu ikhlas menjalankan tanggungjawab. mereka yang sentiasa cuba ketepikan permusuhan. yang kuat membantu. mereka yang cuba melawan amarah dan yang terlalu suci dalam membenci.

dan buat aku rasa kerdil,rasa malu dengan kecacatan sendiri.

terima kasih kawan baru.

dan terkadang aku rasa hipokrit itu perlu. supaya kita dapat belajar. mana yang indah dan mana yang bohong.

dan origamikannya untuk dijadikan perisai besi. pendinding diri.

memang di bumi sentiasa terukir kekurangan dan separa-kesempurnaan.

habis berhenti.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, October 11, 2012

Semut pemerhati setia

Hujan...hujan yang jatuh buat ramai orang rasa tenang. aku rasa benda yang sama. lega kan? macam jalan-jalan kat tepi pantai sambil main pasir.tersepak batu keras. okey. sakit.hari ni rutin yang sama.lihat segerombolan manusia berinteraksi, lihat segerombolan manusia bersenda gurau, lihat segerombolan manusia berhibernasi, lihat segerombolan manusia memakan daging saudara sendiri. lihat, lihat dan aku terus melihat macam pakai binocular terus straight ke setiap manusia di sekeliling aku.aku cuma mampu tertawa sendiri bila melihat manusia bertindak langsung tidak seiring dengan kemajuan semasa...

Aku tak perlu mengata, aku juga tak perlu membisingkan diri sendiri, mencicit macam anak burung yang excited untuk belajar terbang.. tapi satu peringatan, jangan tanya kenapa manusia benci manusia, jangan tanya kenapa kucing bergaduh sesama mereka, jangan tanya kenapa haruan makan anak, jangan tanya, jangan pernah tanya, jangan kau jadi terlalu bodoh untuk bertanya,dan jangan juga kau jadi terlalu hampeh untuk segalanya. kau cuma diam.kau cuma muhasabah diri. kau lihat apa pada kau. sampai orang kata tentang kau. kalau kau tak tahu. kau diam.kau diam.kau diam. diam diam diam dan terus diam.sampai kau diterangkan tentang perkara itu, dan kau mula faham, barulah kau dibenarkan bercakap, dan kau tak kelihatan stupid. kau faham.kau fahan atau tak?

Dan kau jangan jadi macam ayam yang konon fikir mereka pandai terbang dan cuba mengepak sambil menguak bersedia untuk terbang mengekori burung-burung di langit tapi akhirnya jatuh, jatuh tersembam.dan malu dengan semut yang hanya menjadi pemerhati,malu dengan semut yang memang sedang bekerjasama sesama mereka untuk berjaya,dengan senyap, dengan teratur, dengan prihatin.dan menang.berhenti belagak tahu semua dan akhirnya malu.tapi biar kita diam,biar aku diam, biar mereka diam, biar engkau diam, dan kita sama berjaya.itu hidup.aku kata pada kau.

Juga, berhenti tanya sama manusia,"kenapa kau benci aku,kenapa kau makan daging aku," Tapi duduk diam,tanya pada kau,"kenapa aku dibenci."bila angin lalu dan memberi kau ilham,bila kau mula sedar apa masalah mereka,dan apa masalah kau,kau akan diam.dan segalanya mula bergerak seiring dengan perubahan kejayaan.itu dia resmi pokok yang teguh,tak kan mampu ditebang walau beribu tahun di muka bumi.mereka kuat.begitu juga kau kawan.dan bila mereka bercerita tentang kau,mereka concern kawan.


time kasih sebab bace =)

Friday, October 05, 2012

kaca dan cahaya

aku dalam kegelapan
aku dalam kesedihan
tanpa kerlipan lampu
yang memberi nur
tanpa serpihan kaca
tiada yang dapat silaukan mata

tiada apa yang mampu
menjadi penunjuk untuk aku
mencari cahaya bagi 
merentasi sempadan perasaan

aku cemburu???serius ea...aku jeles
aku jeles dengan duhai sahabat yang terlalu 
nyenyak dibuai mimi
mimpi yang indah
sehingga kadang kala
menjadi seribu satu makna
yang tidak terungkap dengan kata-kata

aku perlukan cahaya
untuk aku sampai kesana
menjadi heretan jalanan
aku perlukan kaca
untuk silaukan mata mereka
yang terlalu pedih dikala
kealpaan diri

tiada cahaya,tidak mengapa
tiada kaca,tidak mengapa
mohon ade kombinasi warna
aku mahu melakar keinginan diri
aku mahu meluahkan dengan
contengan pastel
jadi lukisan bererti
mahu dihiasi kamar lena
beradu dengan kesedihan
bangkit dalam keceriaan
mohon hati jadi tenang...

kau boleh jadi cahaya ?
kau boleh jadi kaca ?
boleh jadi pastel untuk aku ?


p/s: berlainan warna,berlainan makna

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, October 04, 2012

Orang kecil

Hari ini ku lihat awan biru
dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya 
kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya 
orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku 
dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya 
kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, 
komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana


p/s : orang kecik punya harapan yang besar

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

tetaplah dengan ku

Mungkin pada aku,
kau seperti pena yang setia digenggaman
saat aku ingin mencoretkan rasa hati setiap hari.

Mungkin juga kau seperti selimut
yang setia menyelimuti diri ketika sejuk
yang mencengkam ulu hati dan nyamuk gatal
yang sentiasa menodai kulit mulusku.

Mungkin juga kau diibarat seperti talipon genggam
yang sentiasa ditangan walau dimana sahaja hatta
di masa lelapku jua..

Pernah ada yang bersedih
kerna tidak punya sahabat.

kau bertuah punya teman
untuk bergurau senda, berkongsi suka duka,
bercerita sinetron cinta di layar peti kaca
serta tempat untuk mendakap erat mesra.

Aku rasa kau perlu seseorang yang akan setia
meminjamkan bahunya di kala kau menangis
dan seseorang yang usap lembut bahu
demi untuk menenangkankau.
Adakah dia sahabat yang kau cari?
Aku bertanya dengan nada paling halus dan lembut,
adakah dia sahabat yang kau
cari bagi temani hari-hari indah kau?

Mungkin dia yang kau cari sebagai sahabat.
Mungkin dia yang ditakdirkan untuk menjadi teman.
Tuhan telah tentukan satu takdir
dimana kau akan temui dia
yang baik satu hari nanti, janji kau sabar.
Itu paling penting SABAR.

Aku akui aku seorang yang ceria dan nampak seperti seorang manusia yang tidak punya masalah tetapi aku manusia paling susah dapat sahabat. Sahabat yang tidak melihat dari kegembiraan sahaja tetapi berpaling meninggalkan kita dikala duka. Ramai yang ingin menjadi sahabat tetapi adakah kita dapat selongkar hati mereka untuk melihat sejauh mana keikhlasan mereka? Kalaulah aku dikurnia kuasa luarbiasa dapat baca isi hati, akulah manusia paling beruntung di dunia. Kalaulahkan.

alangkah manisnya jika dia yang kucup hangat pipi ketika duka mendatangkan, rangkul erat bahu yang lemah dihimpit dugaan, serta jari halus yang usap tangis setiap masa. Aku mohon teman itu yang aku dapat. Sahabat yang bergelak tawa saat berita gembira di sampaikan dan bukannya seorang yang tersenyum dengki di dalam hati.

dora, kau sihat hari ini?
dora, adakah aku yang kau cari di kala hari - hari bahagia mu?
Akukah yang kau singkir di kala kau temui kawan baru?

Lucu bila lebih banyak soalan daripada jawapan. Senangnya mengolah soalan daripada mencari jawapannya. Mungkin aku boleh guna fungsi salin dan tampal jawapan dari insan terdahulu. Lebih senang dari mencari jawapan sendiri tetapi kesannya pada kau, lu pikirlah sendiri.

shalizanis mariyanti dora,
aku mohon,
tetaplah denganku
tahan aku daripada jatuh,
genggam erat jemari aku,

pimpin aku, pandu aku, temani aku,
supaya aku bisa sampai ke hujung dunia.

jangan biar jambatan itu runtuh,
tolong, jangan biar aku jatuh.

teruslah teguh di sisi aku,
jangan kau goyah,
nanti aku yang lemah.
moga ada senyum pada bibir itu, moga ada tenang pada hati runsing itu, moga kau temui jua teman yang setia satu hari nanti.


p/s : nak jadi paracetamol leh ubati kamu saat kau deman. seperti ketika ini.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

melangkah lagi

Pagi ini, kau awali harimu
Dengan kesedihan yang begitu dalam
Biar ku usap air matamu
Ku kan ada di sini, selalu bersamamu

Angkatlah wajahmu, tebarkan senyummu

Melangkah lagi, jangan berhenti
Kau kan mengerti
Makna terbaik dari semua yang telah terjadi

Teruslah melangkah, jangan menyerah

Dan biarlah semua yang tlah berlalu
Jangan kau sesali, sambutlah hari baru
Tegakkan wajahmu, tumbuhkan asamu

Melangkah lagi, jangan berhenti
Kau kan mengerti
Makna terbaik dari semua yang telah terjadi

Teruslah melangkah, jangan menyerah

Melangkah lagi, jangan berhenti
Kau kan mengerti
Makna terbaik dari semua yang telah terjadi

Teruslah melangkah, jangan menyerah


senyuman mengurangkan kesedihan dari dalam

p/s : terus,terus and terus melangkah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Boneka

seperti boneka yang digerakkan.
seperti hamba yang diperlekehkan.
tidak dipedulikan rasa hatinya.
dan terus saja dia diperkotak-katikkan.

sangat betul, bumi itu sfera,
hidup umpama roda.
singa yang lama sudah jadi kucing yang manja.
diam bila disergah sang harimau betina, sang naga buas,

biar diri diperguna, biar diri diraba seksa.
hilang sudah sang pepatung lama.
langsung juga tak mampu rasa benci,
tapi jangan kau main api,
taring kucing juga boleh bawa mati.

kau rasa, ini tentang siapa?
mahu teka?

seperti karya kreatif,
akan lebih indah andai dicoret dengan keceriaan warna...

p/s : gembira dengan kegembiraan,sedih dengan kesedihan 

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, October 02, 2012

Persetankan dalih

terkadang, bila aku lihat wanita yang sempurna auratnya,
yang melindungi wajah cantiknya di sebalik sehelai purdah,
aku kepingin sekali untuk jadi seperti dia.

sayang, iman aku tidak seteguh besi paling hebat,
tidak juga sekeras kerikil,
kerana aku akui, masih aku hanyut dalam nafsu dunia,
ah, alasan, *kalau kau betul mahu, persetankan sejuta dalih. bukan?

biar nur itu aku terima secara berfasa,
supaya mampu aku abadikan selamanya dalam jiwa.
dan semoga tidak aku campakkan segala kebenaran,
untuk kejar kembali kejahilan masa silam.

amin.


p/s: coming soon. insyaAllah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, October 01, 2012

Mahu jadi anak kecil

Aku mahu jadi anak kecil
yang punya cita-cita besar
yang punya hati yang tegar
andai jatuh dan menangis
mampu untuk bangun kembali

Aku mahu jadi anak kecil
hanya perlu bermain
hanya perlu mengetahui
andai terluka
mampu untuk melupakan isi hati

aku penat
penat dengan masalah dunia.
bila aku senyum tak bermakna aku gembira
bila aku diam tak beerti aku kalah
cuma aku penat
serius aku penat.


p/s: mahu pinjam bahu mu melepaskan rahasia hati ini

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

soalan dari aku

aku bersendiri
bermonolog keseorangan.

kalau hari ini aku mati,
siapa yang akan tangisi?

atau kuburan yang aku huni,
hanya akan gelap dan sepi?

p/s : muhasabah dari dalam hati

myy amieyra

time kash sebab bace =(