“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Thursday, May 16, 2013

Kita sama je.

Setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan!

Maha AgungNya Allah SWT, menciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi, menampung yang kurang dan menongkat yang pincang. 

Ada orang yang pandai berkarya Ada yang power berkata-kata

Ada yang macam atlas thaqafahnya

Ada yang tough muscle macam Hulk fizikalnya 

Tapi.. 

Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang terhasil?
Kalau semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita sakit mendengar debat di setiap penjuru yang ada.

Kalau semua orang macam atlas thiqahnya, apa perlunya perpustakaan? Peluang untuk meraih pahala dengan menyebarkan ilmu pun menghilang lantaran semua orang semakin pandai..

Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang mula tunjuk belang ..

Tidak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan itu DIA yang berikan.


myy amieyra

time kasih sebab bace =)

8 comments:

  1. semua orang ada kelebihan masing2.. gunakanlah untuk kebaikan bersama dan bukan untuk menunjuk2.. ;)

    ReplyDelete
  2. syukur atas apa yang kita ada...

    ReplyDelete
  3. Kalau semua sama, apa istimewanya seseorang tu?

    btw, follow awak #273 =)

    ReplyDelete
  4. BW sini!

    ada masa nnt ble join segmen saya ^_^

    http://syanpunyabelog.blogspot.com/2013/05/segmen-1-by-syanpunyabelog-saya-nak.html

    ReplyDelete
  5. setiap org ada ruang dn peluang..
    cuba cari kebaikan utk memenuhi kesemua itu (:

    ReplyDelete