“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Thursday, June 12, 2014

Parut yang terlihat

Menjadi seorang yang tidak pernah terdetik akan perubahan diri. Seperti sekarang ini. Memang susah dalam membuat keputusan tapi ini yang terbaik. bukan hendak membangga diri tapi sedikit demi sedikit akan ditinggalkan, namun parut yang tercalar masih lagi dilihat, dinilai dan dimanipulasi oleh mereka. 

Mereka tidak mengerti dan mereka akan terus bercakap. Bercakap benda yang tak betul sangat tidak elok. Ya Allah, kau ampuni lah mereka. Mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka alpa. Mereka khilaf.

Bukan sedikit orang terkurung dalam kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan. Ramai. tapi tidak mahu dihebahkan. Biarlah ia menjadi titik dalam permulaan kehidupan yang baharu. Kehidupan yang akan dibanggakan oleh mereka yang mengerti. 

Namun, harus diingat watak-watak  dan babak-babak yang pernah hadir dalam kehidupan terdahulu meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang. Lalu dendam dan kebencian menjadi barah di dalam hati.

Satu cara yang tinggal dan satu cara yang patut diambil. Taubat. Taubat itu tidak menghapus memori, tetapi ia menjernihkan hati. Ia mengajar manusia bahawa dalam hidup kita tidak berjalan mengundur, sebaliknya melangkah ke depan. Allah menciptakan sepasang mata di wajah nan indah, bukan di celah rambut belakang kepala. 

Justeru, taubat adalah inspirasi orang beriman untuk lebih celik akan rahmat dan peluang daripada ar-Rahman. Tinggalkan masa lalu, hadapi hari ini dan bina hari esok.

..senyum..

Destinasi kita di akhirat ditentukan pada babak akhir yang akan kita tamatkan, 
Bukan babak semalam yang telah kita tinggalkan. 
Belajarlah untuk melupakan, demi Tuhanmu Yang Maha Penyayang.

Carilah bahagia dengan taubat, pandang ke depan, bukan berterusan larut dalam maksiat dan bertangguh dari perubahan. bersangka baik dengan Allah, Tuhan yang Maha Pengampun dan Penyayang.

Carilah bahagia, selagi nyawamu masih ada.

Jika engkau mencari bahagia dengan cara yang betul, insyaAllah hidupmu di dunia akan lebih bermakna, kerana visi misinya tidak terhenti setakat engkau memejam mata, bahkan merentas jauh hingga ke akhirat sana.

Dan aku juga salah seorang pencari bahagia.
Moga tergolong dalam golongan yang diberi kurniaan oleh-Nya.

Amin.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

1 comment: