“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Monday, August 27, 2012

Dah tak ade


Dia pergi tinggalkan aku buat selamanya. keadaannya tenat dua hari lepas memberi tanda yang ia akan pergi. cuma waktu sahaja yang belum pasti.

Malam tu aku tgk sehat je. tak da plak tanda-tanda yang dia sakit. aku belai cam biasa. then,aku tgk dia tido. lena sangat. penat kot.

Pagi ni, aku tinjau keadaan diorang. still tido tempat yang sama. kenapa mio xbergerak? kenapa makanan tidak terusik walau sedikit. tiada lagi tenaga aku lihat daripadanya. dia bergerak lemah. aku titiskan air ke mulutnya. dia nampak dahaga. aku biarkan dia rehat. aku sapukan air ke badannya bagi sejuk kerana dia sudah tidak berdaya. tanpa tak sedari air mata mengalir kt badannya.

Aku dah perasan yang dia semakin lemah. air yang dititis tidak dihiraukan lagi. aku menjangkakan hari ini adalah penamat hidupnya. tekaan aku tidak meleset. aku lihat nafasnya putus-putus. hanya menunggu masa. akhirnya 9.20 pagi tadi dia pergi dengan aman.

Aku amik keputusan tuk tanam mio. berdekatan gan pokok-pokok bunga.

Selepas aku jaga die, banyak yang berubah. 

Aku teringin sangat nak bela hamster maybe sebab comel. geram tengok. ok, senang cite aku beli sepasang hamster n aku bagi nama die pio n mio. so sekarang, pio untuk jantan dan mio untuk betina.

Sejak de hamster, aku akan terus balik bilik. biasenya aku akan lepak-lepak kat kafe dulu. tapi bila dah de mio pio, aku bertanggungjawab tengok-tengokkan diorang. bertanggungjawab atas keperluan diorang. 

Ramai yang tahu aku bela mio pio ni. so, ramai la yang datang bilik. diorang datang main-main. "comel la awak ni". kiranye tu ayat yang famous la bila diorang datang. tapi ayat yang paling aku ingat ialah

"Myy jaga leklok ye hamster ni. jangan buat main sangat, bahaya gak. diorang leh bg penyakit tau. tapi kalu nak jaga, jaga leklok. pastikan diorang sentiasa bersih. lagi satu, lepas pegang hamster ni, tangan tu jangan lupa basuh tau"

"Myy, comel la anak-anak myy. ni amanah allah tau. myy jaga mio pio baik-baik. jangan lupe bagi makanan, minuman, tempat tinggal bersih kt diorang ye. sekarang myy yang kena pegang amanah ni"

Mislina, myy mntak maaf sangat. mio pio dah tak ade. myy dah jaga sebaik mungkin. myy tak dapat jaga amanah ni.

Masa cuti ari tu, aku amik keputusan tuk bawak mio pio balik kampung. kiteorang balik dengan bas. kekadang aku sendiri pun takut diorang tak selesa dengan keadaan bas tapi aku dah buat persediaan dengan balut sangkar dengan selimut. bila balik kampung, my sis plak teringin nak jaga. so, yang amik alih penjagaan diorang adalah adik aku.

Lepas pada tu, aku dapat satu panggilan.

umi : myy dah dapat cucu. hamster ni dah beranak dah, 6ekor
aku : wah, terujanya nk tengok. tak saba nak balik kampung.

Esok plak, dapat lagi satu panggilan,

umi : anak hamster sume dah tak ada
aku : tak ada? kenape?
umi : anak-anak dia meninggal. pio plak hilang.
aku : -_-

Baru nak gembira terus sedih. aku dapat tau yang sis beli lagi satu hamster jantan dan bg nama yang sama PIO. tapi yang ni garang sangat, susah nak ajak bermain.

Masa balik kelantan, aku sendiri yang handle hamster tu

Sume ok, cume 2 hari lepas je nampak tak sihat.

A : awak, lupe nak cakap, hamster dah meninggal.
B : Dua sekali meninggal?
A : ea, dah meninggal
B : camne leh meninggal?
A : xtau.  rindu la kat dia.
B : nak buat camne dah sampai ajal dia.
A : nak pelihara ikan la plak. ikan emas.
B : suke bela bintang ea.
A : suke.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

5 comments:

  1. alahai sian nye...mereka dah tak de...sabar ya myra mungkin ader hikmah !

    nanti cari yg lain ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar n senyum je la...bila rindu,tengok pic diorang...

      Delete
  2. ade hikmah diseblik nye. smile olwez =)

    ReplyDelete
  3. a'a mungkin de hikmah kan...time kasih suke suki...

    ReplyDelete
  4. kesiannya .. sabar ye :)
    nanti bela yg baru pulak kot2 boleh ganti tempat mio awak :)

    ReplyDelete