“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Wednesday, August 15, 2012

Cantik Tapi Sombong

Sedar tak tentang sesuatu?

Perempuan, ada raut wajahnya sangat cantik bila bertudung.
Adanya juga manis bila tak bertudung.
Tapi hakikat sebenar, perempuan itu berganda manis dan cantik bila bertudung.

Di bazar ramadhan, terserempak dengan seorang gadis yang sangat manis tanpa bertudung. Liuk lentoh yang manja di samping kekasih jelas kelihatan di khayalak ramai. Bila diamati, baru tersedar. Itu kawan lama.

Sudah bertukar wajah, sudah semakin cantik, sudah semakin up to date, dan juga sudah semakin seksi. Skirt atas peha di petang hari. Namun tetap nampak ayu dek bantuan dari kelembutan wajah yang di make up tebal. niat hati mahu menegur, apa kan daya tersekat dek keramaian manusia yang entah datang dari mana.

singgah di gerai air yang penuh gn macam-macam jenis air. dari jauh nmpak die meng'order' air tembikai susu, bila disandar bungkusan itu, tertepis dek anak kecil yang sedang berlari. Lalu tumpah ke atas peha gebu. Tersembur kata-kata kesat juga makian yang hebat. Sangatlah terkejut satu bazar ramdhan. Kerana gadis ayu lagi manis dan seksi ini menyumpah seranah bagai tiada kesudahan.

Muka dah cantik walau seksi. Tapi sayang, budi bahasanya rendah sekali. Pakai seksi kemain di petang hari, bulan puase, itu hak diri sendiri. Tapi budi bahasa tu, kan ke bagus kalau tinggi. Takdelah mak jah,mak timah, kak eton sebelah  geleng kepala tak henti-henti.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

2 comments:

  1. sayangnya..tuan badan dah cantik..tapi akhlak tak berapa..moga beliau terbuka hati untuk berubah.

    ReplyDelete
  2. ermm....cian c lelaki malu kt tmpt ramai org..dh la bwk awek cm tu huhu...sabo jer la...

    ReplyDelete