“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Friday, April 11, 2014

Degil

Kadang ramai yang memperkatakan pasal kedegilan aku. Mana tidaknya kalau jadi pape tak pernah bagitau. Asyik nak mendiamkan diri dan merahsiakan jer. Sama macam semalam, dada ni sakit sangat, nak bernafas pun tak boleh. opsss. Bukan tak boleh tapi tak selesa nak bernafas. Macam ade something yang tersangkut.

Tapi mende ni perkara biasa. Pernah lah jugak terjadi masa sem lepas. Faktor yang aku boleh kaitkan ialah cara tido atau baring. Macam aku, aku lebih suka buat kerja sambil meniarap. Berjam-jam pun tak kisah. Umi selalu pesan, jangan berbaring macam tu, sebab tak elok. Tapi aku ni degil. Bende yang orang larang, mende tu jugak yang aku buat.

Aku tanya sis, dia memang pakar dalam hal-hal perubahan ni. Dia kasi warning 'JANGAN TIDO MACAM TU LAGI'. Tapi kenapa?? Ini sebabnya : 

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam dan sains. 

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: 

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

So, Bila aku dah tau pasal hukum ni, aku dah perlahan-lahan tukar cara baring. Itu untuk kebaikan aku jugak.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

No comments:

Post a Comment