Dia memang garang. Sekali die keluarkan suara, aku tergamam. Tapi apa yang diperkatakan itu benar belaka. Mana tidaknya dia lebih banyak makan garam. semakin hari, semakin rindu. bila dekat tidak bersuara. Pagi tadi call die. Sekejap je dapat bersembang. 5minit sudah memadai. itu memang style dia. Bila lama aku tak hubungi dia. dia akan melenting. ade saja yang tak kena. itu memang style die.
Dari kecik, rapat dengan umi. segala masalah umi yang tahu dahulu. bukan niat nak membelakangi abah, cuma aku takut. abah garang. mungkin hidup aku tak sama dengan korang. jeles mugkin. bila tengok anak dan abah masing-masing berpelukan. saat tu, perasaan iri hati dah terbit. Aku mahu seperti mereka. Tapi bila?
Bila dah makin dewasa, diri harus berpisah dengan keluarga. Untuk menjadi pengalaman dan berdikari mungkin. Bagitau hasrat sebenar pada abah. Abah senyap. tak ade sebarang jawapan. dapat ke tak? itu style abah, senyap maknanye setuju.
Teringat dulu saat untuk berpisah, semua berpelukan. tapi tidak dengan abah. dalam hati, teringin sangat nak peluk dia. aku tenung air muka abah. ade secebis kesedihan disitu. Aku tahu dia tak sanggup dan tak mahu biarkan anak gadis nya berjauhan. namun, dia tetap akui anak ini harus jalani hidup dan lihat kehidupan disana. bukan untuk melepaskan tanggungjawab tapi untuk kesenangan di kemudian hari.
Alhamdulilah sekarang dah berubah. setiap ape yang berlaku pasti ade hikmah disebaliknya. aku akui itu betul. Keinginan dah menjadi kenyataa. Sekarang tidak seperti dulu. Semakin bahagia. dan Insyallah akan tetap bahagia.
Aku bukan anak derhaka. Mohon jangan salah faham.
Selamat hari jadi abah. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. sayang abah.
aku berdoa, agar aku mampu menjadi anak solehah yang boleh bawa abah ke jannah =) Amin
myy amieyra
time kasih sebab bace =)
Hepi besday =))
ReplyDeleteSedihnya cerita awak.. Rara pun tak berapa rapat dengan abah rara waktu kecik lepas arwah mar mninggal.. Tapi alhamdulillah sekarang dah makin rapat juga.. :)
ReplyDeleteJemput singgah blog rara..
http://carirara.blogspot.com/