Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Apa Yang Menyebabkan Senggugut?
Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun.
Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya :
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.
Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :
Ketidakseimbangan bahan kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.
Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh.
Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea Sekunder
Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.
Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
Jangkitan
Radang rongga pelvis
Endometriosis
Penyakit usus seperti apendisitis
Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Mengapa Ada Yang Mengalami Senggugut dan Ada Yang Tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan.
Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami senggugut.
Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan seterusnya mengakibatkan senggugut.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan senggugut. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Sekiranya anda mengalami senggugut sejak pertama kali haid, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan :
Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Muntah atau mual/loya
Sakit kaki dan bahagian belakang badan
Pergerakan usus yang tidak sekata
Pitam
Bila Perlu Berjumpa Doktor?Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Muntah atau mual/loya
Sakit kaki dan bahagian belakang badan
Pergerakan usus yang tidak sekata
Pitam
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang dirasai kerana senggugut boleh membantu anda memahami apa penyebabnya. Anda akan mengetahui yang kamu mengalami dismenorea primer apabila :
Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu haid atau 6 hingga 12 bulan selepas itu
Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan haid
Dua hari pertama haid adalah paling sakit
Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan haid
Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki
Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan haid
Dua hari pertama haid adalah paling sakit
Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan haid
Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki
Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan haid dan berpanjangan selama 3 hari, dan anda juga menyedari ada beberapa benjolan dalam abdomen, muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda juga harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Bolehkah Senggugut Dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :
1) Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli
2) Kurangkan garam
3) Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid
4) Ambil vitamin tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
6) Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea
7) Berhenti merokok
8) Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi. Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
ok abis disini
myy amieyra
time kasih sebab bace =)
No comments:
Post a Comment