“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Friday, July 13, 2012

Hinalah! Herdiklah! Cacilah!

kau ada masalah ke dengan aku? sakit mata ke tengok aku camni? kenapa kau tidak menyukai aku berpakaian begini? kata-kata kau semua macam sampah.

ok,hinalah aku,
hinalah aku yang bertudung melepasi dada ini...
hinalah aku yang menutup aurat ini.
hinalah aku Hamba Allah yang patuh.

teruskan penghinaan kau,
Bertudung labuh macam aku ini hipokrit
Bertudung labuh macam aku ini hodoh
Bertudung labuh macam aku ini kolot
Bertudung labuh macam aku ini ketinggalan zaman.

Herdiklah aku,
Hanya kerana aku tunduk patuh kepada suruhanNya.
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri.
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

aku sanggup. sanggup berpanasan
Dikala teriknya matahari
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram
Memikirkan dosa yang abah aku tanggung.
aku tak sanggup,sebab aku abah yang kena tanggung...

Perlilah aku
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk kealiman
Sedangkan aku berusaha yang terbaik
Tetapi dusta menjadi tafsiran.

kadang-kadang aku menyeluh. menyeluh dan sedih. sedih kerana penghinaan, tohmahan. namun aku kena kuat. insyaAllah.

kepada kaum hawa yang bertudung labuh,

Jagalah akhlak mu
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna
Luruskan niat mu
Kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada suruhan Nya.
Islam itu datangnya asing
Kembalinya pun asing
Beruntunglah kau saat kau diasingkan
Kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga Nya

Janganlah bersedih! Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan kau
Kerana ingat, disisi Allah, kaulah yang tinggi dan mulia.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.

p/s: kata-kata kau macam sampah..ea sampah yang terlalu busuk baunya dan digelumungi dengan ulat...aku tak kan terpengaruh dengan kata-kata kau yang kotor tu.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)


No comments:

Post a Comment