Semua orang ingin berubah. Aku jamin, berani kerat jari. semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri. sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari syurga.
Aku rasa kita semua perlu sedar yang kita semua memang sedang berubah pun.
Kita sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Maksiat makin bertambah, jenayah lagi2 la kn. Jelas sekali bila maksiat tidak lagi asing, yang nak buat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan. Berani kerana benar. jangan takut untuk menegakkan benang yang basah.
Apabila seseorang ambik keputusan nak berubah ke arah kebaikan, mereka akan rasa diri seperti belum bersedia. mereka mugkin rasakan jalan yang bakal mereka lalui bertentangan dengan jalan yang dunia sedang lalui.
Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak 'one way'. Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi pada yang takut menjadi asing, yang hidup kerana dunia.
Aku pernah jadi 'mereka'. Hidup untuk dunia. tidak mahu menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup. tapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul".
Hidup memang enjoy tapi seperti ada yang tidak kena. sebab kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.
"macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah?" Jawapan senang sahaja, cari Allah.
Berubah kerana Dia,
sebab Dia lah sumber kekutan kite...
"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan"?
Berubah kerana Dia,
sebab Dia lah sumber kekutan kite...
"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan"?
p/s: jangan takut pada pandangan manusia, takutlah pada pandangan Allah...
myy amieyra
time kasih sebab bace =)
No comments:
Post a Comment