“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Wednesday, January 07, 2015

Hindari dan terus berharap

Dalam hidup,
Kita tak selalu mendapatkan apa yang kita mahu.
Tapi, bersyukurlah.
Kerna, Allah beri apa yang kita perlu.


Sesuatu itu,
meski sakit untuk kita harung,
Meski sukar untuk kita tempauh,
Meski berat untuk kita terima,
Meski pahit untuk kita telan,
Kita kena hadapi juga.

Kerna itu yang ditakdir Tuhan.
Dan itu yang terbaik untuk kita.

Jangan mengeluh.
Jangan putus asa.
Berharaplah pada Tuhan.
Kerna DIA yang memberi segala keteguhan dalam kehidupan.

Walau sukar untuk melangkah,
Usahalah untuk terus gerak,
Kerna, Berdiam memendam luka,
Takkan membuat hidupmu bahagia.

Firman Allah swt, al-Baqarah:216

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tudak mengetahui”

myy amieyra

Tme kasih sebab bace =)

Wednesday, November 26, 2014

Kita rancang tuhan tentu

Seronok tengok mereka yang sibuk menguruskan hal masing-masing tanpa menghiraukan masalah orang lain sehinggalah ia berjaya

Segala aspek sederhana, 
tidak nampak pandai, 
tidak nampak alim, 
tidak nampak kaya, 
tapi bahagia menghargai setiap masa yang ada diatas dunia ini 

Bercakap tentang idea, 
kerana apabila sudah berjaya, 
maka disitulah timbul kemampuan 
untuk menjalani dakwah lebih besar 
atau memberi kelebihan kepada masyarakat disekeliling mereka secara lebih meluas, 

Bukan hanya cakapan kosong yang hanya bercakap tentang kebenaran sesuatu 
sedangkan ia hanya membuang masa menjadi seseorang untuk orang lain. 
Kenapa kita hanya sibuk bercakap soal betul, benar, indah, jahat 
sedangkan kitalah yang merancang segala apa yang ada didepan kita, 

Allah yang menentukan segalanya, namun kita tidak merancang tapi hanya sibuk mencari kebenaran yang telah ada. 
Aku suka bidang aku, kerana aku sibuk bercakap soal idea, masa depan dan menjadikan sejarah sebagai pedoman, bukan sebagai bahan bualan. 

Pandang depan dan nikmatilah hidup ini

time kasih sebab bace =)

myy amieyra

Sunday, November 16, 2014

Andai itu dia

Bila dah sayang
Apa yang berkaitan dengan dia
Semua benda kita sibuk nak tahu

Kekadang
Ada juga perkara yang menyakitkan dia buat
Tapi kita cuba untuk pendam
Walaupun hati terasa perit

Kita takde hak untuk tentukan kehidupannya
Dia dah besar
Pandailah dia fikir sendiri

Jika benar dia sayang
Dia tidak akan toleh pada yang lain
Sebaliknya dia berusaha sekuat mungkin untuk istiqomah menjaga hatinya pada yang satu

Percayalah
Yang namanya jodoh itu
Tidak akan kemana
Pasti akan bertemu jua

Dan semuanya atas kehendak Allah.

Allah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Saturday, June 14, 2014

Pengakhiranku

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna
banyak yang perlu dikorbankan 
banyak juga yang terpaksa dilepaskan.

Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah
sesekali melangkah gagah tersenyum megah
menentukan kesabaran dan air mata
selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul
usah di gusar pada anugerah Tuhan
anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan
dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.

Ya Allah,
seandainya hari ini adalah hari ku yang terakhir
seandainya laungan ini adalah laungan Azan terakhir ku dengar
seandainya solat ini adalah solat aku yang terakhir.

Ku mohon padaMu,
ambil lah aku dalam keadaan yang telah Engkau redha
ambil lah aku setelah Engkau mengampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
secara aku sengaja atau terlebih yang tidak ku sedari
dosa kecil dan besar yang telah aku lakukan
Engkau saja yang tahu siapa yang akan menjadi penghuni syurga 
dan siapa pula yang akan menjadi penghuni neraka.

Yang manakah aku Ya Rabb?

..Pengakhiranku..

Namun,
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
aku. dia. mereka. masih lagi menanti. masih lagi menunggu.
apakah hari ini merupakan yang terakhir kali bagi diriku?

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha. Bersedia dan meminta belas dari-Nya.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, June 12, 2014

Parut yang terlihat

Menjadi seorang yang tidak pernah terdetik akan perubahan diri. Seperti sekarang ini. Memang susah dalam membuat keputusan tapi ini yang terbaik. bukan hendak membangga diri tapi sedikit demi sedikit akan ditinggalkan, namun parut yang tercalar masih lagi dilihat, dinilai dan dimanipulasi oleh mereka. 

Mereka tidak mengerti dan mereka akan terus bercakap. Bercakap benda yang tak betul sangat tidak elok. Ya Allah, kau ampuni lah mereka. Mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka alpa. Mereka khilaf.

Bukan sedikit orang terkurung dalam kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan. Ramai. tapi tidak mahu dihebahkan. Biarlah ia menjadi titik dalam permulaan kehidupan yang baharu. Kehidupan yang akan dibanggakan oleh mereka yang mengerti. 

Namun, harus diingat watak-watak  dan babak-babak yang pernah hadir dalam kehidupan terdahulu meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang. Lalu dendam dan kebencian menjadi barah di dalam hati.

Satu cara yang tinggal dan satu cara yang patut diambil. Taubat. Taubat itu tidak menghapus memori, tetapi ia menjernihkan hati. Ia mengajar manusia bahawa dalam hidup kita tidak berjalan mengundur, sebaliknya melangkah ke depan. Allah menciptakan sepasang mata di wajah nan indah, bukan di celah rambut belakang kepala. 

Justeru, taubat adalah inspirasi orang beriman untuk lebih celik akan rahmat dan peluang daripada ar-Rahman. Tinggalkan masa lalu, hadapi hari ini dan bina hari esok.

..senyum..

Destinasi kita di akhirat ditentukan pada babak akhir yang akan kita tamatkan, 
Bukan babak semalam yang telah kita tinggalkan. 
Belajarlah untuk melupakan, demi Tuhanmu Yang Maha Penyayang.

Carilah bahagia dengan taubat, pandang ke depan, bukan berterusan larut dalam maksiat dan bertangguh dari perubahan. bersangka baik dengan Allah, Tuhan yang Maha Pengampun dan Penyayang.

Carilah bahagia, selagi nyawamu masih ada.

Jika engkau mencari bahagia dengan cara yang betul, insyaAllah hidupmu di dunia akan lebih bermakna, kerana visi misinya tidak terhenti setakat engkau memejam mata, bahkan merentas jauh hingga ke akhirat sana.

Dan aku juga salah seorang pencari bahagia.
Moga tergolong dalam golongan yang diberi kurniaan oleh-Nya.

Amin.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Monday, April 28, 2014

Yakin kekuasaanNya

Apa saja yang terjadi pada aku.
Tak kira baik atau buruk.
Nikmat atau ujian.
Setiap satunya ada peringatan dan pelajaran yang nak diberikan Tuhan.

Cuma tinggal hanya aku.
Nak buka mata belajar.
Atau nak dibiar saja. Berlalu pergi
Macam debu yang terbang.
Tak bernilai.

Aku tidak sama dengan kalian. Yang selalu bermimpi indah.
Aku  tidak ada kuasa, mungkin itu semua petunjuk

Dan untuk setiap sesuatu yang aku tak suka.
Yang buat aku kecewa dan hampa.
Yang buat aku luka dan punah jiwa.
Boleh jadi itu semua menjadi pintu yang membawa aku pada sesuatu yang lebih berharga.
Yang lebih membawa bahagia.
Yang lebih memberi makna dalam hidup aku.

Takdir Allah tak pernah salah berkisah.
Allah tidak pernah menjadikan hidup ini penuh dengan kesenangan.
Diselit susah untuk aku terus yakin pada kuasa Tuhan yang aku sembah.
Untuk aku mencari kasih Dia dalam segenap rasa susah dan payah.
Untuk aku merafak syukur pada Dia untuk segala yang mudah dan indah.

Maka, aku hanya perlu terus yakin.
Dia berkuasa mengatur segalanya.
Yang kadang-kadang terlihat mustahil pada akal dangkal manusia.

Ajar aku erti kekuatan duhai sahabat
Tarik bersama ke tempat suci itu
Jangan tinggalkan aku dengan jahilan. 
Yang bakal membawa aku ke tempat paling keji.

Aku perlukan kekuatan
Aku perlukan sokongan.

Perubahan itu indah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, April 15, 2014

Kepenatan dan Ketepuan otak

Jika hati sudah penat dalam menjaga hati semua orang, bermakna hati itu bukan dicipta untuk smua orang. Namun hanya untuk segelintir sahaja. Itu aku nafikan. Serius bukan.

Jika otak penat dalam memikir, merancang, dan megatur, pastikan otak itu habis befikir dahulu diikuti tindakan. Andai dibiarkan semuanya bertandang dalam 1 masa, maka rosaklah ia. mana mungkin otak manusia berdaya. Itu benda mustahil. Takkan tercapai.

Jika badan pula penat, maka ketahuilah dimana kemampuan badan itu. Mana mungkin seorang baby disuruh angkat barang sedangkan sudah tentu baby tu tak akan berjaya. Begitulah perumpamaannya. Perumpamaan yang di buat sendiri ada isinya. Bukan kosong.

Kadang diri terpaksa melakukannya. Andai benar terpaksa, jalan yang paling sesuai  'biar lambat asalkan selamat'. Sebetulnya 'asalkan badanmu tidak penat'.

1 pertanyaaan. Dimana terlebih dahulu datang penat itu? datang dan singgah di otak? di hati? atau di badan? perasaan kesusahan ini singgah di hati dahulu, hati akan selalu berkata 'Ya tuhan, penatnya aku harini'.

Masalah ini akan sampai ke otak dan otak akan cakap. 'Aduhai, macam mana aku nak buat ni? Apa harus aku lakukan? Dimana harus aku mulakan? 

Isyarat dari otak sampai ke badan. Dan si badan akan cuba buat arahan daripada otak. 

Jika otak sudah penat memikir apa arahan yang patut diberikan pada badan, maka badan yang akan penat juga nanti. Hati pun turut sama.

Apa yang aku merepek ni. ni antara penangan PSM.

Penat.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)