“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Monday, July 23, 2012

Kebingungan melampau

Dah lama sangat aku nak tahu tentang bende ni. Korang penah tak tiba-tiba je teringat atau terimbas kat seseorang? Maksud aku, seseorang yang langsung tiada kaitan dengan korang. Kalau terimbas pula bukanlah time korang tengah buat sesuatu atau terfikir sesuatu yang tiada kaitan dengan orang tu langsung. Pernah tak korang alami bende camni?

Aku ada terbaca juga blog orang yang tulis tentang perkara ni. Dia pun tulis pasal terimbas kat orang yang dia tak rapat secara tiba-tiba. ingatkan perkara ni hanya berlaku kat aku sorang je, rupanya ada juga orang lain yang rasa cammtu. Gembira la juga, sekurang-kurangnya aku tak dianggap aneh n pelik kan.

Dan cara pengimbasannya secara tanpa diminta, tanpa dipanggil, tanpa dipaksa dan tanpa terlihat sesuatu yang berkaitan dengan orang tu. Jadi maksudnya, kalau kita ternampak barang-barang atau gambar seseorang secara automatik memang kita akan teringat atau terimbas orang tu. Tapi yang ini kes lain, wajah orang tu tiba-tiba je muncul tanpa kita lihat apa-apa objek pun. ok aku bg contoh, kalau kita pandu kereta, tiba-tiba kita boleh terimbas wajah orang tu. Anehkan?

Mana mungkin kita ingat orang yang tiada kaitan dengan kita sembarangan. Lagi pun, tak terfikir pun nak ingat orang tu. Tapi bagi aku, aku nak sangat-sangat tahu kenapa boleh jadi camtu. tiba-tibakan teringat someone yang xpernah wujud.

Nak luah dengan kawan takut plak, nanti apa plak cakap diorang kan? tak pasal-pasal cakap aku dah tak betul.

p/s: ketuk kepala dengan lesung batu biar kepale aku tak bingung.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, July 19, 2012

Mohon sangat jangan datang

Rindu datang menyerang.

aku   : jangan datang!
rindu : nak jugak!
aku   : jangannn! aku tak suka!
rindu : tak, kau perlukan aku!
aku   : aku tak nak *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*
rindu : kenapa kau tak nak aku?
aku   : sebab bila kau ada, aku rasa sedih, sebab kau ingatkan aku pada dia.
rindu : kau kan sayang dia.
aku   : memang aku sayang dia.
rindu : sebab kau sayang dia lah kau perlukan aku. kalau kau tak suka aku, maknanya kau tak sayang dia..
aku   : tak tak, bukan macam tu.
rindu : habis tu, macamana?
aku   : aku nak dia selalu dengan aku. sebab tu aku tak perlukan kau.
rindu : ..............................................

“Rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka...”

p/s: berambus ko dalam idup aku.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, July 17, 2012

Universiti malaysia pahang (UMP)


contoh situasi,

Dia     : myy, lamanya tak jumpa. study dekat mana sekarang?
Aku    : aku study kt ump.
Dia     :  ump? universiti Malaysia perlis ek?
Aku    : ok. saba je la. =.=*

Aku paling anti kalu ada yang cakap ump ni, Universiti Malaysia Perlis. amboi banyak cantik. yang 2 unimap la makcik pakcik.

Untuk pengetahuan korang-korang sume, Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan  universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan banyak program teknikal yang berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan, UMP memberi  tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP komited dalam membangunkan sumber kapital manusia dan teknologi bagi memenuhi keperluan industri serta menyumbang pembangunan Negara.


VISI UMP
Ø  Menjadi universiti teknologi bertaraf dunia.

MISI UMP
Ø  Menyediakan pendidikan,penyelidikan dan perkhidmatan yang tertinggi kualitinya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang membudayakan kreativiti dan inovasi.

KAMPUS UMP DI GAMBANG


UMP beroperasi di kampus sementara  terletak di gambang, kuantan. Kampus gambang kira-kira 30kilometer dari pusat Bandar kuantan, beerkeluasan 65,000 meter persegi  boleh menempatkan dalam 4000 orang pelajar. Ia terletak di lokasi yang stategik berhampian dengan lebuhraya pantai timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Kini, di Kampus Gambang, para pelajar boleh mengakses internet tanpa wayar (WIFI).

KAMPUS UMP DI PEKAN


Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada Julai 2009, menempatkan dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE). Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 0rang pelajar dan 2000 orang staf.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DI UMP

NAMA PROGRAM 

1. FAKULTI Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik :
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan & Instrumentasi) - 4 Tahun
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri) - 2 ½ Tahun

2. FAKULTI Kejuruteraan Mekanikal :
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Automotif - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Industri - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Biomekanikal - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif (Program Kerjasama UMP – HSKA Jerman) - 4 ½ Tahun
Diploma Kejuruteraan Mekanikal - 2 ½ Tahun

3. FAKULTI Kejuruteraan Awam & Sumber Alam :
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam ( Persekitaran ) - 4 Tahun
Diploma Kejuruteraan Awam - 2 ½ Tahun

4. FAKULTI Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli :
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas) - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) - 4 Tahun
Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses) - 2 ½ Tahun

5. FAKULTI Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian :
Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian - 4 Tahun
Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan Kepujian - 4 Tahun
Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik & Multimedia) dengan Kepujian - 4 Tahun
Diploma Sains Komputer - 2 ½ Tahun

6. FAKULTI Kejuruteraan Pembuatan :
Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik - 4 Tahun
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik (Program Kerjasama UMP – HSKA Jerman) - 4 ½ Tahun

7. FAKULTI Teknologi :
Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian - 4 Tahun
Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian - 4 Tahun
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian - 4 Tahun
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan ( Elektrikal ) dengan Kepujian - 4 Tahun (NEW)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran) dengan Kepujian - 4 Tahun (NEW)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan ( Pembuatan ) dengan Kepujian - 4 Tahun (NEW)

8. FAKULTI Sains & Teknologi Industri :
Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri - 4 Tahun
Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Bioteknologi Industri - 4 Tahun
Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan - 4 Tahun

Warna jaket fakulti -semua wajib beli you

FAKULTI Kejuruteraan Mekanikal - MAROON

FAKULTI Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli - BIRU

FAKULTI Kejuruteraan Awam & Sumber Alam - BLUE BLACK

FAKULTI Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik - HIJAU

FAKULTI Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian - BLACK

FAKULTI Sains & Teknologi Industri - GRAY

FAKULTI Teknologi - BROWN

FAKULTI Kejuruteraan Pembuatan - RED


List kelab-2 yang ade kat UMP:

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 1 (PEKA 1)
Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 2 (PEKA 2)
Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 3 (PEKA 3)
Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 4 (PEKA 4)
Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 5 (PEKA 5)
Majlis Sukan Pelajar (MSP)
Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (MECHAPRO)
Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (EEES)
Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA)
Persatuan Mahasiswa Jabatan Pengurusan Teknologi (IMPROSH)
Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Pembuatan (SMACH)
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi Industri (SCITEX)
Kelab In-Smartive
Kelab PEMADAM
Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS)
Sekretariat Kebudayaan & Kesenian (JKC)
Kelab Institution Of Engineers Malaysia (IEM)
Kelab Ekstrem
Kelab Rekreasi (T-Rex)
Kelab Taekwon-Do ITF UMP
Kelab Bola Keranjang
Kelab Bahasa Jepun Professional (JANPU)
Wataniah
Sekretariat Rakan Muda (SRM)
Kelab Astronomi (KAUMP)
Sekretariat Anak-Anak Sabah Sarawak (SMASS)
Kelab Sains Kemanusiaan
Kelab Badminton
Universiti Malaysia Pahang ACM Student Chapter (UMP-ACM)
UMP Sharks Rugby Club
Kelab Bahasa Mandarin
Kelab Creative Art
Kelab Karisma
Kelab Karate Gojo-Ryu
Project Management Institution (PMI)
Vocal Intensity Club
Kelab ROBOTECH
Kelab Tabung Haji (TaHa)Kelab Kanu
Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM)
Pesatuan Mahasiswa Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (CHEST)
Kelab Penyayang
Kelab Orator
Kelab Keusahawanan (KAWAN)
Sekretariat Rukun Negara (SRN)
Kelab Intelligentsia
Kelab Student In Free Enterprise (SIFE)
Kelab Student Automotive Engineer (SAE)
Kelab Bola Baling
Kelab Catur
Sekretariat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
Sekretariat Anak-anak Pahang (SeMAMPAN)
Kelab Media & Kewartawanan
Persatuan Silat Seni Gayong Universiti Malaysia Pahang (PSSGM UMP)
Kelab 1 Malaysia Universiti Malaysia Pahang
Creativity Innovation Club (CIC)
Kelab Alam Sekitar Lestari
Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (PERSADA)
Persatuan Orkestra UMP
Kelab Kriket
Kelab Espansia
Kelab Bahasa Arab (KEBARA)
1UMP 1 World Club
Local Committee Of AIESEC
UMP 24 Festive Drum & Martial
Kelab Extreme Tenis
Kelab UMP-HSKA Community Club (UHCC)
Kelab UNESCO
Gerakan Pengguna Siswa (GPS)
Sekretariat Al-FALAH (baru ditubuhkan)


Keistimewaan dan keunikan teknologi bermula disini. kenapa? kerana.

Ø  UMP IPTA pertama terima persijilan OHSAS 18001:1999
Ø  Pendekatan menyeluruh pembangunan kemahiran insaniah (softskills)
Ø  Tawaran mengikuti Program Dwi Ijazah iaitu hasil kerjasama dengan university di jerman, Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA)
Ø  UMP pemegang status sebagai university digital pertama di Pantai Timur
Ø  UMP wujudkan Makmal Berpusat yang pertama di Pantai Timur
Ø  Mandarin Centre beri peluang pelajar UMP jejakkan kaki ke China
Ø  UMP pusat sukan tumpuan bola keranjang
Ø  UMP pengguna bandwidth terbesar di Pantai Timur
Ø  UMP pengguna TM Hotzone terbesar di Pantai Timur
Ø  UMP menggunakan Metro-e
Ø  IPT berstatus MSC
Ø  Makmal tercanggih dan terbaik di Pantai Timur
Ø  Kemudahan internet wifi dan system e-Community di dalam kampus
Ø  Lawatan dan peluang belajar ke luar Negara
Ø  Lokasi strategik UMP di Zon Perindustrian
Ø  Kompleks Sukan bertaraf dunia
Ø  Kolaborasi dan jalinan kerjasama erat dengan industry,syarikat korporat dan university ternama luar Negara
Ø  Program pengajian yang berkualiti dan diiktiraf
Ø  Penawaran pelbagai program kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti
Ø  Prasarana yang lengkap, selesa dan sejahtera
Ø  Kecemerlangan pengiktirafan dalam penyelidikan dan inovasi

bila dh start blur n nk enjoy kite enjoy kt cni ye...


east coast mall


berjaya megamall

kuantan parade

mandi-manda lak...
gambang waterpark

 air terjun panching

pantai cherating

pantai teluk cempedak



kalu belum,singgah cni jap..

masjid sultan ahmad shah 1

” Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah meninggikan agamanya, dan barang siapa yang meninggalkannya, sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.” (maksud hadith)

p/s : berjaya didunia,berjaya di akhirat. insyaAllah.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Friday, July 13, 2012

Hinalah! Herdiklah! Cacilah!

kau ada masalah ke dengan aku? sakit mata ke tengok aku camni? kenapa kau tidak menyukai aku berpakaian begini? kata-kata kau semua macam sampah.

ok,hinalah aku,
hinalah aku yang bertudung melepasi dada ini...
hinalah aku yang menutup aurat ini.
hinalah aku Hamba Allah yang patuh.

teruskan penghinaan kau,
Bertudung labuh macam aku ini hipokrit
Bertudung labuh macam aku ini hodoh
Bertudung labuh macam aku ini kolot
Bertudung labuh macam aku ini ketinggalan zaman.

Herdiklah aku,
Hanya kerana aku tunduk patuh kepada suruhanNya.
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri.
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

aku sanggup. sanggup berpanasan
Dikala teriknya matahari
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram
Memikirkan dosa yang abah aku tanggung.
aku tak sanggup,sebab aku abah yang kena tanggung...

Perlilah aku
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk kealiman
Sedangkan aku berusaha yang terbaik
Tetapi dusta menjadi tafsiran.

kadang-kadang aku menyeluh. menyeluh dan sedih. sedih kerana penghinaan, tohmahan. namun aku kena kuat. insyaAllah.

kepada kaum hawa yang bertudung labuh,

Jagalah akhlak mu
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna
Luruskan niat mu
Kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada suruhan Nya.
Islam itu datangnya asing
Kembalinya pun asing
Beruntunglah kau saat kau diasingkan
Kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga Nya

Janganlah bersedih! Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan kau
Kerana ingat, disisi Allah, kaulah yang tinggi dan mulia.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.

p/s: kata-kata kau macam sampah..ea sampah yang terlalu busuk baunya dan digelumungi dengan ulat...aku tak kan terpengaruh dengan kata-kata kau yang kotor tu.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)


cinta adam dan hawa.

Untukmu Adam :


Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama supaya kau bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.




myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, July 12, 2012

eeeeiiiii

aku nak tegaskan yang aku paling tak suka orang atau hamba allah yang tipu aku.
aku paling benci.

sekian,time kasih.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)


Wednesday, July 04, 2012

Aku ada mereka

aku hidup dalam kenangan.
melalui kenangan aku belajar erti kehidupan.
begitu juga dengan kehadiran blog ini
andai suatu hari nanti aku tiada
masih ada kata-kata untuk dikenang.

andainya suatu ketika nanti aku masih bernafas
aku mampu membacanya dengan senyuman..
setiap insan mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza...
aku bersyukur kerana selalu mendapat anugerah yang paling berharga
iaitu mereka mengasihiku dengan hati yang ikhlas.
hidup sentiasa berada di persimpangan.
aku memilih kasih sayang
kerana ia adalah penawar bagi semua penyakit.

p/s: aku sayang kamu.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tuesday, July 03, 2012

kuatkah aku?

hujan lebat. dan hujan yang lebat itu juga mencerminkan perasaan. perasaan yang aku hadapi sekarang.
penuh kehampaan, kesedihan dan sesalan. buat aku makin lemah.

aku mintak jangan buat aku teruskan lagi. aku tak sanggup.

kenapa harus aku? aku tak kuat. aku tak boleh terima. kenapa kau buat aku begini? salahkah aku? kenapa hidupku sangat membebankan? penuh dengan kekecewaan, pendustaan, pengkhianatan. aku harus bangkit menjadi yang baru.

akan teruskan hidup ini.
akan terus senyum hadapi semua ini.
akan membuat kamu pula menangis.
menangis dengan perubahan diri aku

aku mampu
aku bertekad
aku berazam
aku berjanji...
kau akan menyesal.

terima kasih duhai 'kawan'. buat aku bangun dari tido. aku dah sedar.

p/s: aku bukan superwomen. syabas sekali lagi kepada 'kau' si pengkianat. tapi kau tetap kawan aku selamanya. aku takkan lupakan kau. aku maafkan segalanya.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)


Sunday, July 01, 2012

moga berpanjangan

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin“

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

kepada Nurul azma binti yahya dan pasangan mohd zainun bin zakaria....








semoga kamu berdua hidup bahagia sehingga akhir hayat n moga dapat ramai baby.

abang ipar, tolong jaga my sis baik2. bimbing lah die ke jalan yang benar.

my sis, jadi isteri yang solehah dan taat kepada suami.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)