“Aku bukan seorang pendakwah tegar yang mulia hatinya. Aku melakukan dosa dan sedang memohon keampunan dari Dia. Hanya seorang gadis yang mahukan kehidupan yang bahagia. InsyaAllah =)

Monday, June 25, 2012

merajuk?


ISU MERAJUK?

PERLUKAH?

bagi aku, merajuk itu perlu. tapi tak perlu merajuk lama-lama. bukannya kita dapat pape pun nanti. even kalu kite merajuk lama-lama pun, tak takut ke kot-kot si dia akan berubah hati nanti? terlalu kerap sangat merajuk. si dia pun fed-up dah. tapi kalu jadi camtu, siapa yang akan menyesal?

aku cakap camni pun bukan bermakna aku seorang yg anti merajuk. cume, biarlah berpada-pada. first sekali kene ingat yg sume orang de sikap ego. tapi xboleh ke klau kite,

cuba buang perasaan ego kita. itupun demi kebhagian kite juga.

cuba berikan sedikit ruang dalam hati kite untuk memaafkan kesilapan si dia.

cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia.

mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun dia hanya bergurau-gurau saja. tapi, camne untuk berhenti merajuk? terpulang pada diri sendiri. lain orang lain perangainya.

tapi jangan even de kesilapan yang simple pun nak merajuk. rasenya itu tak perlu kot. 

contoh situasi,

A: kenapa xbalas msj saya?
B: saya merajuk dengan awk.
A: merajuk pun kene bagitau gak ek.
B: ealah.
A: alalaaa...comelye muka masa usyuk merajuk ni...
B: ^_^

p/s: merajuk tu boleh, jangan keterlaluan.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Thursday, June 07, 2012

Harapan mungkin

Kenapa ada sesetengah orang yang masih menanti sesuatu yang tak pasti? bahagia kah mereka dengan penantian mereka itu walaupun apa yang di nanti belum pasti jadi milik mereka?

Berbaloikah harapan dan penantian itu bila suatu hari yang di nanti itu telah menjadi milik yang lain?

Berakhirkah penantian mereka atau mereka akan terus juga menanti sesuatu yang telah menjadi milik orang itu?

Dengan harapan ia akan menjadi milik mereka sesuatu hari nanti.
berbaloikah semua itu? penantian yang sia-sia yang tiada erti. 

tapi sia-sia kah penantian itu pada akhirnya?
tidak bererti kah penantian itu bila tiba dihujung waktu?
mereka tahu, apa yang di nanti itu tidak pasti boleh dimiliki.


jadi kenapa harus berharap dan menanti?

setia?

pengorbanan?

cinta sejati?

huh!!

atau bodoh?

buta?

gila?

ahh!!

mereka di beri harapan.

sebab itu mungkn,
mereka yakin di hujung penantian akan ada rasa bahagia.
sebab itu mungkin,
mereka pasti dapat memiliki apa yang dinanti.
sebab itu mungkin,
bila harapan yang diberi di biarkan seperti tidak pernah ada.

mereka bagaimana?
bila di hujung penantian yang ada cuma sakit dan perit.
mereka bagaimana?
bila yang di nanti menjadi milik orang lain..
mereka bagaimana?

kecewa

menagis

sedih.

sepi.

sendiri.

dendam.

bunuh diri?

tapi,
bila harapan itu ada, perlukah kita berhenti berharap?
berhenti menanti?
mungkin tidak.
tapi bila tidak memiliki.

redha lah.

pasrahlah.

tabahlah.

mungkin tuhan ada sesuatu yang lebih indah untuk kita dari apa yang kita tunggu itu.

senyumlah
kalau tidak pernah memiliki apa yang ingin kamu miliki..
kerna apa yang kamu ada sekarang yang patut kamu hargai dan jaga.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Sunday, June 03, 2012

Antara mulut dan hati...

Antara hati dan mulut.


Hati kata: Aku lemah. Aku lemah. Aku lemah. Aku tak mampu.

Mulut kata: you must be strong. kau kena kuatkan hati. kau boleh. 

Hati kata: insyaAllah


babai. doa2kan hati dan mulut serta badan aku bergabung.
.
(noktah)

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

Tahniah untuk aku.

Tahniah untuk aku. sebagai ganjaran stress yang berpanjangan, aku telah menerima pakej sakit yang hebat.

SAKIT MATA
+
SAKIT KEPALA
+
SAKIT PERUT
=
SAKIT JIWA


Dalam minggu ni de 4 test. alamak. hancur3!!!!


kronik bebeno da ni. boleh masuk hospital jiwa terus. bila la stress yang berpanjangan ni nak memendek, lalu stop terus. nak berhenti belajar boleh?


so apa yang aku perlu sekarang adalah bertenang. bertenang dan terus bertenang.
"Sabar lah wahai hati. Allah turunkan ujian sebab Dia tau kita mampu harungi ujian dari-Nya. ujian jugak buatkan kita menjadi insan yang lebih kuat"
"Bukan senang nak jadi senang, tapi sangat senang nak jadi susah. so, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
myy amieyra

time kasih sebab bace =)


Nak makan. lapar

Petang ni aku dapat makan kek coklat,sedap. ally bagi.

Time kasih daun keladi, kalu boleh bawak la lagi.

Tengok la pic2 kek kt bawah ni. uni kn. teringinnya nak makan.




sumber google

Kalu aku dapat kek macam ni. jangan kata nak makan sentuh pun tak. ealah korang tengok sendiri la comel kot. letak dalam peti sejuk je la kot. tak sampai hati lak nak makan. buat hiasan.

Sape2 yang berminat dengan kek camni,g la tempah kat kedai berhampiran dengan rumah anda. nanti kalau dah tempah jangan lupa ajak aku makan sekali ok.

Teringin nak makan tapi tak sampai hati.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)

study!!!

Hai semua. sekarang aku ngah curi masa aku study untuk wat entry ni jap. pejam celik,pejam celik dah nak final exam semestar 2 dah. sekejap je rasa. macam baru semalam je aku berdebar-debar tunggu result nak masuk U. bila dapat result lak, hampeh liyat xnak masuk plak...kenapa jadi cam2? sebab aku anak manja.

Tapi tengok la sekarang. dah nak abis sem dah pun. cepat btul masa berjalan kan. nape xmerangkak je msti lambat sampai. So, kiranya aku dah dapat sesuaikan diri sorang-sorang tanpa umi dan abah. 


Esok dah start dah final test. aku amik 6 subjet sem ni. tapi yang masuk final juz 4. so, aku kena bertungkus lumus selama 4 ari ni. tak la lama sangat tapi perasaan takut ni rasa macam 4tahun je. over la plak.
  •  4 JUN 2012 : Islamic and asian civilisation 1 (titas)
  •  6 JUN 2012 : Mathematics for management
  •  8 JUN 2012 : Occupational safety and health fundamentals
  • 11 JUN 2012: Principles of management
thiss is I really want!!!!

Memandangkan first paper aku paper yang kena banyak menghafal, aku kena lebih fokus on my study. aku akan berehat sebentar dari berblog and jugak berfacebook. insyallah lepas test aku akan on balik.



ni images kt google yang aku dapat

aku punya lagi comel dengan warna warni hinggakan pening dengan nota aku sendiri.

kenapa mesti colourful?
  1.  Sebab warna leh wat aku cepat ingat.
  2.  Sebab bila aku study, aku akan cepat mengantuk. So,dengan colour kiranya leh la nak cover mata aku yang menjadi kuyu. 
  3. Sebab aku suka bermain dengan warna. 
So, kepada kengkawan sume yang bakal amik final test ni aku nak uacapkan GOOD LUCK kt korang. study hard. ingat tau, apa yang kite buat, kita akan dapat. Ustaz aku selalu cakap camtu. mintak restu dari mak abah dan lecturer sume tau. jangan derhaka kt diorang. restu diorang tu penting. jaga kesihatan dan pemakanan sume untuk elak dari penyakit yang tak diingini.

Dan yang penting lagi, jangan berhenti berusaha. solat dan berdoa bebanyak kt Allah. Sesungguhnya perjuangan dalam menuntut ilmu merupakan salah satu jihad jugak kan. Ok, aku doakan aku berjaya dalam exam nanti.

SEMOGA BERJAYA KAWAN2 SEMUA
 DAN
 JUMPA KORANG BALIK UTK NEXT SEM




p/s: sume pakai jaket fakulti.

to: ally, anis, danny, aeasyah, kamilaini, azuren, syikin, syazwani, fairuz, hasli, fyka, sarah, hazwani, mislina, spurs, ika, nasihah, kuganesh, zura, wam, hidayah, azim, azuazey, fadhil, hafifi, farhan, shahrul, kaizol, yusri, nasrul izwan dan sume umpian yang lain.

myy amieyra

time kasih sebab bace =)


Saturday, June 02, 2012

Aku tidak keseorangan...

Semua orang ingin berubah. Aku jamin, berani kerat jari. semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri. sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari syurga.

Aku rasa kita semua perlu sedar yang kita semua memang sedang berubah pun. 

Kita sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Maksiat makin bertambah, jenayah lagi2 la kn. Jelas sekali bila maksiat tidak lagi asing, yang nak buat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan. Berani kerana benar. jangan takut untuk menegakkan benang yang basah.

Apabila seseorang  ambik keputusan nak berubah ke arah kebaikan, mereka akan rasa diri seperti belum bersedia. mereka mugkin rasakan jalan yang bakal mereka lalui bertentangan dengan jalan yang dunia sedang lalui. 

Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak 'one way'. Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi pada yang takut menjadi asing, yang hidup kerana dunia.

Aku pernah jadi 'mereka'. Hidup untuk dunia. tidak mahu menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup. tapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". 

Hidup memang enjoy tapi seperti ada yang tidak kena. sebab kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri. 

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.


"macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah?" Jawapan senang sahaja, cari Allah.
Berubah kerana Dia,
sebab Dia lah sumber kekutan kite...

"Adakah kita  sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan"?


p/s: jangan takut pada pandangan manusia, takutlah pada pandangan Allah...

myy amieyra

time kasih sebab bace =)